Pages

Monday, February 20, 2012

I'm Annoyed!!


Lately aku mudah terasa jengkel. Jengkel dengan banyak benda. Tpi ade satu ni yang dah berlaku sejak dulu-dulu lagi tapi sekarang aku dah tak tahan dah! Aghhhhhhh!!!!!

Aku really-really annoyed dengan orang yang asyik nak point kesalahan orang lain dan menganggap dia adelah manusia yang terbetul di dunia. Orang macam ni, kalau die tak puas hati dengan sorang ni, semua benda yang orang tu buat tak kene di mata die. Even benda2 yang xde kaitan pun nak dikaitkan. Aku bagi contoh:

Lisdawati: Weh, tadi kannnn.. Nora Danish pesan suh kemas balik tempat ni bile dah habis gune. Ek eleh.. Pahape tah die tu. Aku jawab nak tak nak je tadi. Biar die sakit hati.. hahaha..

Fasha Sandha: Ek eleh.. over la Nora Danish tu! Ingat ni rumah die ke. Semua nak ikut cara die.

Lisdawati: Haa.. tu la pasal. Pahape tah..

Fasha Sandha: Aku rase kannnn... betul la tu laki die tak suke balik rumah. Sebab Nora Danish tu teliti sangat. Tu mesti kat rumah kuat membebel tu.. Mane laki die nak tahan.

Wait! Wait! Wait! Aku rase tak salah pun kalau Nora Danish tu pesan supaya tempat tu dikemaskan lepas diguna. Ape kaitan antara rumah atau bukan rumah? Adat la kan.. lepas dah guna mesti la kemas. Salah ke pesanan Nora Danish?? Tak kan? Dah tu apsal nak kaitkan dengan laki die malas balik rumah? Mane Fasha Sandha tu tau yang laki die slalu tak balik? Die pernah duduk serumah skali ke?

Urghhhh.. Aku tak berkenan betul bile orang tu buat andaian sendiri pasal orang lain, lepas tu andaian die yang die yakin betul sangat tu, dibesar2kan dan dijadikan bahan umpatan. What the fish!! Dah la fakta kaw reka sendiri. Lepas tu kaw sebar2 kat orang. Erggghhhhh.. Annoying!!!

Lepas tu ade lagi satu golongan. Golongan yang bile dah start mengata orang, lepastu banyak pulak penyokongnya, lepas tu keadaan menjadi lebih rancak, sampai benda2 yang xde kene mengena pun die nak babitkan sama. Contohnya macam situasi ni:

Sazali: weh.. sial la Jailani tu! Die ingat die tu bagus sangat ke? Bajet je die tuh!

Ramlee: Haah. Aku pun menyampah yang amat dengan die. Die tu tak de lah pandai sangat pun. Matematik pun slalu dapat B je. Bajet je lebih!

Sazali: Tu la.. Pahape tah die. Dah la mak die tu pendek. Mak die tu mesti pakai ubat guna-guna mase nak kawen dengan bapak die dulu tuh!

Jap! Jap! Jap! Kaw ni Sazali, kaw tak puas hati dengan Jailani, yang kaw nak babitkan dengan mak bapak die tu skali apehal?? Nak kutuk, kutuk die je la. Mak bapak die takde kaitan langsung, tak yah la buat2 cerita nak kasik sedap pulak. Haaa.. Kau tu pulak Ramlee... biar la Jailani dapat B pun. At least die lagi tinggi dari kaw. Kau tu C pun jarang2 boleh dapat. Kaw memang tak layak la nak ungkit pasal hal matematik. Dah takde modal lain nak mengutuk agaknye. Terlupa pasal diri sendiri la tuh.

Urghhhh.. This is madness! Aku tak tahan la dengan orang-orang macam ni. Seriously i'm pissed off!!

Saturday, February 18, 2012

Because I just Need More Ears



Ok.. tajuk hang mengarut

I really miss those days mase dekat CFS IIUM. Mase tu 1 bilik 4 orang. Hari-hari balik kelas atau studio tengah hari atau petang, kitorang akan tunggu each other untuk makan sama-sama. Sebab jadual kelas semua tak sama. Masa makan adelah masa untuk bercerita!!

Jadi setiap ape yang berlaku especially dalam studio, semua aku cerita kat diorang. Semua benda! Ape yang Bro Amir cakap, ape yg die cerita, ape perkara lawak yang berlaku, ape orang ni buat, ape orang tu buat, semua lah.. Mesti nak cerita. And even Diorang tak same studio dengan aku, diorang dah boleh kenal each and every character dalam studio aku. Dari yang sesenyap Harith, sampai la yang ke femes nesh n mahad. Semua diorang tahu. Aaa.. I miss those days.. T___T

Tapi sekarang dah xde macam tu dah. Hari-hari balik kerja, xde sape nak dengar aku bercerita. Xde orang yang aku nak bercerita pasal ape yang Mr. Nara cakap dalam meeting, how caring Mr. Philip is, how annoying abang Surry kadang-kadang, how 'mak-mak' kak lin is, how gentleman lim lai hock is, macam mane character setiap orang, ape bende lawak yang berlaku, ape bende sakit hati yang berlaku, xleh nak share dengan sape2. Sembang thru sms tak best. Xfeel.

I just need someone to hear all those things yang happen in the office. Maksudnya orang tu mesti lah bukan same office dengan aku. Kalau same ofis, nanti nak cerita camane, sebab semua benda yang berlaku pun die dah tahu. Its just the 'excitedness of nak cerita' tu yang i really really miss.. huhu..

I need someone to mengadu pasal workload. Pasal how 'menyentap' ayat abang faiez. How arrogant orang2 besar yg aku jumpa kat site. You know, i just need to share to reduce my stress level or to share my happiness.. T____T





Thursday, February 9, 2012

Mengata Dulang Paku Serpih, Mengata Orang, Hang Tu Yang Lelebih!


Pernah tak terjadi pada anda, bile ape yang anda pernah cakap pasal orang lain, last-last terkene tepat kat batang hidung sendiri balik? Mari saya gambarkan satu situasi.. heheh..

Nurul Izzati: Eh Nurul Liyana, cube ko tengok si Siti Mariana tu. Asyiiikkk dok heboh2 pasal relationship die dengan si Afrizal tu. Kat fesbuk, twitter, blog, balik2 nak tayang. Suke sangat nak tunjuk2 die tengah kapel. Slalunye la kan, kalau slalu tayang2 cemni, takdenye menjadi. Kejap je. Pastu off la tu. Dah dok nak menayang sangat.

Nurul Liyana: Haah. Betoi..betoi.. Aku setuju. Xdenye kekal. Nak kapel, kapel diam-diam sudahh..

---------------beberapa bulan kemudian------------

Twitter:

@N_IzzaTi I'm now with my Mr.BB.. HAPPY!!!!! ^^,

@N_IzzaTi Dapat hadiah from my Mr.BB.. awwww.. soooo sweet la him!

eh eh! Dulu kate tak suke la, menyampah la, meluat la, tengok orang buat camtu. Sekarang apa sudah jadi? Meludah ke langit terkene muka sendiri kah? Huhuhu..

Alahh.. Bende ni biasa sangat terjadi. Bukan nak mengata orang sape-sape pun. Even aku sendiri pun banyaaaaaaaak kali sangat terkena. Macam contohnya dulu aku cakap aku tak nak buat Facebook sebab Facebook ni melaghakan. Tup tup aku buat jugak. Siap addicted lagi nak main apps game Kesatria Poyos dulu tu.. Huhu... Contoh lain jugak, aku dulu slalu cam memandang serong terhadap orang yang addict sangat tengok variety show Korea macam runningman, family outing dan sebagainya. Last-last aku jugak yang tersangkut kat Runningman. Huhu.. Tu la. Sape suruh meludah? Kan dah kene jilat balik.. Ewwww....

Maka, pesanan penajanya di sini, berhati-hatilah ketika berbicara. Kerana ape yang kite cakapkan tu akan diuji. Kalau anda gagal, maka hang ni cakap tak boleh pakai!!

Wednesday, January 25, 2012

Berbicaralah Dengan Tanganku Wahai Kawan


I have this one problem. The problem is I want people to understand me, but I really dont know how to tell people. Macam contohnye bile aku tengah rase tertekan atau sedih atau sebagainye, dah tak mampu nak bendung sendiri, lalu sms kepada rakan:

Aku: wehhh.. aku sedih... T__T

Rakan: haa.. napenye? Ce cite...

Aku: Tah.. xleh citer.. huhu..

Sesiapa yang pernah mendapat mesej begitu daripada aku, seharusnya anda merasa sakit hati kan? Hahaha.. Dah cite, lepas tu tanak citer. Tah ape ape tah. Tapi nak buat macam mana?? Aku tak mampu nak cerita. As in kadang-kadang aku sendiri tak tahu ape yang buat aku sedih. Tapi aku macam tahu. Tapi macam tak tahu.. haa.. macam tu lah.. *haihh.. susah bercakap dengan orang berpemikiran keling neh.. -__-"

And ade lagi satu masalah. Die semacam masalah pertuturan mungkin. Bile bercakap, aku rase tak sepenuhnya aku boleh sampaikan ape yang aku nak sampaikan kadang-kadang. Salah satu contoh kalau aku nak explain sesuatu kat orang. Bagi aku kesukaran yang amat sangatlah untuk mencari perkataan yang sesuai serta membentuk ayat untuk menerangkan sesuatu benda tu. Maka, ape yang terjadi, terkeluarlah pelbagai macam perkataan serta ayat yang merepek-repek serta menjatuhkan kewibawaan aku dihadapan orang tersebut. Pastinya dalam hati mereka berbisik "ape bendela budak ni merepek ni.. tak paham akuuu". haihhh.. down aku! down! T_T

Paling susah kalau nak eksplen bende yang melibatkan perasaan. Macam contohnya kalau aku nak menceritakan sesuatu yang exciting. Tapi di pengakhiran cerita tersebut, feel exciting tersebut tak berjaya pun disampaikan kepada si pendengar. Mungkin reaksi muka yang ditunjukkan aku tidak dipaparkan dengan sewajarnya, atau nada penceritaan aku tak berjaya atau mungkin jugak perkataan yang digunakan untuk membentuk frasa dan ayat2 yang tidak berkesan. haihh.. entoh le... Agak kecewa di situ.. T_T

Jadi, kalau dalam penceritaan bentuk lisan pun aku gagal, ape tah lagi dalam bentuk penulisan begini. At least kalau lisan, boleh la jugak menggunakan isyarat tangan atau mimik muke dan sebagainya. Tapi kalau dalam bentuk penulisan begini, bagaimanekah??? 100% bergantung kepada kuasa kata-kata. Ade orang rase lega bile dapat mencurahkan perasaan dalam blog die. Sebab die dapat convey almost 100% ape yang die rase which is susah nak cari orang yang nak dengar die, jadi blog la tempat nak mencurah. Tapi dengan kelemahan membina ayat untuk orang seperti aku, medium apekah lagi yang boleh aku gunakannnn???? Aaaaarrggghhhh... Aku selalu berharap akan terciptanya satu pendrive yang dicucuk ditengkuk dan boleh copy semua data pemikiran aku dalam tu, lepas tu cucuk kat tengkuk orang lagi satu plak, pastu buat satu folder dalam otak die name 'hajar's tought' lepas tu paste data2 aku dalam tu. Bolehkah begitu??

Oh, ade lagi 1 masalah. masalah pertuturan juga. Yakni masalah malas bertutur. Aku nak orang paham aku, tapi aku sendiri malas nak cerita. Bagaimanakah itu?? Syndrome malas bukak mulut sedang melanda aku. Thats why aku selalu end up bagi tau bende dekat orang last minit. huhu.. Bukan sebab ape. Sebab mulut susah nak bukak. Minda nak bagitau. Tapi mulut tanak beri kerjasama. Jadi, maafkanlah aku.. huhu...

Aku rase aku annoying.. hahahaha...


Tuesday, January 24, 2012

Ape maksud duit dimata anda?? -part1


Seriously... Aku benci untuk berbicara soal duit dan harta benda keduniaan ni. haihhhhhh.. Tapi aku tak boleh berdiam diri lagi.. Urggggghhhh.... pasal duit pun boleh memecah belahkan sesama saudara. Dunia semacam apekah kita kini berada??? Adoyaiii.. Pening!

Berikut dipaparkan beberapa situasi dan ulasan aku terhadap situasi tersebut. Anggap la ni macam kisah benar. Kan bile last citer tu ade pakar motivasi ke ape tah bagi ulasan. Haa.. macam tu lah...

Situasi 1-

Shamsiah: Oh, hai Jamaliah, lame tak jumpe. Macam mane kerja? Best?

Jamaliah: Ok la.. Best je...

Kamariah: Gaji tempat kaw berapa ek Jamaliah?

Jamaliah: Hurmm.. sikit je. RM1500 je.. huhu...

Kamariah: Ooo... Kaw pulak berapa Shamsiah?

Shamsiah: hurmm.. ok la.. rm2500 sajoh.

Kamariah: waaaahh... banyaknye!!! Eh jamaliah. Pergi la kerja tempat Shamsiah...

What the fish!!! What the fish!!! Grrrr... Bencinya dengan situasi diatas. Kenapa most of people melihat wang sebagai keutamaan?

Situasi 2-

Kamaruddin: Aku maleh la keje sini. Bos kedekut. Gaji sikit. Banyak songeh plak tu.

Ahmad Jamali: Tu la pasal. Ko tengok Ahmad Fauzi tu sekarang. Kat tempat kerja baru die tu. Kerja senang. Hari-hari lukis benda same je. Gaji masyuk. Bukan macam kite. Macam-macam bende nak kene buat. Nanti kalau tempat die ade kosong aku nak apply la.

Urgghhhh.. Sanggupnye hidup dalam kebosanan setiap hari buat bende sama asalkan dapat duit banyakkk?? Ni lagi aku tak leh tahan.

Situasi 3-

Zakaria: Hari tu I balik kampung. Ade la I hulur2 sikit duit belanja kat kakak-kakak I. I bukan ape, kesian tengok diorg...

Majid: Oh, really? Hurmm... Bagusla..

Zakaria: Tu la, kite yang mampu ni, tolong-tolong la. ye dak? hahaha. kalau tak kesian nanti diorang. Diorang pun teringin gak nak merasa itu ini.

Majid: Hurmmm.. Tu la..

Eh! Yinnadei!!! Dah bagi tu bagi je la.. Nak heboh2 kat orang tu apesal? Aku paling muak la orang macam ni. Ohhhh.. Pliss laaa!!! I'm sick of you!!

Situasi 4-

Mariana: Hari tu mase Saleha ni sambung belajar, kitorang yang sponsor die punye kelengkapan.. hew hew hew...

Julia: Wahhh.. Seronok la kaw ye Saleha...

pum pang pum pang (mariana, saleha, dan julia bersembang dan bersenda gurau)

and then,

Mariana: Eh Saleha, hang jangan nak cakap banyak pulak ye. Baju hang pakai tu pun duit laki aku taw.. Meh sini bayar balik.. ahahahaha.. (sambil gelak konon-konon lawak la tuh?!)

Saleha: Eh eh.. hari tu aku nak bayor dah, laki kaw kate tak payah...

Mariana: Hahaha.. laki aku tanak, aku nak. Meh bayor kat aku meh.. hahahahaha... (gelak-gelak lagi tanda lawak sangat baginye)

What the Fish!!!!!! Dah kate blanje tu blanje je la. Tak perlu la nak mengungkit pulak even gurau-gurau skali pun. Ingat Saleha hadap sangat ke duit kaw ha??!!!

Errrghhh.. tu adelah contoh2 senario yang biasa berlaku. I just don't get it? Kenapa sikit2 duit. Sikit2 duit. Urggghhhh.. Ini adelah satu topik yang memualkan.

Ok nak termuntah sekarang. Nanti-nantilah aku sambung ulasan...

Wednesday, January 11, 2012

Nono's Little Sister

Last month, tak ingat la brape hari bulan, dalam 3 minggu lepas kot. Aku telah menghadiri suatu showcase anjuran Nippon Paint bertempat di Sri Hartamas. Name tempat tu pun aku dah lupe. huhu.. maaf... Pergi dengan 3 lagi rakan sekerja. Naik 2 kereta.

Event bermula pukul 7. Dan event ini adelah sangat-sangat sekular bagi kami berempat yang ala-ala kekampungan. huhu... Event berlangsung dalam satu ruang yang dicat semua hitam dari lantai, dinding, sampai la ke ceiling. Dihiasi pulak dengan lampu2 ala disko. Humangaihhh... Seghaaammm eden!! Dah la seketul kerusi pun xde! Kire event ni memang event berdiri la. Serius pening!! Untuk menambahkan lagi kesekularan majlis ini, disajikan juga dengan minuman-minuman keras. Aiyooo... Takuutttt... Minuman lembut pun ade gak, tapi takut nak minum. Memandangkan dah la kene berdiri, penat, dan lapar, terpaksa la jugak minum. *ceh ceh.. terpakse konon! Event ni bertemakan Itali. Jadi makanan yang disajikan haruslah italian jugak. Terdapat beberapa pelayan mundar mandir membawa dulang, dengan hidangan seciput2 dengan 'pinggan' bersaiz kulit kepah. Tapi memang kitorg tak berani makan la. Takut tak halal. Tapi aku ade gak makan 2 ekor udang bersaiz duit 20sen. tu pun lepas tengok abang faeiz konfiden je makan, aku pun turut serta la.. huhu..

Lepas tu sorang satu dapat goodie bag yang ade mini torchlight, anak patung nippon paint blobbies untuk gantung dalam kete, kalendar, dan beberapa katalog. Anak patung tu aku bagi kat Sofi dan Sofi namekan die sebagai "Nono".

Lepas event tu, abang faeiz punya isteri tulis kat fb nippon paint untuk komplen pasal event die yang cam tah ape2 xde kerusi, crowded gile, makanan tak best yang tak setimpal dengan tujuan asal kitorg yang datang memang sebab nak makan free pun.

Dan hari ini, kami dapat hadiah ambik hati dari nippon paint. hahaha.. tengkiu to nippon paint abang faeiz.. huhuhu...

Ini adik kepada Nono. Panggil die Nini la pulak.. haha...

haa.. siap dapat voucher lagi youu.. huhu...

Monday, January 9, 2012

Ceritera Pindah Randah

Dah nak masuk bulan ke 4 dah aku kerja dekat kuchai lama ni. Kirenya dah 3 kali dapat gaji la.. hahaha.. Kan sebelum ni aku menginap kat kelana jaya. Bagi yang follow twitter aku, tahu lah acap kali pagi-pagi aku meroyan dengan servis ktm yang "terbaekk". Lepas tu petang-petang pulak bising-bising lapar, penat, ngantuk, bas lambat, dan sebagainya. Biasalah, twitter memang medan untuk komplen2. haha..

Oleh itu, aku telah mengambil keputusan untuk menyewa bilik dekat2 sini. Dan kebetulan ade pulak yang dekat dan murah. Dekat yang amat sangat. Lagi dekat dari jarak aku jalan kaki pergi balik tadika kemas dulu. Dengan itu, harap aku tak lagi datang lewat ke tempat kerja lantas membolehkan aku didenda rm10 setiap kali. Bulan lepas, campur 2 bulan lepas punya denda pun aku tak bayar lagi. Account dept tak datang kutip, aku buat2 diam je lah.. huhu

yang kaler merah bumbung ofis, yang kaler hijau bumbung rumah. Dekat tak? Dekat tak? huhu.. 4 minit jalan lenggang kangkung.

Operasi pindah randah aku dibantu Pendi sebab BasriDK tak available, die kene jadi mr.Mama. Bukan saje tanak pospone pindah minggu depan, tapi aku dah tak larat nak meroyan dah. Hari-hari balik keje habis masa dan tenaga je. Dah la tren time petang2 payah nak dapat seat. Tu yang hari2 balik dah longlai tu. Sejam berdiri. Tu belum campur menapak lagi tuh. huhu..

"Kepada basriDK, terima kasih kerana sudi memberi perlindungan dan menyara saya selama 5 bulan makan tido percuma dirumah anda. Halalkan makan minumku juga. Oh, putik kapas, bedak johnson&johnson kamu pun orang kebas. Harap maklum. Lepas tu ade satu book stand kaler purple. Org xtaw tu kamu punye ke orang punye. Jadi orang ambik saje. Sebab kat dalam bilik tu ade lagi 2. Buku 'wang, anda & islam' kamu pun orang terambik. Buku 'dendam' yang org beli hari tu pulak tertinggal. Bacelah. Siryes menarik!"

"tengkiu juge kepada PendiDK yang sponsor tilam, almari, rak baju, dan sebagainye semalam. Dah la sampai rm400++. Tadi nak bayar balik die cakap "tak payah. Simpan duit kamu". Waaaahhhh.. tengkiu very much!! *die suruh simpan duit la, yang kaw sebok fikir nak joli kemane tu apehal?!!!

Bila dah pindah semalam, mula fikir bukan-bukan. "Macam mana kalau bilik ni haunted?" "sebelum aku masuk, brapa lama bilik ni kosong?". Ok cuak. Lepas tu semalam siryes xboleh tido langsung. Mata segar bugar. Macam tak pernah sesegar tu. Lepas tu dengan panas nye lagi. Kipas speed 5 masih panas. memang tak rasa angin langsung. Last tengok jam pukul 1.30. Lepas tu xtaw brapa banyak kali asyik terjaga. Then, pukul 3 terjaga lagi, and thats it! Tak boleh pejam mata lagi dah. Bangun, baca novel, then pukul 5.30 baru tido balik. haihhh.. Scary!!! Nyamuk jangan cite la. Dah la xde selimut. Nyamuk pun same macam aku tak boleh tido agaknye. Huhu..

Lepas keje tadi dah beli ubat nyamuk. Harap-harap malam ni ok. huhu...

Hidup Baru Di Tahun Baru 2012

Hai semua. Hari ni aku selangkah menjadi orang dewasa yang lebih matang dan beridkari tapi masih belum daftar mengundi.. huk2.. Sebabnya hari ni aku dah pindah untuk duduk sendiri menyewa bilik yang dekat gile dengan ofis tahap kalau selipar hilang pun masih boleh jalan kaki pergi ofis dengan berkaki ayam.. huhu... Tapi macam annoying pun ade jugak sebab dari perkarangan rumah pun boleh nampak ofis. Gile xde life. Kalau dulu duduk kelana jaya luas la jugak pemandangan boleh nampak stadium, giant, kedai mamak sun curry olli dan sebagainya. haha...



Gambar tersebut adelah pemandangan bilik baru aku. Sekian sajelah untuk malam ini. Penat gile mengepack dan mengunpack barang2. Nak tido sekarang. Esok aku sambung cerita panjang sket. Bai!

Monday, December 12, 2011

Ini Tentang Kawalan Kemarahan


Aku percaya yang disetiap orang dari kite ni, ade terdapat aura yang menyelubungi. Macam contohnye, kalau kita gembira, kita akan membawa aura yang positif yakni aura gembira. Ataupun kalau kita tengah bersedih, aura yang kita bawa adalah aura negatif yakni aura sedih lah. Aura-aura setiap dari kita ni, pada aku, boleh mempengaruhi orang-orang disekeliling kita. Mungkin ape yang aku cakap ni tak berapa tepat sangat, tapi lebih kurang macam tu lah pemahaman aku.

OK. Enough with the intro part. Ni aku nak habaq. Aku cukup cukup cukup bengang la dengan orang yang jenis bila marah, dok nak meghampuih sane-sini, mulut pot pet pot pet itu tak kena, ini tak kena, lepas tu tak sah la kalau tak mencarut. Sampai aku yang sedang berada dalam ketenangan tahap alfa ni pun terus turut same rase nak marah. Kamon la! We are adults right?! Could you please control your temper?!

Contoh2 yang biasa kita lihat bila orang marah2 ni, adelah, bile die buat sesuatu, die buat dengan kasar. Macam contohnye, bile die nak simpan ikan dalam peti ais, die main campak2 je mayat-mayat ikan yang tak berdosa langsung tu. Atau bile die nak tukar channel tv, die tekan button remote tu macam seolah-olah remote tu bukan bapak die yang beli.

Jadi saranan aku ialah, bile anda rase anda tu tengah marah, sile mengasingkan diri dari orang lain. Jangan la bagi orang lain mendapat kesan terhadap aura negatif anda itu. Tak elok untuk anda, dan juga orang itu. Tak elok untuk anda sebab anda menyebabkan kebencian orang yang pada asalnya xde apa2 pun masalah dengan anda, tapi sekarang, die mula sakit hati dengan anda. Dan tak elok juga untuk orang lain, kerana ia akan membentuk suatu perasaan baik-kaw-diam-sebelum-aku-tampo-mulut-ko-atau-aku terajang-lutut-kanan-ko-(yang-mana-lebih-berat).

Mari aku bagi contoh lagi. Katekan Syazlizawani sedang marah kerana sesuatu (sebab ape2 je lah. Letih la aku nak kene mereka-reka semua aspek cerita), dan ketika itu dia bersama dengan Roszaidi. Syazlizawani ni pulak kalau marah, jenisnye nak pot pet pot pet tak tentu hala aje. Dalam die pot pet pot pet tu, die akan berkecenderungan untuk melukai hati Roszaidi dalam tutur katanya. Macam contohnye, die mungkin akan berkata "diamlah Roszaidi!! Ko tu bukan taw ape!! Ko tu, kalau bukan aku yang tolong ko mase nak exam, entah-entah ko tu sampai sekarang pun UPSR tak lepas-lepas lagi!! Buat malu mak bapak ko aje!!" Dan kata-kata nista yang dilemparkan oleh minda separa sedar Syazlizawani yang dikawal oleh nafsu amarahnya ini, sudah tentunya telah mengguris hati Roszaidi. Mana mungkin Roszaidi sedikit pun tak terasa.

Ok lah.. Lets say selepas kembali ke alam nyata, Syazlizawani betul2 menyesal tahap nasuha terhadap ape yang die dah cakap, lalu die pun mintak maaf bersungguh-sungguh, dan Roszaidi yang merupakan seorang yang memang pemaaf dan baik hati, lalu memaafkan keterlanjuran kata-kata Roslizawani dengan penuh ikhlas sambil berlinangan air mata kedua mereka.
Tapiiiiiiiiii... namun begitu, walaubagaimanapun dan dalam pada itu, tahukah anda ape yang telah terjadi kepada dalaman jiwa Roszaidi? Aku yakin sangat2 la, dalam hati Roszaidi tu, mesti akan ade berparut jugak. Tak banyak, sikit mesti ade. Mesti punyelah!!

Haa.. Macam tu lah. Even aku sendiri pun, kalau aku dah maafkan orang tu dan menganggap "xpelah, die tak sengaja nak cakap macam tu" dengan sepenuh hati ikhlas dan lepas tu aku dan orang itu berhubungan baik atau mungkin bertambah erat, tapi sumpah sampai mati aku takkan lupa. Even parut kene minyak goreng ikan sebesar 24mol zarah dekat tangan pun 2 3 bulan baru hilang, inikan pulak parut dihati yang tak tercapai tangan nak menyapu minyak gamat apetah lagi sebarang losyen2 sari ayu. Aku ingat tahu?!! Aku ingat sampai mati!! Tapi tu pun kalau aku tak mengalami masalah ingatan la.

Ape yang biasa aku lakukan apabila aku marah ialah, aku diam. So, korang-korang please take note okay. Kalau aku diam tu, maknenye aku tengah marah. Jadi jangan nak cucuk2 aku kalau tanak hatimu dilukai. Huhuhu.. Kalau sakit hati aku tu tahap yang lebih tinggi yang sampai urat ketiga dari kanan sereblum aku ni bergetar-getar sampai aku sakit kepala menahannya, apa yang aku lakukan ialah, aku tido. Habeh cite. Walaupun bile aku bangun aku masih tak berasa aman dihati, tapi at least aku tak mengganggu emosi orang yang xde pape masalah dengan aku. Biar aku meroyan sorang xpe. Xyah nak libatkan orang lain. Nanti masalah kecik, besar plak jadinya.

Ok, sekian saja penulisan aku kali ini yang makin matang dari hari ke hari.

Wednesday, December 7, 2011

Aku Si Dompet Hitam


Salam semua. Aku adalah sebuah dompet yang berwarna hitam. Namaku 'wallet'. Aku dibeli oleh tuan aku disebuah pasaraya carrefour sebelum tuan aku berangkat untuk menyertai ekspidisi kajian warisan di surabaya Indonesia. Aku berasa gembira tatkala dibeli. Kerana hanya selepas beberapa hari dibeli, aku dapat melancong jauh. Aku merasa sangat bertuah!

Ternyata, panas yang kuharapkan, tetapi mendung pula yang menimpa diri aku. Aku mendapat tahu bahawa beberapa minggu sebelum aku dibeli, tuan aku telah kehilangan dompet kesayangannya yang bernama 'jeans' yang telah bersamanya selama 8 tahun. Tuan aku teramat menyayangi Jeans. Dia sering membandingkan aku dengan Jeans. Aku sedar, aku tak secantik dan sehebat Jeans. Siapalah aku. Hanya dompet murahan berkualiti rendah setaraf dengan hargaku. RM10.

Tidak seperti Jeans, tuan aku tidak pernah berasa bangga dengan aku. Pernah suatu ketika, pada waktu awal2 aku menjadi miliknya, tuan aku seolah-olah menyesal kerana membeli aku. Tidak sampai seminggu membeli aku, tuan aku cuba-cuba melihat dompet yang lain yang berada dipasaran. Aku tahu, kalau ada yang menarik minatnya, pasti dia telah menggantikan aku dengan yang lain. Tapi ternyata, sayangnya terhadap Jeans amat payah sekali untuk padam.

Pada suatu hari disebuah pasaraya, tuan aku telah terlihat beberapa buah dompet berkain jeans dijual. Tanpa berlengah lagi, tuan aku terus meluru ke situ untuk melihat jikalau ada dompet yang hampir sama dengan Jeans kesayangannya. Ternyata dia hampa. Hanya Tuhan yang tahu betapa bercampur baurnya perasaan aku ketika itu. Gembira kerana dia masih belum berjumpa pengganti aku. Tetapi sedih kerana setelah hampir setahun berkhidmat bersamanya, dia masih belum dapat menyayangi aku sepenuhnya.

Aku tak minta untuk disanjung seperti Jeans. Jauh sekali umtuk menggantikan tempat Jeans di hati tuan aku. Cukuplah sekadar aku dapat memberi bakti kepada tuan aku untuk memenuhi kewajipan aku sebagai sebuah dompet. Andai kata suatu hari nanti tuan aku dapat berjumpa dengan pengganti aku yang baru, aku pasrah....