Kebanyakan orang, untuk menampakkan mereka seolah-olah mereka tak lah teruk sangat, selalunya akan point perbuatan org lain. Macam contohnye. Kalau Ali meniru time buat assignment, die akan cakap, "eleh, abu tu lagi teruk. Die copy whole assignment. Aku copy satu soalan je". Haa.. macam tu la.. Cari org lain yang buat kesalahan lebih besar supaya kesalahan sendiri nampak lebih kecil.
Lepas tu pulak, kalau ditegur, ade je nak menjawab. Macam contohnye bila kite tegur Minah sebab die tak pakai tudung, Minah cakap, "alah, baik ko pergi marah Salmah tu dulu. Die tak solat. Lagi teruk. At least aku solat". Haa.. you get what i meant? Point yang masih same disini. Mempoint out kesalahan org lain supaya kesalahan sendiri nampak kecik.
Soalnye disini, salah tetap salah. Tak kire la kecik atau besar. Orang tegur sebab die concern. Macam contohnye, Siti tegur minah sebab die concern pasal minah. Die tanak Minah terus buat salah. Sebab die rase serba salah kalau die terus membiarkan Minah buat salah. Sebab die rase dah menjadi tanggung jawab die untuk tegur ape yang die boleh tegur. Salah ke Siti tegur?
Yang lagi sakit hati kalau org yang ditegur tu mempoint out kesalahan orang yang menegur. Macam contoh Ramlah tegur Senah sebab die suke pakai baju ketat. Pastu senah cakap, "ahh.. kaw xyah nak nasihat2 aku. Kaw pun slalu tak bangun subuh".
So, disini, adekah hanya orang2 perfect je yang berhak menegur kesalahan orang lain? Sebab selagi org tu ade buat salah, die tak layak nak nasihat orang lain sebab diri die pun tak betul lagi. Kalau macam tu sape je yang dekat muka bumi ni yang layak bagi nasihat kat orang? Ulama' pun ade buat dosa. Pemimpin pun banyak dose. Rasul sorang je la yang boleh kalau macam tu sebab die maksum.. renungkan..
p/s: aku harap aku adelah orang yang hati batu yang boleh buat tak nampak ape yang berlaku.
lalalalaa.. (saje semak2kan diri kat sni..)
ReplyDeleteeiihh.. apsal aku rase cam semak je ruangan komen ni ha? lalalal~~
ReplyDeletesetiap pendapat hang amatlah bernas hajar..ape kata hang print out entri ni tampal kat notice board blog mahallah hang..hehe
ReplyDeleteAssalamualaikum w.b.t. hajar, apa kahabar?
ReplyDeleteDaripada artikel ni, terkesan sangat dan teringin nak buat ulasan. Lagi-lagi baru ni belajar tentang kepentingan ‘amr al ma’ruf wa nahy al munkar (mengajak kepada kebaikan dan cegah kemungkaran) dalam kelas “Ethics & Fiqh for Everyday Life”. Heeh..saja je nak bold nama subjek tu. Lepas tu keluar exam pula tajuk tu. (masa tu aku tak dapat jawab dengan sempurna sebab ingatkan masa untuk menjawab soalan ialah 3 jam, rupanya 2 jam je masa yang sepatutnya. Ketika petugas peperiksaan cakap ada 15 minit lagi masa yang tinggal dan aku masih tak siap separuh daripada keseluruhan soalan. Sedih sungguh atas kecuaian yang tak dijangka. Oleh itu, aku mengambil kesempatan untuk menghabiskan sisa-sisa jawapan yang tak sempat tulis masa exam dalam blog hang, kebetulan blog hang pun tema ‘emosi’ kan?)
Ok, berbalik pada motif asal aku nak mengulas hal ni. Ambil pengajaran dalam kelas UNGS Dr Spahic tu, aku dapat simpulkan yang hal tegur-menegur ni adalah antara ‘nadi dakwah’ dalam perjuangan umat Islam. Maknanya penting teramatlah. Iyalah kalau nadi tak berfungsi, maka orang pun diisytiharkan mati dan layak masuk dalam kubur sajalah sebab kalau biar lama-lama, kita yang hidup ni pula akan dapat masalah seperti pencemaran bau, pemandangan, jiwa dan lain-lain. Dalam surah Al-Asr 1-3, Allah juga dah bagi peringatan yang kita semua ni dalam kerugian, bangkrap hidup kita kecuali 4 jenis orang;
1) Orang yang beriman.
2) Orang yang mengerjakan kebaikan.
3) Orang yang nasihat-menasihati atas kebenaran.
4) Orang yang nasihat menasihati dalam kesabaran.
Untuk mengelakan aku rugi di dunia dan bangkrap di akhirat, aku kena cari jalan untuk laksanakan 4 perkara di atas, bukan untuk suka-suka baca surah ni berserta tasbih kifarah sambil bergembira kerana majlis ilmu sudah tamat ya.(^.^”). Macam dr spahic kerap cakap kat kelas, agama Islam ni bukan agama untuk slogan atau simbol. Simbol bulan bintang dan slogan ‘Islam Agama Unggul’ yang aku tulis kat buku atau gantung kat keychain tak akan beri apa-apa kesan dan tak membantu untuk menaikan reputasi keislaman aku di mata orang apatah lagi Allah. Orang sekeliling sukar nak hormat orang yang berceramah agama bagai tak cukup air liur tapi tak berakhlak mulia. Malah lagi menyakitkan jiwa aku kalau jumpa orang-orang yang cakap tak serupa bikin. Macam orang munafik (Rasulullah s.a.w yang cakap macam tu, tak caya tengok dalam hadith sahih tentang 3 ciri-ciri orang munafik). Malah Allah sangat-sangat benci jenis orang macam tu( sila rujuk surah As-Saff:2-3), lagilah aku yang kurang perasaan kasih sayang ni, perasaan meluat tu tak dapat nak ditahan-tahan. Oh, maaf!
sambungan...
ReplyDeletedaripada dipandang buruk oleh orang lain. Maka jenis manusia ni akan baling kesalahan pada orang yang lebih berat timbangan dosanya kepada kita sendiri atau orang lain yang tak akan sempurna selama-lamanya. Aku nak ceritakan satu kisah yang ada kaitan dengan spesis manusia macam ni dan untuk mengelakan perasaan macam bagus, kisah ni ialah aku sendiri yang jadik spesis ni. Huu(^^”) (er, aku dah bertaubat, harap-harap Allah terima dan aku tak nak ulang lagi kesilapan ni, Insya Allah)
Untuk pengetahuan hang, ni kisah terbaru aku (Semester 1, 2010/2011) kejadian ni terjadi masa aku buat julung-julung kalinya menyiapkan sebahagian besar final projek kat dalam studio. Kira jadi minah studiolah semester ni sebab aku dari matrik tak pernah terdetik langsung nak buat keja kat studio, ntah siapa menghasut aku? Semester ni aku terpengaruh juga dengan desas-desus tentang kemanisan rasa jika buat kerja di studio. Lagipun, Madam Zaiton asyik menggesa kami buat final projek kat studio. Dengan hati yang berbelah-bagi aku pun angkutlah komputer usang, speaker gajah, printer dan juga sekotak besar barang-barang keperluan untuk hidup lebih kurang ½ bulan di studio ni. Alhamdulillah, walaupun hidup serba tak teratur di studio, aku banyak belajar tentang a.cad, photoshop( kalau kerja kat bilik nak tanya siapa? Dahlah aku seorang terkontang kanting kat Mahalah Asiah, member lain ramai kat Mahalah Asma dan Hafsa). Aku juga banyak belajar tentang pe’el manusia(aku jarang keluar uia dan rumah) dan macam-macamlah lagilah.
Ok, nak dijadikan cerita, di penghujung kehidupan aku kat studio, ada seorang mamat ni sound aku melalui offline msg-ym. Lebih kurang macam inilah kata-kata mamat tu “Sila kawal diri, jangan ketawa kuat sangat, kawan-kawan aku ramai dah komplain pasal kau.” ( ni bukan ayat sebenar mamat tu, lebih berhikmah tapi dah lupa sebab panjang sangat dan terlalu bersastera, aku takut hang susah nak faham). Maka, aku tersedaklah dalam sedas dua kerana terkejut sangat. Aku ketawa kuat? Bila dan di mana? Ramai dah komplain? Oh, teruknya aku di mata ramai! Kalau aku ditegur ketawa kuat, pada aku tak ubah juga dia nak cakap aku ni dah tak berakhlak dan gedik. Aku sangat tertekan dengan hal tu, jadi macam biasa perkara pertama aku buat kalau geram sangat-sangat aku nangis kat surau, biasa lepas nangis aku lega dan tak fikir lagi hal tu. Tapi kali ni, cara tu tak berkesan. Jadi, langkah kedua aku lakukan untuk tenangkan hati aku, aku tanya pendapat rakan-rakan perempuan kat studio, betul ke aku ketawa kuat. Semua nafikan. Lega sikit, tapi kepahitan tu tak dapat hilang lagi, masih dalam mood tertekan.
sambungan lagi..
ReplyDeleteAkhir sekali, aku buat keputusan untuk balas balik message mamat tu. Aku cakap kat mamat tersebut, “Kau ni tak tau priority dalam berdakwah ke, dalam ramai-ramai yang jelas buat hal kat studio, kau pergi tunding kat aku. Ketawa tu bukan berdosa pun. Lagipun aku tak perasan bila masa aku ketawa kuat sampai orang boleh dengar. Inilah yang dikatakan kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata boleh tak perasan.” (Kesekian kalinya, ni bukan ayat sebenar aku, aku gunakan ayat yang bersastera juga sebab nak kena samalah juga dengan laras bahasa mamat tu. Bagaimanapun, begitulah lebih kurang begitulah hujah aku). Aku bukan jenis orang yang melenting bila ditegur, cuma kali ni aku tak boleh terima orang lelaki tegur aku hal yang aku rasa aku tak buat pun dan tak besar mana pun kesalahan untuk dikomplain bersama rakan-rakan dia. Mamat yang menegur aku yang lagi besar dosa dia mengumpat aku dan aibkan aku dengan bagi mesej macam tu. Sebenarnya mamat tu yang bermasalah, sepatutnya dialah kena jaga pemandangan dan pendengaran dia, aku duduk studio 3, mamat ni pula ala-ala nak tercampak kat studia 1, superpower betul telinga mamat ni dengan kawan-kawan dia boleh dengar suara aku.
Suara perempuan bagi aku bukan aurat. Kalau aurat, perempuan tak boleh cakaplah kan? Ia jadi aurat kalau cakap mendayu-dayu dengan lelaki. Aku cakap dengan lelaki pun jarang. Ada ke patut. Lagipun aku 24 jam kat studio, masa tu peghawa dingin tak berfungsi. Panas usah nak cerita, demi agama aku 24 jam masih pakai tudung, stoking dan pakaian seadanya. Aku manusia beb, kalau kadang-kadang dalam 24 jam tu ada terlepas perangai bilik, tentu sahaja tak mustahil kan? Ketawa kan boleh hilangkan tekanan tengok design yang ntah apa-apa, kepanasan dan kesakitan yang aku alami, ikut kajianlah. Kalau ada perkara yang mencuit hati, aku yang manusia biasa kena buat donno sajakah atau kena tahan gelak sampai sakit jiwa? Sadis. Itulah pemikiran tak matang aku ketika itu.
Bagaimanapun Hajar, aku rasa setiap yang melaksanakan perintah Allah, iaitu saling tegur-menegur, memang ada hikmahnya. Lepas tu aku tanya ustaz, google dan baca buku bab suara perempuan. Apa yang aku dapat simpulkan; Wanita ni fitnah(dugaan) terbesar manusia di akhir zaman. Kerana desakan wanita, negara pun boleh runtuh. Kerana ramai wanita yang seksi-meksi sekarang ni, lelaki yang terdesak boleh buat aniaya darah daging sendiri( sebab tak tahan tengok orang lain yang seksi, yang ada depan mata yang jadi mangsa) dan macam-macam lagi. Mungkin juga bila aku ketawa, boleh membuatkan jiwa orang-orang beriman sakit. Tentu sekali aku tak nak jadi punca kepada lemahnya iman orang mukmin. Maka, aku lepas tu terus berwaspada dengan setiap tingkah-laku aku. Aku pastikan, bila aku nak ketawa, langsung tak dengar bunyi lagi dan lagi berhati-hati dalam pergaulan. Jadi hang jangan jemu untuk buat kebaikan,berpesan-pesan pada kebaikan walaupun orang tak suka, menentang atau buat tak tahu saja, Allah masih pandang usaha hang. Kelak kat akhirat, Allah tak tanya hang berjaya tak buat orang tu berubah, tapi Allah tanya apa yang hang buat untuk mencegah orang tu.

ReplyDeleteBagaimanapun Hajar, aku rasa setiap yang melaksanakan perintah Allah, iaitu saling tegur-menegur, memang ada hikmahnya. Lepas tu aku tanya ustaz, google dan baca buku bab suara perempuan. Apa yang aku dapat simpulkan; Wanita ni fitnah(dugaan) terbesar manusia di akhir zaman. Kerana desakan wanita, negara pun boleh runtuh. Kerana ramai wanita yang seksi-meksi sekarang ni, lelaki yang terdesak boleh buat aniaya darah daging sendiri( sebab tak tahan tengok orang lain yang seksi, yang ada depan mata yang jadi mangsa) dan macam-macam lagi. Mungkin juga bila aku ketawa, boleh membuatkan jiwa orang-orang beriman sakit. Tentu sekali aku tak nak jadi punca kepada lemahnya iman orang mukmin. Maka, aku lepas tu terus berwaspada dengan setiap tingkah-laku aku. Aku pastikan, bila aku nak ketawa, langsung tak dengar bunyi lagi dan lagi berhati-hati dalam pergaulan. Jadi hang jangan jemu untuk buat kebaikan,berpesan-pesan pada kebaikan walaupun orang tak suka, menentang atau buat tak tahu saja, Allah masih pandang usaha hang. Kelak kat akhirat, Allah tak tanya hang berjaya tak buat orang tu berubah, tapi Allah tanya apa yang hang buat untuk mencegah orang tu.
Dalam artikel hang juga ada disebutkan susah nak tegakan kebenaran, sebab kawan-kawan tak boleh terima teguran daripada kita yang tak seberapa amal kebaikan ni. Kebanyakan orang memang tak suka di lihat buruk oleh orang lain walaupun mereka tahu perkara itu salah. Mereka juga cenderung untuk membantah jika merasakan orang yang menegur tu lebih rendah levelnya daripada mereka. Macam pensyarah sukar untuk menerima pandangan daripada pelajarnya, orang yang dapat pointer tinggi tak peduli nasihat kawan yang pointer cukup-cukup makan, senior rasa sakit hati dengar komplain dari si junior dll walaupun apa yang dicakapkan itu benar.(Ikut kajian pakar psikologi, aku baca dalam buku seni bercakap-cakap dan berbual-bual).
lagi-lagi sambugan...
ReplyDeleteJadi, aku cadangkan apabila nak berdakwah ni kita kena kreatif. Tak semestinya kena berdakwah dengan menggunakan terus bagi kata-kata yang macam nak bagi ceramah kepada si pesalah. Bukan tak boleh, tapi pra-syarat untuk menegur dengan lisan amat tinggi macam hang kena jadi lagi baik daripada mereka, konfident dan juga kuat hujahnya. Kalau jenis tergagap-gagap, boleh ambil alternatif lain untuk meraih ganjaran Allah bagi orang yang laksanakan amr ma’ruf wa nahy munkr. Tambahan pula, risiko tinggi pula untuk dimarahi, dibenci, dingumpati dan dipukuli mereka bagi melepaskan ketidakpuasan hati. Jadi, kalau masih belum mempersiapkan diri, tapi teringin sangat nak tegur, boleh guna cara lain yang lebih licik. Hehe..
Aku cadangkan, cari orang yang lebih dihormati oleh mereka sebagai orang tengah menyampaikan teguran hang. Orang ini boleh jadi ibubapa, ustaz, pensyarah, senior, atau kawan-kawan yang boleh dipercayai dan lebih hebat di mata mereka. Insya Allah, mereka akan malu dengan golongan ni dan lembut hati untuk berubah. Tapi kalau susah atau malas nak cari orang-orang di atas atau nak jaga aib si pesalah tadi supaya orang tak tahu, jadi hang boleh jadi cik anon(anonymous), tulis surat dan senyap-senyap letak kat tempat yang dia senang jumpa. Pastikan tempat letak untuk letak surat ni orang lain tak jumpa dulu, kalau tak lagi haru(em,kalau mamat ni buat cara macam ni kat aku, taklah terasa segan sangat. Apa-apalah). Guna taktik 10 kali puji, 1 keji dalam gurauan pun boleh juga tapi macam tak berkesan sangat. Akhir sekali, doalah. Ni sebenarnya senjata terkuat umat islam setelah berusaha.
Ok, ni je komen aku. Aku ucapkan selamat maju jaya.(^^,)
ReplyDeletep/s- Maaf aku gunakan perkataan ‘aku’ dalam penulisan kali ni. Nak bahasakan ‘saya’ macam formal pula. Nak bahasakan ‘kita’ macam biasa-biasa kita borak kat luar macam pelik pula. Jadi ambil jalan tengah gunakan pekataan ‘aku’. Dalam berdoa dan cakap dengan diri sendiri pun aku gunakan perkataan ‘aku’ sebab rasa lebih dekat di hati. Semoga ulasan yang datang dari hati ni akan sampai kat hati hang juga hajar, sahabatku.
kak aisyaaaaaaaaahhh!!!
ReplyDeletepanjang gileeeee.. gi buat blog sendiri!! hahahahahaa.. btw thanks bagi cerita2 ni..
saye rase saye tahu sape mamat tu.. ngahaha..
pelik gile kak aisyah cakap aku-hang.. hahaha...