Pages

Tuesday, December 31, 2013

Akhir Semester di Hari Akhir

Semester 1 tahun 5 yang pada mulanya berjalan agak steady, berakhir dengan disaster. Final presentation yang berlangsung dengan lidah yang seriously kelu time nak present. Dengan susunan board yang tunggang langgang. Memang menyirapkan hati lecturer. Pastu pulak dengan komen "you are failing this semester!". Fuhh.. berhenti sekejap supply oksigen ke otak aku time tuh. huhuhu. Alhamdulillah, dah lepas struggle touch up balik semua drawings, insyallah lepas lah kot. Tapi lepas dengan cgpa yang dah entah kelaut mane ntah. Hancussss... Tapi takpe lah, try tebus balik next sem. Jumlah cgpa tak menentukan jumlah pendapatan BR1M pun kan? #tibeh

Therefore, I would like to express my gratest gratitude kepada kawan kawan yang banyak membantu aku melepaskan diri sem ni. Ilham yang baik gile offer nak tolong siapkan board for portfolio review. Akmyr yang tolong render elevations last minit, Akfan yang tolong sejak dari awal2 sem sebelum tercetus tajuk thesis lagi, Irman yang tolong mengannoyed dan mensaikokan setiap masa, yus yang tolong consult sekali je tapi at last tak digunakan pun idea die, amirah farhana, kak zati, najwa, dan ramai lagi warga studio b.arch. Jenuhla nak sebut nama sorang-sorang khenn...

Ok tu je nak cakap pasal sem ni. Bai.

Friday, December 20, 2013

Gua panas ni gua panaaaasssss!

Aku panas hati betul dengan orang yang jenis suke tunjuk pandai and tahu semua ni. Macam contohnye bile aku tengah buat kerja aku sendiri, menggunakan software autoCAD la misalnye. Lepastu orang-orang yg jenis tak dikehendaki tu berdiri kat belakang memerhatikan cara aku buat kerja, pastu dok komen. "Apsal buat camtu? Kenapa tak buat camni?" Yang ni yang aku maksudkan adelah cara kerja, bukan berkenaan design. Macam contohnye, cara aku trim line mungkin tak sama dengan cara die trim. Or aku menggunakan command yang berbeza dengan beliau untuk mendapatkan hasil sama. Bluurgggghhh.. Suka hati aku lah cara aku. Dah aku rasa aku lagi cepat buat camtu. Ko sebok kenapa? Ade jugak aku tengok cara kau draw tu lagi bodoh dan lembap dari cara aku. Takde pulak aku nak gelakkan kau!

Okay mungkin aku kedengaran agak bodoh sombong disini. Aku boleh je terima tunjuk ajar benda baru. Tapi cara orang-orang jenis tersebut menyebabkan jiwa remaja aku yang panas ni mudah membara. Tak perlu kot nak cakap "hahaha... kenapa buat camtu? hahaha". Okay mungkin cara penaipan aku tak sampai kepada nada sebenar. Tapi sile imagine sendiri cara orang tegur sambil gelak2. Kan rasa nak bagi penumbuk kan kan kan?? Grrrrr....

Banyak je jugak aku tengok orang buat kerja, yang bagi aku, aku tahu cara lagi cepat pantas dan tuntas dari tu untuk mendapatkan hasil yang sama. Tapi takde la aku nak sebok2 tunjuk pandai sangat. Mungkin aku kedengaran kedekut ilmu. Tapi niat aku adelah untuk tidak mendownkan orang yg sedang buat kerja tersebut. Bia je die buat cara dia dulu. Barulah die lebih konfiden. Tapi kadang2 aku tunjuk ajar je la jugak kalau cara aku mungkin boleh membantu die. Tapi bukan dengan cara menggelakkan orang!

Aku tak buat kat orang ape yang aku tak suka orang lain buat kat aku.

Wednesday, December 11, 2013

Ala- ala Cerpen Siri 1: Terbalik


Ada sorang mamat ni. Nama dia Ali. Ali berasal dari kampung. Dan telah menjadi norma kepada kehidupan rakyat kebanyakan, Ali pun telah keluar dari kehidupan rakyat ber radius bandar kelahiran untuk memperluas pemandangan serta bertambah pengetahuan. Lalu, beradalah Ali di dalam suatu komuniti di bandar yang terdiri daripada kaum yang 80% daripadanya adalah bukan masyarakat bandar azali pun. Maka, dek kerana keadaan sekeliling, sedikit demi sedikit, Ali dapat mengenal erti kehidupan dan dapat adapt dengan perubahan persekitaran seiring dengan perkembangan kematangan pemikiran beliau yang menganjak dewasa saban tahun itu.

Cuma sejak dua menjak ni, Ali baru sedar ada satu perlakuan yang mengganggu gugat ketengangan fikiran Ali yang sememangnya jarang-jarang dapat bertenang sedang berlaku dalam komuniti bandar-wannabe ni. Rupa-rupanya, diorang ni jenis suka pakai skirt! Gile ke ape. Seumur hidup Ali, pakai kain batik buat kain basahan pun die tak pernah, inikan pulak pakai skirt. Otak Ali yang berkapasiti rendah ni memang tak boleh nak digest 'the ugly truth' ni.

Kawan baik Ali cakap, "haa.. ko memang la tekejut sekarang. Sebab ko belum biasa lagi dengan benda-benda macamni". Ali makin jadi tak keruan. Mana mungkin Ali dapat biasakan diri dengan perkara yang melanggar norma lelaki sejati yang di pegang sejak dari beliau masuk jawi bertahun lamanya dulu. Lelaki pakai skirt. Skirt tu kan pakaian kaum perempuan. Jadi, kalau lelaki pakai skirt, tu kan seperti menyamai kaum perempuan. Kan berdosa tu. Mana mungkin Ali dapat terima perkara yang terang-terangan adalah perkara yang dimurkai tuhannya, sebagai suatu kebiasaan dalam kehidupan. Otak Ali mengalami masalah yang dalam terma orang-orang komputer, disebut sebagai 'software crash'.

Ini sudah terbalik! Terbalik! Sebab benda 'terbalik' yang dipraktikkan oleh masyarakat sekeliling, sekarang Ali pulak yang dipandang tak normal. Ali memang tak boleh terima ini. Ini TERBALIK!! TERBALIIIKKKK!!!!

Sekarang Ali rasa macam nak pergi Sepilok tengok Orang Utan makan pisang.

Wednesday, August 7, 2013

Entry Cliche Sempena Hari Raya



Salam Lebaran 1 Malaysia *tibe~~

Bersempena lebaran yang menjelma mungkin besok ni, aku ingin nak memohon maaf salah silap terlanjur kata, tersakit hati dan sebagainya. Segala persengketaan yang berlaku marilah kite tamatkan segera. Persengketaan baru bolehlah dimulakan setelah tamat bulan Syawal nanti, yakni, apabila memasuki bulan Zulkaedah nanti.

Persengketaan kecik, besar, dengan kawan, keluarga, majikan, gur-guru dan sebagainya, telah pun aku delete dari hati dan ingatan dengan tulus ikhlas hendaknye insyaallah... Marilah kite same-same mulakan persengketaan hidup baru.

p/s: Bende2 bermaafan maafan ni aku tulis camane2 pun masih kedengaran cliche. tak leh nak buat ape lah...

p/s: Walaupun aku cakap aku maafkan segala persengketaan, tapi kepada yang songlap duit aku beratus-ratus hari tu, pengecualian dibuat terhadap anda. Aku masih tak menghalalkan walau sesen pun. Nasibla ko jenuh cari lalilatul qadar ke ape ke bulan puasa ni, ko tetap akan kene cari aku dulu kat akhirat nanti. Harap dimaklumi.

Saturday, July 27, 2013

Luar Biasa Yang Biasa-biasa

Someone: Ade boyfriend tak?

Me: Err.. Takde. Kenape?

Someone: Serious takde? Sebelum ni tak pernah ade ke?

Me: Haah. Takde.

Someone: Takkan tak pernah ade?

Me: Ye.. takde. Kene ke ade?

Me: *blurr*

Someone: Eh.. takdelah.. hehe...

Itu adelah salah satu perkara yang kalau mengikut garis panduan kehidupan bersyariat sepatutnye tidak berlaku, tetapi di pandang terlalu mainstream dalam masyarakat. Betul tak? Couple. Perkara normal. Kakak kite couple. Abang kite couple. Mak cik pakcik, orang sebelah rumah, kawan-kawan. Semua pun couple. Sape yang takde couple pulak yang dipandang pelik. Tapi bukan ke dia sepatutnya vice versa? Tak couple tu normal. Yang couple tu yang pelik. Bukan ke garis panduan Islamiah kite macam tu?


--------------------------------------------------------------------------------------

Pada suatu malam yang tenang di bulan Ramadhan al- Kareem, aku pun tengah tengok rancangan "Assalamualaikum Bro, Tolong Jawab". Mengikut perkiraan aku, ni cerita macam soal jawab berkaitan hal-hal Islamik la.. Sebab yang tukang jawab die pun Imam Muda Asyraf. Ok la fine je la cerita die. Pastu tibe2 ade satu segmen lagu raya parody pulak. And yang memparodykan lagu raya tu pulak is BOBO!!! What the fishhh Bobo?? Terus berdenyut medula oblongata aku dengan rate 7 denyutan sesesaat. Kan tu rancangan berbentuk Islamik? Why 'Bobo' is soooooo mainstream sekarang? Dekat Perak.fm pun, kan sebelum nak tunggu azan berbuka tu ade banyak2 iklan dulu, pastu adelah iklan produk memutihkan kulit yang 'dilakonkan' oleh sekumpulan lelaki kategori 'nyah' ni. Cakap pasal die pakai produk ni, pastu kulit gebu  la halus mulus bagai. Seriously? Why these 'nyah' thing is sooo mainstream nowadays? Takleh ke pakai 'pelakon' perempuan? Haihhh.. Pengsannnn... Ni dah macam menggalakkan kewujudan kaum seperti itu.

Bukan la aku nak kate manusia spesis seperti itu patut dipancung or di bunuh ke ape ke. Basically they are just human. Same je macam kita. In fact, mane tahu, diorang lebih banyak pahala dari kita. Benda macam ni tak boleh kita nak judge. Betul. Tapi please la... Tindakan memainstreamkan golongan seperti ini macam hanya menggalakkan lebih banyak kemunculan orang2 sebegitu. Macam we are sending signals that "being 'nyah' is okay. Socially acceptable".

-----------------------------------------------------------------------------------------


Satu scene dalam filem Melayu dimana sepasang kekasih ni tengah date, bermesra-mesraan. Peluk-peluk bagai. Sebagai contoh aku petik dalam cerita SAM. Yang pelakon die shaheizy Sam dengan Lisa Surihani tu. After kerja diorg pergi I-City main salji la bagai, peluk2 bagai. Selaku penonton, kite akan rasa "awww.. so sweet". Tapi bile fikir-fikir balik, benda macam tu, kalau in real life, ade couple melayu buat camtu depan kite, tak ke kita rasa nak bagi penampar je kat seko-seko? Tapi dalam filem tu, kite tak rasa ape pun. Rasa 'sweet'. Maksudnye, benda ni masih terkawal la kot dari segi penerimaan masyarakat Malaysia Melayu Muslim. Kalau secara nyata menentang. Kalau dalam TV takpe. Tapi aku terfikir macam through TV, kite secara unconsciously dah accept benda ni. Tak lama lagi mungkin kite akan boleh menerima benda ni secara terbuka. Mungkin.

Satu lagi contoh ialah dalam cerita Istanbul Aku Datang. Kan Lisa Surihani kene tipu masa die nak sewa rumah. End up sebenarnye rumah tu rumah Beto Kushairy. And Lisa insist die tak nak pindah sebab die dah takde duit. And penonton pun macam berfikiran "haaa.. takpe la duduk serumah.. sweet la korang gaduh-gaduh camtu. Sweet sangat".. Haa.. Nampak tak camane permainan media kat situ?


Friday, July 19, 2013

Hidup Dari Sisi Lain


Kalau di UIA, public transport untuk keluar hanya ada bas dan teksi. Bas ade 2 jenis. Bas Metro dan bas Rapid KL. Kalau nak ke LRT, naik bas Rapid. Tapi kalau nak pergi KL area jalan TAR, Sogo, Pudu dan kawasan yang sewaktu dengannye, aku prefer naik Metro.  Dulu aku pernah sembang dengan sorang kawan ni. Tapi aku tak ingat dengan siapa. Die cakap die tak suke naik Metro. Sebab macam-macam jenis orang. Lainlah kalau bas Rapid. Memang 99% warga UIA je yang naik.

Tapi bagi aku, aku suke naik Metro sebab kite boleh tengok macam-macam golongan. Bukan setakat golongan student UIA je. Bosan. Sebab bas Metro lalu jalan yang tak berapa nak bandar. Jadi kite boleh tengok gelagat orang-orang yang bukan senasib macam kite.

Aku paling tak boleh tengok orang miskin, especially budak2 dan orang tua sedang bergembira. Sangat tak boleh tengok. Bukan tak boleh tengok sebab sakit hati diorg tengah hepi2. Tapi sedih. Sedih bile tengok orang miskin gembira.

Pernah satu hari aku naik bas Metro dari UIA. Dalam bas tu ade ramai makcik2 cleaner. Haritu diorang semua baru dapat gaji. So, semua eksaited sangat nak pergi berbelanja dekat Ong Tai Kim. Ong Tai Kim okay. Tahu tak Ong Tai Kim tu macam mane? Ong Tai Kim ni pasar raya yang 10 kali lebih cikai dari Econsave la I would say. Aduh sebak aku time tu. Mak cik2 ni, nak enjoy lepas dapat gaji hanya pergi Ong Tai Kim. Tu pun diorang dah sangat seronok. Kite yang student ni? Dapat duit PTPTN, duit belanje mak ayah bagi, kite pergi mane? Pavi, KLCC, Midvalley, Wangsa Walk. Ong Tai Kim tu memang tak pandang dah. Benda yang kita tak pandang sebelah mata tu, bagi orang lain, nikmat yang sangat besar dah. Allah...

Ni cerita lain pulak. Dalam bas Metro jugak. Driver bas bawak anak die ikut sekali. Anak die dalam lebih kurang umur 5 ke 6 tahun macam tu. Die janji dengan anak die nak belikan KFC. Bile sampai area Ong Tai Kim tu, driver bas pun turun kejap pergi KFC. Dan kembali dengan bungkusan KFC. Dan anak die pun makan dengan eksaited. Yang ni pun bagi aku agak menyayat hati jugak. Sebab bagi budak tu dan driver bas, KFC adelah benda yang besar. Bukan selalu boleh makan. Benda mahal bagi seorang pemandu bas. Tapi demi nak ambik hati anak die, die usahakan. Kite? KFC bende biasa. Kalau nak celebrate pape, pergi Fish Manhattan, Carls Junior, Seoul Garden, tempat-tempat jauh lagi mahal. KFC tak pandang dah. Padahal bagi anak driver bas tu, dah cukup nikmat dah.

Lagi satu. Dalam bas Metro jugak. Tapi mase ni kat matrik PJ. Naik bas Metro. Dekat depan aku ade 2 orang budak pompuan umur dalam 5 ke 6 tahun dengan bapak die. Dari gayanya nampak macam bukan orang senang. Baju diorg pun koyak je. Dari perbualan budak pompuan 2 orang tu, aku taw diorang nak pergi mandi kat kolam KLCC. Eksaited sangat sangat sangat. Bapak die dekat tepi tu diam je. Muka macam susah hati. Aku wonder ape yang bapak die sedih sangat. And wonder mane mak budak-budak tu. Yang buat aku sedih adelah kegirangan budak2 tu nak pergi mandi kolam KLCC. Naik bas metro je kot pergi KLCC. Dan mungkin aku sedih sebab aku bayangkan bapak die tengah kumpul duit sebab dah lama janji nak bawak anak2 die pergi mandi. And budak2 tu sebenarnye dah takde mak. Haihh.. Mungkin aku terlalu banyak tengok drama.

Arghh.. aku tak tahulah ape yang aku cerita ni korang boleh dapat rase ke tak ape yang aku rasa bile tengok. Or mungkin aku yang terlalu emosional nak sedih2. Padahal orang tu biasa-biasa je.

Banyak je lagi benda menyayat hati yang aku masih ingat. Tapi takyahlah cerita semua. Nanti aku sedih. Hahaha... Tapi tu lah. Aku pun tak tahu kenapa aku mudah tersentuh bila tengok golongan macam ni. Mungkin sebab aku pun bukan berasal dari keluarga senang kot...

Wednesday, July 10, 2013

Masyarakat Padang Bola


Minggu lepas aku kena paksa  tengok perlawanan bola sepak antara skuad Seladang menentang The Red Warrior. Cewah.. Sebab tu last match yang kat Ipoh untuk season ni, maka kakak aku pun paksa ajak aku pergi tengok. Die belanja. Aku dengan baru balik dari beriadahnye, nak makan nasik pun tak sempat. Nak tengok bola punye pasal.. Haihh..

Kitorang sampai lambat sikit. So, duduk je la mane2 kosong. Tapi dapat tempat tak best. Silau gile spotlight. Tak brape nak boleh tengok padang la. Dengan internet phone aku yang takde line nye lagi, jenuh aku nak check in foursquare tak dapat. Apetah lagi nak bertuit. Dengan perut lapar lagi. Memang aku rase tengok kat rumah la lagi best. Boleh tengok sambil makan nasik. So, 1st half berlalu dengan aku tak brape nak konsentret atas faktor2 yang dinyatakan.

Bile break, kitorang duduk tempat lain. Yang kurang sikit silaunye. Boleh la tengok. Tapi tu pun aku tak brape nak konsentret kat match jugak. Aku lebih konsentret terhadap memilih murukku di dalam set kacang putih. Kan tengah lapar gile. Die punye kerepek ubi payah sket nak tarik. Plastik sempit. Dahtu murukku cacing tak banyak plak.. kacang pun. haihhh... Lepas tu dok berimaginasi kalau dapat dipadankan kacang putih dengan teh o ais alangkah nikmatnye... huhu..

Kat belah kanan aku ade sorang brader ni. Cakap loghat utara. Die dengan wife die. Yang aku tak puas hatinye dengan masyarakat di padang bola ni, asal player missed nak score goal je, penonton punye mencarut tak bleh blah. Dah langsung rase macam malaikat semua dok luar stadium je. Tak nak masuk. Haihhh..

Pada waktu itu, aku rase macam kesian gile dengan player semua dok kene maki2 dengan penonton. Rase cam nak pergi tepuk bahu sorang2 player lantas memberi kata2 semangat kepada mereka.. Ohh.. Gatai naa.. 

Nak nak lagi brader sebelah aku ni. Adoi.. Mulut cam tah ape je tah. Ce hang pegi masuk main tengok. Aku nak tengok hang terra ka tak terra.. Haihhh.. And wife die sebelah tu boleh je rilek je tengok match sambil kopek kuaci. Kalau laki aku la perangai camtu, aku balik rumah je terus. Malu aku nak ngaku laki perangai camtu. I cannot tolerate orang suke mencarut. urggghhhh...

Kakak aku pulak dok suruh aku cari player Kelantan jersi 9 yang mane. Mane la aku nak nampak. Tak bawak spek. Tengok bola sudah la. Sebok nak cari player tu pasai pe. Aku cari kacang kuda
pun payah nak jumpe, inikan pulak nak cari player sebesar kelingking tu.

Lepas tu ade sorang budak belakang aku, skolah rendah kot. Tu pun mencarut2. Urggghhhh... Kecik-kecik dah macam tu. Kalau besor nanti, mesti jadi cam brader seblah aku tu.. Hahaha... Kalau anak aku la cakap camtu, kat situ jugak aku tangan-tangankan die. Sayang anak tangan-tangankan. Remember? Lepas ganyang cukup2, aku heret bawak balik rumah, register skolah pondok. *tibeh

Monday, July 1, 2013

Sayang Isteri Tinggal- tinggalkan


Terdapat peribahasa yang berbunyi "sayang anak tangan-tangankan, saya isteri tinggal-tinggalkan". Setakat pemahaman tak berapa cerdik aku ni, ianya bermaksud, kalau kite sayangkan anak, pukul-pukul la sikit atas dasar tujuan mendidik. Isteri pulak perlu ditinggalkan sekali sekala, bukan asik berkepit aje. Tinggalkan isteri, pergi kerja, untuk kesenangan keluarga. Mungkin camtu kot la maksudnye.


Tapi untuk sessi ini, kite lupekan sekejap yang 1st part yang "sayang anak tangan-tangankan" tu. Sebab aku pun masih belum mempunyai anak. Aku nak fokus pada bahagian "sayang isteri tinggal-tinggalkan". Tapi sila jangan salah paham. Sebab aku sendiri masih belum mempunyai isteri jua hendaknye. Hewhewhew...

Al-kisahnye ni berkenaan praktikal aku yang tinggal dirumah la. Memang la duduk rumah itu selalunye heaven. And mase berjauhan kite akan selalu rase homesick dan sebagainye. Maka, kite akan dying untuk duduk rumah. Kannn.. Tapi masalahnye, kalau dah lama sangat duduk rumah, die jadi lain.

Aku rase antara aku dengan rumah ni takde keserasian la. Bile kat rumah ni aku jadi macam gile gile super duper pemalas sangat amat. Tuudiiaaa... Makanya, bile duduk rumah aku jadi tak produktif. Natijahnye, banyak planning aku yang tak menjadi. Selain itu, bile duduk rumah ni, punyelaaaa malasnye nak gerak keluar ke, pergi sana sini.. Sumpah malas. Kadang-kadang rase macam menyesal pulak memilih untuk praktikal di rumah.

Tapi at least aku dah tahu la yang aku memang tak serasi duduk rumah ni kan. Dibuatnye nanti aku decide nak keje terus kat ipoh, tak ke haru jadinye? Selamanya duduk rumah ni.. Which is, I KENOTTTTT!!!!!

Jadi, itulah maksud yang aku cuba nak sampaikan. "sayang isteri, tinggal-tinggalkan". Ataupun "sayang rumah, tinggal-tinggalkan". Betul tak? Huhuhu.. Walau sayang dan rindu macam mana pun terhadap rumah tempat tanah tumpah darahku ini, tapi, kene jugak tinggalkan. Atau perumpamaan lainnye, "Cinta tak semestinya bersatu"... Tak bleh blah perumpamaan....

Wednesday, June 26, 2013

Luahan Isi Hati Frust!! - siri 1

Lately, terlalu banyak sangat benda yang buatkan aku frust. Takde semangat nak meneruskan hidup... getteww... Jadi, aku merasa seperti nak cerita sikit benda yang memferasskan aku ni...

Begini, bagi aku, bilik mandi ni, die macam kapsul masa. 1 minit di bilik mandi, sama macam 3minit di dunia nyata. So, kalau aku rase aku duduk dalam tu baru 10minit, rupa-rupanya dah setengah jam aku betapa dalam tu.. Dan bilik mandi adelah tempat yang sangat comfort bagi aku. Dalam bilik mandi lah buat macam-macam. Fikir masa depan, buat draft pengisian masa, buat kira-kira pointer (conteng kat dinding pakai air), kira bajet perbelanjaan, berangan, melayan perasaan, dan macam-macam lagi. Jadi betapa pentingnye lah bilik mandi dalam hidup aku.

Pada satu hari, setelah aku balik kerja, aku mendapati lantai bilik mandi telah menjadi begini-



Sebab 1 tiles macam dah termendap kebawah, sebab slab pecah, jadi bapak aku simen balik camni. Bapak aku ni langsung tak mementingkan nilai estetika!! Aku frust tahu tak??!! Frust!! Feraaaaasssssss!!!!

Sunday, June 9, 2013

Zaman Praktikal

Hai. Sekarang aku dah masuk sem 3, yakni sem praktikal, atau dalam bahasa lainnya, latihan indusrtri.. Huhu.. Aku tak bercadang nak membuat entri penutup untuk sem 2, sebab terlalu tarumatized dengan semester itu.. Tidak sanggup untuk dikenang kembali. Terus ke sem3 sajelah ye..

Untuk praktikal ni, memang aku saje cari dekat ipoh. Sebab nak duduk rumah. Jimat. Makan di tanggung Yayasan DK. Boleh tengok tv hari-hari. In fact, dalam batch aku, aku sorang je rasenye buat praktikal luar KL/Selangor. Huhu..

Tanpa membuang masa lagi, marilah kite berkenalan dengan ofis aku, OTP Arkitek cawangan Ipoh.

Ni adelah kedudukan ofis dari rumah. Yang bertanda hijau adelah rumah aku, yang bertanda biru adelah ofis dan yang bertanda kuning adelah landasan aku untuk ke ofis setiap hari dengan jarak mengikut meter motor, adelah kire-kire 1.5km sahaja. Tanpa perlu melalui traffic light yalls.. apetah lagi tol.. haha...


 
ni area receptionist.. Haa.. 'welcoming' sungguh kannzz


tadaaa... this is my workstation.. Hebat tak? Pentium 4 yallss.. jangan memain.. huk2..


Ni bilik bekerja team teknikal... Boleh tahan la.. Cumenye air-cond tak berapa nak rase.. haha..


Dan ini adelah faten, anak staff kat sini yang cuti skolah tadika, yang akan merajuk bile takde orang nak layan die.. huhuhu...

Gambar exterior office tak dapat nak tanggap. Tetibe camera failed.. haihh.. Tapi kalau tengok memang takde rupe dan gaya ofis langsung pun. Memang rumah teres je. Dengan ade anjing kucing lagi... 

All in all, aku sebenarnye mengharapkan yang praktikal ni, dapat buat kerja bodoh-bodoh je. Lipat drawing, scrap drawing, print drawing, kaler2 drawing, cop-cop drawing.. haihh.. tapi ianya tak seperti yang aku harapkan.. kene jugak buat design.. sungguh kecewa.. 

Ade lagi 12 minggu untuk menamatkan praktikal. Cepat la AUGUST!!!!!!!!!

Tuesday, May 28, 2013

Umur 24

Dulu-dulu mase zaman kecik-kecik, aku dok imagine umur 24 tahun adelah satu umur yang sangat berjaya. Orang umur 24 tahun kire dah macam dipandang smart dalam society. Kire matang habis. Aku angan-angan, pada umur 24 tahun, aku keje sebagai eksekutif yang sangat berjaya. Pergi office pakai blazer. Pakai kasut tumit tinggi sambil jalan berbunyi keletak keletuk. Zaman aku berimaginasi tu, drama-drama tv memberi aku bayangan bahawa jawatan 'eksekutif' syarikat tu sangat hebat. Lepas tu drive kereta Honda Civic biru metallic. Letak spek mata hitam atas kepala. Sungguh bergaya!

Tapi lihatlah ape berlaku pada aku sekarang. Umur 24 tahun pada tahun ini. Masih sedang sibuk stadi untuk exam besok. Masih pakai selipar jepun yang tidak berbunyi ape2 tatkala berjalan. Masih pakai t-shirt pergi studio. Kalau sejuk pun pakai sweater rm30. Pergi Tesco pun masih mengharap ihsan kakak untuk drive kan. Sungguh tak bergaya!

Saturday, April 20, 2013

Cuma Cari Aku Bile Kiamat Nak Dekat Nanti


Sem ini adalah yang sangat-sangat menguji kesabaran dan ketahanan mental dan fizikal. Dengan workload yang melampau berat, tiap-tiap minggu ade je submission pelbagai assignment dan kerja studio, dari minggu pertama sem sampai lah ke sekarang ni, dah week 10, tak putus-putus. Penat yang tak terkata.

Ditambah lagi aku buat kerja part-time nak menampung kos yuran sebab masih lagi self-sponsored. Jadi bayangkanlah betapa lelahnye dengan kerja work load pembelajaran yang banyak, ditambah lagi dengan kerja sampingan, nak termuntah dah ni rasenye.

Jadi bile kite dah bekerja keras, kite tak harap kerja-kerja kita itu berakhir dengan sia-sia. Temanye di sini. Duit yang aku kerja tu, yang aku kumpul untuk bayar yuran yang aku kene bayar next week, dah kene curi. Ye, kene curi dekat bilik. Masuk yang ni, dah RM710 duit aku hilang. Seriously,I dont work for nothing!! Aku susah payah penat2 cari duit sendiri, hilang macam tu je. Duit kerja sendiri tu woiii!!!!! Sile paham ape yang aku rase sekarang.

Seriously, to who ever took that money, I wont forgive you. Tak kisah lah alasan ape kaw mencuri tu. Sebab nak tampung kos pembiayaan pembedahan emak ke, sebab bapak kene leukimia ke, anak masuk hospital ke, aku langsung takkan tolerate. Muktamad. Takkan maafkan. Dan takkan halalkan. Takkan halalkan selagi matahari terbit dari timur dan tenggelam di barat. Sila faham! Kalau kau rasa dah insaf nanti pun, cari aku hanya selepas matahari dah terbit dari barat. Mungkin kau masih ade mase lagi sebelum kiamat sebenar berlaku. Itupun kalau kau dapat cari aku lah. Atau aku masih hidup. Kalau tak, kite jumpe kat akhirat je la nanti.

Sunday, January 13, 2013

Alam Ria Cuti Sekolah - Part 1

Maka, telah bermulalah cuti penggal semester 1 tahun 4 aku yang penuh pancaroba dan penuh pengujian keimanan yang datangnya bertalu-talu tanpa henti dari awal sem, sehinggalah ke akhirnya.. Sem yang penuh dugaan. Sibuknya sem ni nak habaq mai, sempat balik rumah sekali je. Tu pun mase raye haji. Mungkin kalau bukan sebab raya, tak balik jugak kot.. Huhuhu..

Maka, memang homesick ya amat lah kan.. Adoi.. Asik teringat nak balik rumah makan nasik depan tv je hari-hari. Dan eksaitaed menunggu penamat exam terakhir. Dah tak fikir ape dah. Study pun sebelah mate je. Otak dok fikir nak balik.

Tapiiii... end up minggu pertama di habiskan masih bukan di kampung. Tetapi dirumah basriDK di Kelana Jaya ekoran kene jage rumah/budak-budak di hari sabtu.. Haihh.. Seb baik gua cuti lame 3 minggu. Tak pe la korbankan saje 1 minggu. Dapat job jadi bibik yang multi tasking dimana pada waktu siang menjadi bibik, dan kala malam hari mentransformasikan diri menjadi draftsman... getteww.. hebat kan.. *perasannn

y u kids always take away my holidays?? (T______T    ")

Tuesday, January 1, 2013

Recap 2012 dan Azam 2013

January- moved in to Kuchai Lama dekat dengan ofis

Until August- worked like a bull for Kumpulan Perunding.. huhu.. tapi those were my happy days. Even hari-hari kerja penat hari-hari meroyan tapi hati senang..

September- The beginning of suffer.. Masuk UIA balik sambung part 2 architecture.

Until December- Struggling in UIA

Thats all for 2012. Nothing much... I wish 2013 would be better.

Meh aku nak bentangkan sket azam tahun baru 2013. Sebab mase tahun baru maal hijrah hari tu bizi ya amat tak sempat fikir azam, maka, azam tahun masihi ni, marilah kite bentukkan die bersifat Islami sikit.

1. Menjadi manusia berjiwa besar
-tak berapa pasti maksud 'jiwa besar' tapiiiii.. aa nanti aku google.

2. Menjadi lebih pemurah
- nak sedekah banyak sket kot and nak lebih kerap belanja orang makan. So, sape nak aku blanje, meh buat baik2 dgn aku meh.. hehe

3. Mengurangkan kegiatan berfoya-foya
- dah tua dah ni. dah nak masuk 24 tahun. Even baru last month turned 23, tapi im still considering myself 24. huhuhu.. dah bukan zaman main2 dah. Perlu mempebanyakkan ibadat dan mengurangkan dosa.. huhuhu..

4. Menjadi lebih matang
- mengurangkan kebergantungan terhadap orang-orang sekeliling. Boleh membuat pertimbangan waras sendiri. Dan cool terhadap ape jua halangan mendatang.. cewaaahh... I'll try my best anyway..

Oh tu saje dah cukup. Takyah banyak2.

*maigoddd... aku rase aku semakin matured!!! howhowhow