Sunday, September 25, 2011
Jangan Cari Pasal Dengan Orang Sengkek
Sunday, September 4, 2011
Entri Sempena Hari Raya
Sunday, August 28, 2011
Perkara Yang Harus Dilakukan Sebelum Osteoporosis Menyerang
Perkara pertama adelah berpura-pura diri sendiri adelah seekor hamster yang comel seperti Hamtaro lalu menggolek-golekkan diri didalam bola gergasi. Huhu.. Macam best je aktiviti begini. Tengok iklan librese yang Yuna bergolek2 dalam bola tu, aku jadi teringin la pulak.. Try yang atas air pun macam menarik... Satu hari nanti aku mesti nak try!!
Yang ni aku lame gile dah nak try. Kat Sunway Lagoon ade. Tapi Sunway Lagoon punye macam cikai sangat. Dah la tak tinggi. Xde view plak tuh. Kire macam membazir je aku neves2 dan mempertaruhkan nyawa untuk terjun kat tempat macam tu. At least aku nak try la yang tempat cantik sket. Macam kat new zealand ke.. huhu.. berangan!!!! Tapi tak kire. nak jugak try!!
Yang ni bukan jauh mane pun kan. Kat shah alam ade je... Tapi aku xde geng yang nak turut serta dan lebih-lebih lagi aku yang masih bertaraf penganggur ni mane la mampu kan.. huhu.. Xpe2.. nanti bulan ke 8 setelah aku bekerjaya, nanti aku nak pegi!!
Yang ni ape tah. Aku pun kurang arif pasal bende ni. Tapi nampak macam seronok!! Nak jugak try. At least macam selamat sket lah dari motor kot. Sebab tayar die pun ade 4. Lebih stabil. Kurang risiko jatuh motor.. Tapi mungkin jugak lebih bahaya.. huhu.. Nak jugakkkk....
Yang ni nampak macam mencabar dan memerlukan kecekalan. Tapi macam meletihkan la jugak. Dengan tayar tersekat-sekat bagai. Nak kene tarik kete lagi la.. Penat. Yang ni kalau aku join pun, aku nak duduk dalam je. Kalau kete tersekat, aku duduk tepi. Bile dah ok baru naik balik. Huhu.... Gile pemalas.. -__-"
Owh.. jangan salah paham. Bukan bercita-cita nak memandu kapal terbang pulak. Tapi kali ni bercita-cita nak melancong dengan menaiki kapal terbang. Atau lebih tepat lagi melancong ke negara orang. Tapi kalau pergi hatyai naik bas tu boleh la jugak di consider kan.. huhu... Dan memandangkan aku ni bukan orang kaye Tuesday, August 23, 2011
Diari Si Tukang Cat
Pagi ini aku bangun kira-kira pukul 10 pagi. Dalam perjalanan untuk mencapai tuala, bapak aku menegur. "ngape cepat benor pulak bangkit hari ni?" Aku pun tak pasti ayat bapak aku tu ikhlas, atau ade maksud tersirat. Aku pun terus pergi mandi. Lepas mandi dan membasuh kain baju ala kadar, aku pun mula menyapu sawang. Pastu bapak aku lalu, dan lantas aku berkata "Abah, jom cat sini. (merujuk kepada ruang tempat aku berdiri). Dan bapak aku menjawab, "kamu cat le, nanti aku tolong-tolong". Oh, bapakku dah memberikan green light nampaknye.
Kemudian aku pun segera membongkar ke tempat penyimpanan barang untuk mendapatkan lebihan cat 2 tahun lepas. Tapi aku sedikit hampa apabila mendapati cat undercoat telah kehabisan. Pastu aku pun report kat bapak aku, lantas menambah "bior le orang pegi beli, bak le duit". Gile berhemah care aku mintak duit. Dan setelah duit bertukar tangan, aku pun menuju ke kedai cat dan membeli cat dan beberapa barang keperluan. Balik rumah, aku serahkan baki duit kat bapak aku. Sikit pun aku tak songlap. Nanti mati tak terima dek tanah. Macam slalu-slalu cerita tanah kubur kat astro oasis tu.
Lepas tu aku pun siap-siap dan mulakan kerja-kerja mengecat. Aku cat ceiling dulu. Mak aih.. teleng kepala aku mendongak. Tergeliat tengkuk. Sakit tangan dok mengangkat tok sah cerita la. Pastu dengan cat menitik habis baju seluar lagi. Dengan bulu mate aku skali habis kene cat. Bapak aku tak tolong pun. Mungkin die nak tunggu lepas zohor baru nak tolong kot. Kang dah kene cat leceh plak nak semayang. Pikir aku di dalam hati. Tapi sangkaan aku meleset. Lepas die solat, die duduk tengok aku buat keje. Pastu die berlalu sambil berkata "esok le aku tolong, hari ni penat". Pastu die terus naik tidur.. Grrrr..
Hari ni aku berjaya cat undercoat untuk 2/3 daripada ruang tu. Tak mampu nak teruskan. Lepas tu aku cuci tangan pakai thinner. Sedang dok asik2 menggosok, aku rase lain macam. Tangan aku rase pedih gile macam nak terbakar. Seperti lipas kudung aku lari ke bilik air, dan merendam tangan dalam baldi. Perrggghh.. cam nak nangis aku. Ingatkan tangan aku bakal hilang ke ape. Rupenye, aku patutnye tuang thinner ke tangan sikit je, pastu gosok (menurut Kimi). Tapi tak, aku perginye rendam tangan dalam tu. Memang le terbakor.. haha.. Silly mistake like I always do.. hehe...
Pagi ni aku rase macam tanak bangun. Pinggang aku sakit yang amat. Aku terpaksa mengambil masa setengah jam untuk golek-golek atas katil sambil meyakinkan diri yang hidup ni harus diteruskan. Lepas mandi, aku terus stat keje mengecat. Dedikated sungguh. Tapi sebab hari ni cuti nuzul Quran, kakak aku ade. jadi aku pakse die tolong cat undercoat lagi 1/3 bahagian. Bapak aku masih xde tanda-tanda nak menolong. Die duduk kat ruang tamu menonton Hawaii Five-O. Kadang-kadang die tengok aku mengecat. Masuk waktu zohor, die naik sembahyang, lepas tu tak turun-turun dah.. -__-"
Sakit semalam, ditambah dengan sakit hari ni, memang berganda-ganda lah sakitnye. Pinggang aku rase macam nak patah. Tetibe, aku rase bersyukur dikurniakan rumah yang tak seberapa besar.. Selama ni dok komplain rumah kecik. Baru sekarang aku rase nikmatnye rumah kecik. Tak lah sengsara sangat aku. Dan aku juga tiba-tiba merasakan yang idea Mr.Bean meletak bom kedalam tin cat adelah satu idea yang brilliant. Kalaulah aku mempunyai kegilaan untuk boleh buat begitu.. huk2...

kalau kedai cat tu ade jual binatang ni, sure aku beli
Pukul 4 suku, aku give up. Tak leh nak go on dah. Cukuplah 2/3 diliputi dengan cat kilat layer pertama. Esok sambung lagi.......Day 3
Bangun pagi hari ni tak sesakit macam semalam. Lepas mandi2, macam biasa, terus mengecat. Bapak aku dah keluar pergi market cari ikan. Lepas bapak aku balik, die cakap, "nanti jap, aku nak siang ikan ni dulu". Oh, macam ade tanda-tanda nak menolong je. Aku teruskan mengecat. Lepas bapak aku siap siang ikan. Die godek2 motor pulak. Cess... Xpe, aku redha. Aku teruskan mengecat 1st layer untuk lagi 1/3 part yang tinggal semalam. Dalam pukul 1.30 aku siap. Cuci-cuci cat yang lekat kat badan, mandi, solat, pastu sempat la online facebook kejap.
Pukul 2.15 aku sambung cat 2nd layer pulak. Adoi, penat lain macam. Bapak aku time tu tengah tido depan tv yang sedang menayangkan cerita national geographic pasal orang kene patuk ular. Fine. Aku dah tak menaruh harapan kat bapak aku lagi. Xpe la. Biar aku buat sorang.. T_T Bile bapak aku bangun, die tengok aku mengecat. Sambil itu mulut die pot-pet pasal lecehnye mengecat. Nak kene sampai 3 layer la.. Penat la.. Ishhh.. Padahal ayat2 tu semua patutnye aku yang ucapkan.. -__-"
Day 4
Aku bangun. Sakit kepala. Ok. Hari ni cuti. T_T
Day 5
Urgggggghhh... cuti lagi plissss.... -__-"
Day 6
Omaigoddd... hari ni termiss sahur!! uhuk2... Cuti lagi? Errkk.. hotak hang... kerja! Kerja!
Macam biasa, lepas mandi, bancuh cat, stat mengecat. Bapak aku? Jangan tanya plisss.... -__-" Disebabkan kerja mengecat ni aku telah termiss tengok Melodi.. urggghh...
Akhirnya!!! Pukul 2.30 secara rasmi nye aku menamatkan upacara pengecatan syiling rumah bapakku ini!!! Yeayyy... Sempat la aku tengok NONA, tomok punye majlis kawin.. huhu...
Demi untuk melayan kerenah aku yang tetibe xde angin xde ribut semangat nak mengecat rumah, bapak aku telah kehabisan RM110++ jugak la.. Haha.. Actually, bapak aku xde la tak tolong langsung. Bapak aku lebih kepada kerja-kerja dibelakang tabir, macam menyediakan perkakasan mengecat. Lepas tu mencuci2 lantai yang aku buat kotor sebab cat menitik tu semua. Aku, lepas mengecat konfem le aku penat sangat, nak menggerakkan tangan xdapat. Gerak jari tekan remote tv je boleh.. huhu...
"Senah, tahun ni aku beraya dengan rumah cat baru, kaw ade?!"
Dinding? Errr.. Raya Haji... Raya Haji..... -______-"
Sunday, August 21, 2011
Siri Berangan Bersama hajarDK: Rumah Idaman
haa.. tu diaa.. ghumah I.. rumah agam uolls... sebab nanti kalau dari jauh senang orang nak spot rumah I (oh, sebab dah jadi kaye, haruslah gune I sbg kata ganti nama diri). Macam contohnye kalau kawan-kawan lalu dari jauh die boleh cakap kat anak die "haa.. nampak tak rumah yang cantik tu, tu rumah kawan ayah mase kat UIA dulu. Tak sangka die dah kaye-raye sekarang. Dulu selebet sememeh je die".
Lepas tu rumah I kene ade halaman lapang macam ni. Nanti nak kenduri ke, open house raye ke, senang la. Anak cucu I nak main layang-layang pun best. Boleh lari-lari. Ohhh!! Lupe, orang kaye tanak la main layang-layang. Nanti berpeluh kotor comot semua anak cucu I. Tak mau, tak mau!!
Kalau dah kaye tu wajib lah kene ade swimmimg pool. Ni bukan pool biase taw. Siap ade banyak lampu-lampu bagai.. haaa...*tanak kalah...
Kat dalam rumah pulak, kene grand. Baru lah nanti orang masuk rumah semua mulut ternganga. Tapi tak nak lah the whole rumah macam ni. Riak sangat pulak. Walaupun kaya, kite kene zuhud... huhu..
Grand staircase ni element wajib la untuk rumah besar mewah. Kalau xde tangga pusing-pusing, tak cukup kaye rasenye... Tapi yang ni tak berapa grand sangat. I malas nak google image lame-lame.
Ni bilik mandi. Bilik mandi kene jadi tempat yang menenangkan.. Ye lah, baru balik dari berpesatuan, pastu dengar gosip2 datin sane sini, panas telinga, haruslah menenangkan diri kat sini. Errr.. Tapi ni baru bilik mandi anak bongsu I, kalau bilik mandi I, you imagine sendiri la.. I belum decide lagi nak buat cane.
Kereta pulak, I xdecide lagi nak kereta macam mane. Tengoklah nanti zaman tu kereta apa yang paling mewah... Haaa.. ni dalam kereta I. Kene la selesa siap skali dengan tempat rest kaki pe semua bagai. Nanti nak balik kampung selesa la sikit kalau jalan jam pun.. *eleh, padahal kampung kat ipoh je pun..
Tadaaa... Haaa.. aku nak duduk rumah kampung macam ni lah.. Rumah papan yang on-stilts punye. Pastu bawah rumah kene kosong je. Baru la mendapat
Pastu laman depan rumah kene lapang. Nanti anak cucu nak balik beraya, boleh parking kereta kat sini banyak-banyak. Kalau nak main layang-layang pun boleh.. hehe.. *ok, orang kebanyakan boleh main permainan ni... huhu... racist sangat~~ Lepastu kat sini time nak dekat raye boleh la buat tempat kacau dodol, bakar lemang ape semua. Meriah youu....
Kat belakang rumah pulak aku nak bercucuk tanam. Kite, kalau berbudi dengan tanah ni, banyak faedahnye. Selain bercucuk tanam, aku jugak nak bela la ayam ke, itik ke. Yang simple2 macam orang2 duduk kampung selalu bela. Tapi tanak la sampai tahap kambing pe semua tu. Leceh sangat la pulak..Monday, August 15, 2011
Taiko ke Tailor
tu diaa... habeh keluaq kaler pensil, t-square, mounting board bagai...
Sunday, August 14, 2011
Baking Lesson For Dummies
Maka, setelah menggoogle sendiri resipi tetapi tidak berjumpa resipi yang dicari, maka, aku pun lantas mengepost ke wall wan akfan di facebook yang berbunyi, "afan, carikan aku resipi banana choc cake yang macam secret recipi tuh..". Pastu dengan sepantas kilat afan memberikan respon dengan membagi link ke beberapa site untuk di study tentang bahan-bahan.
Misi sebenar bermula di tesco untuk membeli barang. Dah la tak sempat nak study pasal barang-barang lagi. Main belasah je. Cari gula kastor tak jumpe, lepas tu call akfan. Cari tepung naik sendiri tak jumpe pun nak call jugak.. hadehhh.. xleh berdikari langsung.. -___-" Lepas tamat misi mencari barang, pulang dengan hati yang lega kerana semua barang yang diperlukan telah dijumpai dengan jayanya.. heheh...
Petang tu study dulu kaedah2 pembuatannye. Bak kate orang, supaya nanti tak kalut.. huhu.. Lepas tu mesej afan, "weh, 'kaup balik' tu ape?" Pastu afan reply "Die macam, ko tau org gaul simen cemane tak? Kaup macam the way orang gaul simen buat".. Haha... gituuueww.. Architecture sangat jawapan die... Adeiii...
Pada malam harinya, stat la nak buat cake. Keluar la segala oven, mixer, scale, dan sebagainye dari tempat persembunyian yang dah dipenuhi habuk sebab bertahun xde orang gune. Pastu sediakan bahan-bahan semua. Berdebar-debar!! First time gua buat cake manual sendiri beb!! Mane tak neves.. huhu...
Mase awal2 nak buat bancuhan, lepas masuk dalam mixer, adunan jadi pelik gile!! Adunan yang sepatutnye cair, tapi jadi serbuk. Aku pun berasa cemas!! Lalu kakak ipar datang menghampiri. "Ni, coklat ni kamu kene bancuh dengan air dulu, kamu bancuh tak?" err.. heheh.. sebenarnye aku lupe!!! Adehh.. Patut le...
LESSON NO 1 : Bace instruction betul2.. jangan over confident!!
Tapi lepas tu segalanya berjalan lancar. Sampai la mase nak buat filing untuk kek tu, aku terperasan yang aku terbeli WHITE CHOCLATE!!!!! Grrrrrrrr.... Apsal boleh salah beli?? Tanak kek putih... Nak kek itam... T_____T!! Kecewa.... Kecewa... Aku dah imagine dah awal2 rupe kek aku... Kaler dark coklat, cantik berkilat. Tapi apakan daya.. Semua anganku musnah disebabkan kecuaian, kelalaian dan kebodohan sendiri... Huk2...
LESSON NO 2 : Mase beli barang, bace label betul2!!
dah masuk oven... hati makin berdebar.. huh! huh!
Friday, August 5, 2011
Sepetang di Pejabat JPJ
hajarDK: nak renew lesen!
brader JPJ: bak lesen lame.
hajarDK: tapi dah hilang.. hehe
brader JPJ: ish.. meh sini ic. Gambar ade?
hajarDK: oh! kene ek?
brader JPJ: -__-"
hajarDK: -___-!
braderJPJ: ni nanti saya bagi ni, awak taruk gambar, laminate sendiri.
hajarDK: oh! boleh ek?!! 0_o
brader JPJ: ishh!! ni orang nak tolong die la ni..
hajarDK: oo.. hehe.. ok..ok..
brader JPJ: nak renew setahun ke 3 tahun?
hajarDK: kalau setahun berape?
brader JPJ: setahun RM30, tambah denda hilang RM20.
hajarDK: oh, kirenye sume RM50 la yeh? Tapi saye ade RM49 je ni.. huhu..
brader JPJ: -______-"
hajarDK: T____T"
brader JPJ: xpe la.. singgit je. Saye tolong tanggungkan..
hajarDK: eh.. hehehe... Time kasih banyak bang!! \(o_o)/
brader JPJ: -__-!
hehehe.. itulah alkisah yang baru je berlaku sebentar tadi.. haha... baik betul brader tu! Semoga beliau dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur.. huhu...
p/s: suke gile berurusan kat JPJ Ipoh, tak sampai 5 minit dah setel semua. Padahal orang ramai je. Efisyen!!


