Saturday, April 20, 2013
Cuma Cari Aku Bile Kiamat Nak Dekat Nanti
Sem ini adalah yang sangat-sangat menguji kesabaran dan ketahanan mental dan fizikal. Dengan workload yang melampau berat, tiap-tiap minggu ade je submission pelbagai assignment dan kerja studio, dari minggu pertama sem sampai lah ke sekarang ni, dah week 10, tak putus-putus. Penat yang tak terkata.
Ditambah lagi aku buat kerja part-time nak menampung kos yuran sebab masih lagi self-sponsored. Jadi bayangkanlah betapa lelahnye dengan kerja work load pembelajaran yang banyak, ditambah lagi dengan kerja sampingan, nak termuntah dah ni rasenye.
Jadi bile kite dah bekerja keras, kite tak harap kerja-kerja kita itu berakhir dengan sia-sia. Temanye di sini. Duit yang aku kerja tu, yang aku kumpul untuk bayar yuran yang aku kene bayar next week, dah kene curi. Ye, kene curi dekat bilik. Masuk yang ni, dah RM710 duit aku hilang. Seriously,I dont work for nothing!! Aku susah payah penat2 cari duit sendiri, hilang macam tu je. Duit kerja sendiri tu woiii!!!!! Sile paham ape yang aku rase sekarang.
Seriously, to who ever took that money, I wont forgive you. Tak kisah lah alasan ape kaw mencuri tu. Sebab nak tampung kos pembiayaan pembedahan emak ke, sebab bapak kene leukimia ke, anak masuk hospital ke, aku langsung takkan tolerate. Muktamad. Takkan maafkan. Dan takkan halalkan. Takkan halalkan selagi matahari terbit dari timur dan tenggelam di barat. Sila faham! Kalau kau rasa dah insaf nanti pun, cari aku hanya selepas matahari dah terbit dari barat. Mungkin kau masih ade mase lagi sebelum kiamat sebenar berlaku. Itupun kalau kau dapat cari aku lah. Atau aku masih hidup. Kalau tak, kite jumpe kat akhirat je la nanti.
Subscribe to:
Posts (Atom)