Pages

Thursday, July 22, 2010

Sedikit tentang obsesi (bukan obesiti)

Aku rase hampir semua orang ade obsesi masing-masing. Macam contohnye kawan aku Bella yg obses terhadap movie2, beg2, kasut, baju dan bendalah2 yang mengabehkan duit. Mar pulak suke bab2 menangkap gambar, nesh terhadap tarian, yaya dan lisa terhadap lelaki hot, dan sebagainye? Bagai mane dengan aku? Cube teka aku obses terhadap ape...

Ok fine... bukan ade sape nak teke pun. Meh je la aku citer... (T_T)

Obsesi aku selalu bertukar2. Kalau mase kecik2 dulu aku obses terhadap lukisan. Mase tu asik dok melukih je la keje aku. Pastu kaler gune crayon. Siap panggil kawan datang rumah untuk melukis bersama2. Pastu kalau dah siap tunjuk kat mak. "mak..mak.. lawa tak?" dan emak menjawab penuh berhemah "lawa...".. oh.. hati berbunga. sebab mak kate lawa, baru ade konfiden nak tunjuk kat org lain. "lawa tak aku lukih ni?" tanya aku kepada kakak.. "tak pun..." urgghh...

Lepas dah masuk zaman sekolah menengah pulak, obsesi aku hanya pada tv. Pagi petang siang malam dok nak ngadap tv. Balik skolah bukak tv. Bangun tido bukak tv. Kengkadang kalau xde citer best pun, tetap nak tengok. Citer katun bodoh pun xpe. Asalkan tengok tv. Lepas tu obses terhadap novel cintan-cintun plak. Biasa la.. budak2 baru nak membesar. Ade la beberapa yang dibeli. Selebihnya pinjam je dengan member2. Time bace tu memang feeling abes la.. nak makan nasik pun tak lalu la kadang2 bile terkenangkan kesah percintaan hero dan heroin yang tak kesampaian...

Bile form 5, aku sekat diri sendiri dari bace novel2 ni. Sebab bace novel ni terlalu mengganggu emosi bagi aku. Hurrmmm.. form5 aku cam xde obsesi je kot..

Masuk u pulak, aku dah mula ade brodben sendiri. Start dengan obsesi terhadap blog. Blog walking, running, jumping, stalking, sume lah... Hari2 nak bace blog orang. Bace blog orang lagi best dari bace novel cintun. Mase dok blogging tu, jumpe plak la dengan blog2 it yg best2. Pastu terobses dengan nak mencuba software2 menarik... Pastu lame2 internet dah slow sebab tak mampu nak bayar yang rm98 sebulan, akitiviti mendonlod terpaksa dikurangkan. Tapi keobsesian ini masih berterusan sekarang, cuma tak berapa aktif je la..

Lepas tu obses balik terhadap novel. Tapi kali ni dah tak layan dah novel jiwang2 ni. Kengkadang nak bace novel jiwang pun dah tak lalu. Balik2 plot die lebih kurang same je. So, aku beralih ke arah novel yang matang skit. Novel2 yang ade islamik sket. Novel yang pasal kemanusiaan, yang mengajak kite berfikir.. ceh ceh.. matang siottt aku.. Kalau masuk kedai buku je, mesti aku separa meroyan. Ade je buku yang aku nak beli. Tapi duitnye takde. Kadang2 aku beli je jugak walau tahu diri sedang pokai.. buku2 ni irresistable. Mungkin MPH ade pasang pelaris.. huhu...

Lepas tu obses terhadap ikan... haha.. berape ek ikan aku dah bela. 13 ke 14 gak ar.. buka bela semua serentak. Tapi sume mati.. huhu... nak buat camane. Ikan tak leh hidup lame.. aku nak je bela lagi.. tapi xde sape yang sokong aku..huk2.. sedih betul!! nak bela ikan.. nak bela ikan.. tapi tanak bela ikan laga.. ikan laga bosan. dah la dok dalam botol je. Pastu xleh taruk batu2 pokok2 pe sume.. bosan betul.. Kura2 lagi bosan. Dah la gerak lembab... xbest2.. nak ikan jugak.. huhu..

semua ni dah kembali ke rahmatullah...

Sekarang ni pulak, aku tersuke plak dengan animation.. haha.. sebenarnye dah lame dah aku nak try flash animation ni. Tapi baru je dapat software die.. huhu.. Mase cuti tu aku ade la try buat animation org lidi. Tapi sekarang aku tengah nak buat yang bukan org lidi punye.. hehe.. tunggu dan lihat....
video
yang ni aku ade tambah sikit dari yang aku post kat fb tu.. huhuu...

Friday, July 9, 2010

Aku dan Pokok-pokok

Ok!! this tyme nak tunjuk la sket sebanyak ape yang telah terjadi kat perkarangan rumah aku setelah setahun pemergian ibunda terchenta.. huhu...

Dulu2 semasa hayat beliau, beliau je la yang paling rajin nak bercucuk tanam ni. Tapi apakan daya, umurnya tak panjang. Pokok2 bunga yang telah ditanam olehnya telah secara tak sengaja terwariskan kepada anak2 dan suaminya a.k.a bapak aku yang langsung tak tau menahu pasal tumbuhan2 ni sume. huhu.. Bukan tak nak jage. kitorg jage ape. Bapak aku tiap2 pagi siram segala pasu2 yang ade. tapi bapak aku pun bukan tau mane satu pasu berbunga, mane satu pasu berumput.. huhu... jadi, beliau siram ajelah selagi ade pasu yang terlihat di hadapan matenye.

Mari kita jengok2 ape yang berlaku....

adekah die masih menganggap dirinya sepohon orkid? errr.. orkid ke ni?

ni mane satu pokok, mane satu rumput?

ade ke pokok bunga dalam ni?

menunggu masa untuk ajalnya tiba...

penumbuhan batang pokok yang tidak terkawal...

ni pokok bunga ke lalang semata? Konfius...

tu sebahagian je. Pasu2 yang lain pun lebih kurang je.. huhu...kesian kan mereka semua.. aku rase dah setahun tak berbaja.. ngahaha... bukan aku takde inisiatif langsung nak repair pokok2 tu sume. Tapi bile aku dah dok mengadap pasu2 ni sume, trus aku jadi blur. Tak tau nak buat ape. Nak mencantas tak reti. Kang mati plak. Nak cabut rumput dalam pasu lagi la konfius. Tak tau mane satu rumput, mane satu bukan rumput. Kang tersalah cabut kang sesia je,.. huhu...

Oleh itu, dapat aku simpulkan disini bahawa, aku dan pokok2 memang tak de persefahaman... ngahaha... xpe2. Tunggu aku kaye sket nanti, aku upah tukang kebun... ngahahahaha....

Saturday, July 3, 2010

Telah Berlaku Sesuatu

owh.. owh.. petang tadi telah berlaku sesuatu yang menakutkan aku.. huhu... kisahnye bermula begini...

Petang tadi, dalam pukul 3, aku pun keluar rumah untuk pegi kedai. Macam biasa la, kenderaan rasmi rakyat bertaraf sederhana cam aku ni ialah moto. Mase pegi xde la pape terjadi. Aku pun cari tempat parking. Tempat parking yang khusus untuk moto kat area2 blakang tempat tu. Kedai yg aku nak tuju kat depan je. Maleh la aku nak parking jauh. Bukan aku nak pegi lame pun.

So, aku pun parking la between 2 kereta ni. Belah kanan kete persona, belah kiri kete satria kot. Pas dah park, aku pun masuk la dalam kedai. Lepas dah settle urusan dalam kedai, aku pun berjalan menuju ke moto. Tengok2 kete satria dah xde, diganti plak dengan lori besar. Tak tau la lori ape. Cam lori Rentokil tu tapi versi yang lebih besar. And lori tu main park ikut ske die je menyebabkan moto aku 'tersepit' kat tengah.
camni lah keadaan tempat kejadian

Aku yang dilahirkan sebagai seorg yg cool ni pun, naik je la moto tapi xstat enjin dan undur je la slow2. Dah la laluan keluar memang sempit. Memang muat2 je la. Aku pun berusaha sedaya upaya menyeimbangkan kiri dan kanan agar tidak melukai mane2 pihak. And aku almost berjaya sehingga la aku terdengar bunyi 'kreekk'. Arrgghh.. siket je lagi kot. Brek moto aku terkene kete persona tu dan mengakibatkan kesan calar sepanjang lebih kurg 2 inci..

Arrrgghh.. cuaknye... huhu.. Pastu aku yg sedang ketakutan, cepat2 stat moto dan meninggalkan tempat kejadian sebelum owner kete tu nampak aku.. huhu... owh tidakk.. aku kini bergelar penjenayah!!! uhuk2... berdosekah aku kerana buat bodoh? Adekah perbuatan aku ini dikira macam langgar lari?!!

Kalau anda adelah saudara mara kepada pemilik kereta persona kaler silver, yang park kete kat pasabina depan farmasi, sile hubungi aku.. huhu...