Di usia mencecah 26 tahun begini, rakan-rakan seangkatan rata-rata semua dah mula berkeluarga atau ke arah berkeluarga bahkan sedang menderetkan anak-anak.
Oleh yang demikian, mereka2 yang masih lagi belum berumah tangga telahpun mula bergelabahan kerana masih solo. Tapi, aku sekarang ni lain pula halnya. Jiwa aku sedang meronta untuk hidup bujang dalam erti kata sebenar. Huhuhu..
Individu bujang sebenar adelah bermaksud individu yang tinggal sebatang kara, yang boleh makan ikut suka hati bile nak makan, makan, kalau malas, tabahkan perut. Dan juga boleh tidur dan bangun sesuka hati tanpa perlu mengisahkan pandangan masyarakat sekitar. Dan juga apabila pulang dari pejabat, cuma ade diri sendiri untuk di entertain sehingga lah masuknye waktu tidur.
Oh rindunye zaman bujanggggggggg... :((((((((((
EXPRESS YOUR EMO
Tempat Untuk Luah Emosi
Thursday, January 22, 2015
Monday, January 12, 2015
Cukai Orang Dewasa
Harini after office meeting accountant office panggil semua yang layak membayar cukai pendapatan untuk brief pasal potongan cukai kadar baru bla bla bla. Sambil sambil tu cakap pasal financial dan GST.
Lepas tu time lunch makan sekali dengan one of our director. Sembang pasal insurance and financial planning. Pasal long term planning, short term planning. Gahhhhhhhhhhh...
Nevesnyeeeeeee nak buat financial planning niiii.... (>.< !)

Saturday, January 10, 2015
Nafas Baru Jiwa Baru
Tetibe rasa nak berblog balik walaupun scene ber blog ni dah tak berapa nak in di masa kini. Tapi takpe. Itu sepertinye lebih baik. Dapatlah aku menulis dengan lebih bebas tanpa merisaukan tentang judgement masyarakat diluar sana. Gituh. So, tanak dah promote blog. I just write for myself. Sape terbaca, bacelah. Begitu saje.
2014 has been a tough year for me. Seriously. Too many things happened. And bad ending too.
Tapi takpe. Buang yang keruh ambil yang jernih. So far 2015 has been good to me. Tapi baru 10days la kan. Its okay. I can feel the positive vibe. Bende2 negatif dan yang boleh menyumbang ke arah negativiti aku dah dan akan tinggalkan. Dan ade juge beberapa rancangan fantastika yang aku rancang untuk menjadikan tahun ini lebih alive dan bersemangat. Nantikannnnnnn... HAHAHAHA

Friday, July 4, 2014
Random Thought #1: Kaunter Tiket Wayang
Aku rase kalau tajuk filem yang jenis panjang-panjang ni, macam nerves sikit time nak beli tiket.
Tix lady: hello, selamat petang.
Me: Err.. I-know-what-you-did-last-raya, 2, 3.30
Haaa.. Macam awkward je nak menyebut panjang-panjang camtu. Malu. Huhu.. Lebih user friendly kalau less than 4 words je. Macam anak-mami, 3-temujanji, gerak-khas dan sebagainye.
Atau pun, tajuk filem yang panjang, kene ade keyword. Macam contohnye, instead of hantu-kak-limah-balik-rumah, kite boleh sebut kak-limah. Ataupun bohsia: jangan-pilih-jalan-hitam, kite sebut bohsia je. Haa.. Kan mudah dan tak awkward.
Saturday, May 24, 2014
Pengakhiran Sebuah Perjalanan Kehidupan
Insyaallah kehidupan aku sebagai student bakal berkahir tak lama lagi. Harapnye lah. Presentation went well. Hanya tinggal 2 langkah. Design thesis portfolio dan hard bound thesis report. Lepas tu, im officially a penganggur sepenuh masa. Yeahh... Ade beberapa pengajaran yang aku belajar dari saat-saat akhir kehidupan aku ni.
Pertolongan datang dari orang yang kite tak jangka.
Kite expect orang lain yang akan tolong bila kita susah, tapi turn out, orang lain yang sebenarnye yang datang hulurkan bantuan. Jadi, be nice to every one. Sebab kite tak tahu siapa sebenarnye worth to be nice to.
We dont always get back what we gave.
Jangan expect ape yang kite bagi dekat orang, orang tu akan buat benda sama dekat kita. Lain orang lain pemikiran. Lain padangan. Lain perasaan. Ade orang akan kenang dan balas. Ade orang akan kenang tapi tak balas. Dan ade orang mungkin tak kenang dan tak balas.
Ikhlas.
Yang ni aku gagal. Aku cakap aku ikhlas. Tapi sebenarnye aku harapkan balasan. Kata-kata aku kali ni betul2 di uji. Dan aku yakin aku gagal.
Feeling betrayed.
Bile masa kite susah, baru kita tahu sape sebenarnye yang betul2 concern. Ade yang sekadar concern di mulut. Ade yang berjanji tapi tak ditepati. Yang ni betul-betul aku ralat.
Kenang yang baik-baik.
Aku bukan jenis orang yang tak kenang jasa. Takkan sebab sekali orang buat silap dengan aku, aku nak lupakan semua yang baik. Jangan risau. Yang baik takkan hilang. Cuma yang jahat juga perlukan masa untuk luput.
Kesimpulannye, saat-saat akhir ni memang sangat beremosi. I shed tears. Banyak kali. Dan aku masih beremosi. Im deeply wounded.

Sunday, April 6, 2014
Ketenangan Yang Direnggut Pergi
Bayangkan haritu aku balik from Medan, keluar hotel pukul 7.30 pagi (waktu medan), jalan kaki pergi cari becak (ala2 beca tapi pakai motor), tunggu bas Damri setengah jam tepi jalan sambil menghirup udara langsung tak segar, lepas tu naik bas sejam pulak nak sampai airport sambil dengar akak indon sebelah aku sembang dalam talipon separuh perjalanan, cari pulak kaunter cek in pusing-pusing dalam airport sambil jinjing beg penuh telekung, lepas tu tunggu pulak panggilan boarding sejam lebih dengan perut lapar sambil menyesali nasib diri yang ade biskut tapi pegi simpan dalam luggage yang di check-in.
Lepas dah naik flight sampai LCCT naik shuttle bus pegi KL Sentral perjalanan sejam sambil tersengguk-sengguk terlentok kepala dekat pakcik yang duduk sebelah, lepas tu sampai KL Sentral kene bergelandangan pulak 3 jam kat Burger King tunggu ETS pukul 6, lepas tu sampai rumah pukul 9 lebih dan di sambut dengan INI!!

Die buat balik daaaaahhhh bapak aku niiiii. Kat dalam kolah pulak...
Malam tu aku mandi dengan perasaan sebak tiap kali cedok air. (T____T ")
Tuesday, December 31, 2013
Akhir Semester di Hari Akhir
Semester 1 tahun 5 yang pada mulanya berjalan agak steady, berakhir dengan disaster. Final presentation yang berlangsung dengan lidah yang seriously kelu time nak present. Dengan susunan board yang tunggang langgang. Memang menyirapkan hati lecturer. Pastu pulak dengan komen "you are failing this semester!". Fuhh.. berhenti sekejap supply oksigen ke otak aku time tuh. huhuhu. Alhamdulillah, dah lepas struggle touch up balik semua drawings, insyallah lepas lah kot. Tapi lepas dengan cgpa yang dah entah kelaut mane ntah. Hancussss... Tapi takpe lah, try tebus balik next sem. Jumlah cgpa tak menentukan jumlah pendapatan BR1M pun kan? #tibeh
Therefore, I would like to express my gratest gratitude kepada kawan kawan yang banyak membantu aku melepaskan diri sem ni. Ilham yang baik gile offer nak tolong siapkan board for portfolio review. Akmyr yang tolong render elevations last minit, Akfan yang tolong sejak dari awal2 sem sebelum tercetus tajuk thesis lagi, Irman yang tolong mengannoyed dan mensaikokan setiap masa, yus yang tolong consult sekali je tapi at last tak digunakan pun idea die, amirah farhana, kak zati, najwa, dan ramai lagi warga studio b.arch. Jenuhla nak sebut nama sorang-sorang khenn...
Ok tu je nak cakap pasal sem ni. Bai.

Friday, December 20, 2013
Gua panas ni gua panaaaasssss!
Okay mungkin aku kedengaran agak bodoh sombong disini. Aku boleh je terima tunjuk ajar benda baru. Tapi cara orang-orang jenis tersebut menyebabkan jiwa remaja aku yang panas ni mudah membara. Tak perlu kot nak cakap "hahaha... kenapa buat camtu? hahaha". Okay mungkin cara penaipan aku tak sampai kepada nada sebenar. Tapi sile imagine sendiri cara orang tegur sambil gelak2. Kan rasa nak bagi penumbuk kan kan kan?? Grrrrr....
Banyak je jugak aku tengok orang buat kerja, yang bagi aku, aku tahu cara lagi cepat pantas dan tuntas dari tu untuk mendapatkan hasil yang sama. Tapi takde la aku nak sebok2 tunjuk pandai sangat. Mungkin aku kedengaran kedekut ilmu. Tapi niat aku adelah untuk tidak mendownkan orang yg sedang buat kerja tersebut. Bia je die buat cara dia dulu. Barulah die lebih konfiden. Tapi kadang2 aku tunjuk ajar je la jugak kalau cara aku mungkin boleh membantu die. Tapi bukan dengan cara menggelakkan orang!
Aku tak buat kat orang ape yang aku tak suka orang lain buat kat aku.
Wednesday, December 11, 2013
Ala- ala Cerpen Siri 1: Terbalik
Ada sorang mamat ni. Nama dia Ali. Ali berasal dari kampung. Dan telah menjadi norma kepada kehidupan rakyat kebanyakan, Ali pun telah keluar dari kehidupan rakyat ber radius bandar kelahiran untuk memperluas pemandangan serta bertambah pengetahuan. Lalu, beradalah Ali di dalam suatu komuniti di bandar yang terdiri daripada kaum yang 80% daripadanya adalah bukan masyarakat bandar azali pun. Maka, dek kerana keadaan sekeliling, sedikit demi sedikit, Ali dapat mengenal erti kehidupan dan dapat adapt dengan perubahan persekitaran seiring dengan perkembangan kematangan pemikiran beliau yang menganjak dewasa saban tahun itu.
Cuma sejak dua menjak ni, Ali baru sedar ada satu perlakuan yang mengganggu gugat ketengangan fikiran Ali yang sememangnya jarang-jarang dapat bertenang sedang berlaku dalam komuniti bandar-wannabe ni. Rupa-rupanya, diorang ni jenis suka pakai skirt! Gile ke ape. Seumur hidup Ali, pakai kain batik buat kain basahan pun die tak pernah, inikan pulak pakai skirt. Otak Ali yang berkapasiti rendah ni memang tak boleh nak digest 'the ugly truth' ni.
Kawan baik Ali cakap, "haa.. ko memang la tekejut sekarang. Sebab ko belum biasa lagi dengan benda-benda macamni". Ali makin jadi tak keruan. Mana mungkin Ali dapat biasakan diri dengan perkara yang melanggar norma lelaki sejati yang di pegang sejak dari beliau masuk jawi bertahun lamanya dulu. Lelaki pakai skirt. Skirt tu kan pakaian kaum perempuan. Jadi, kalau lelaki pakai skirt, tu kan seperti menyamai kaum perempuan. Kan berdosa tu. Mana mungkin Ali dapat terima perkara yang terang-terangan adalah perkara yang dimurkai tuhannya, sebagai suatu kebiasaan dalam kehidupan. Otak Ali mengalami masalah yang dalam terma orang-orang komputer, disebut sebagai 'software crash'.
Ini sudah terbalik! Terbalik! Sebab benda 'terbalik' yang dipraktikkan oleh masyarakat sekeliling, sekarang Ali pulak yang dipandang tak normal. Ali memang tak boleh terima ini. Ini TERBALIK!! TERBALIIIKKKK!!!!
Sekarang Ali rasa macam nak pergi Sepilok tengok Orang Utan makan pisang.
Wednesday, August 7, 2013
Entry Cliche Sempena Hari Raya
Salam Lebaran 1 Malaysia *tibe~~
Bersempena lebaran yang menjelma mungkin besok ni, aku ingin nak memohon maaf salah silap terlanjur kata, tersakit hati dan sebagainya. Segala persengketaan yang berlaku marilah kite tamatkan segera. Persengketaan baru bolehlah dimulakan setelah tamat bulan Syawal nanti, yakni, apabila memasuki bulan Zulkaedah nanti.
Persengketaan kecik, besar, dengan kawan, keluarga, majikan, gur-guru dan sebagainya, telah pun aku delete dari hati dan ingatan dengan tulus ikhlas hendaknye insyaallah... Marilah kite same-same mulakan
p/s: Bende2 bermaafan maafan ni aku tulis camane2 pun masih kedengaran cliche. tak leh nak buat ape lah...
p/s: Walaupun aku cakap aku maafkan segala persengketaan, tapi kepada yang songlap duit aku beratus-ratus hari tu, pengecualian dibuat terhadap anda. Aku masih tak menghalalkan walau sesen pun. Nasibla ko jenuh cari lalilatul qadar ke ape ke bulan puasa ni, ko tetap akan kene cari aku dulu kat akhirat nanti. Harap dimaklumi.
Subscribe to:
Posts (Atom)