ah kaw.. tiap2 awal sem azam nak berubah, tapi same je...
Pada suatu hari yang tenang, sedang aku duduk dalam bilik (tak ingat mase tu aku tengah buat ape), aku pun terdengar perbualan antara abang 2nd aku dengan bapak 1st aku. Mase tu abang aku macam cakap kat bapak aku yang anak die tak berape nak belajar sebab duduk kat rumah asik nengok tv je memanjang. Then bapakku cakap "alah.. Aja (aku le tu) tu dulu pun 24jam ngadap tv, pandai je jugak". Oh! Dalam pade sedikit bangga itu, rase cam sedih pun ade. Kalau la bapak aku tau tahap pencapaian aku sekarang, mesti die sedih.. huk2.. Oh daddy! Saya bukan lagi anak yang boleh daddy banggekan... huk2..
Makin besar ni makin malas la.. Siryes.. Ingat lagi mase darjah satu, buku teks bm tu aku bace dari kulit ke kulit kot. Sampai sekarang lagi aku ingat ade satu karangan pendek dalam tu. Tajuk die "Amirul Memotong Buluh". Hahaha... Sekarang? Bace slide time nak exam je. Pastu meroyan xsempat cover semua.. Adoi la... Ape nak jadi aku ni ha?? ha?
Oleh itu, aku rase aku nak jadi seorang yg efisyen, efektif, produktif, dan sebagainye untuk sem terakhir ni.. (harap2 terakhir la). Mari lah same2 mendoakan aku ye.. huhu..
Oh, bercakap tentang mase untuk berubah ni, aku nak cerita sesuatu. Lebih kurang setahun lepas aku beli sandal BATA. Pakai dalam 4 5 bulan tapak die lekang. Pastu aku gi tukar tapak kat pakcik tukang kasut kat bawah jambatan UIA tu. Lepas dah pakai berbulan2, bawak pegi sane sini, pergi penang, pergi PD, pergi beraye, pergi orang kawen, pergi main badminton depan rumah, pergi studio, pergi memane ceruk yang aku pegi la bak kate orang. Almaklumlah, aku ni mengamalkan konsep one for all.. huhu.. Sekarang sandal tu dah haus plak tapak die. Adoi.. Haus sampai tahap kalau hujan, aku rase nak bukak kasut jalan kaki ayam je sebab dah asik nak tergelincir je keje.
Lepas tu aku plan nak bawak kasut tu kat pakcik bawah jambatan tu tukar tapak lagi. Dalam pade itu, aku agak teragak2 jugak la sebab nanti ape plak pakcik tu pikey. Kasut dah lunyai cemtu pun ade hati nak tukar tapak lagi ke budak ni? Tapi aku nekad jugak nak pegi. Pastu nak dijadikan cerite, di satu pagi, aku perasan yang sandal tu putus. Bile masa plak putus? Last time aku pakai elok je.. Ni mesti kerja kucing kuning yang ske tidor atas sandal aku tu. (see, kucing pun ske sandal i taw..)
Bila sandal tu putus, selipar toilet la pulak menjadi peneman aku kemana2. Ke toilet, ke cafe, pegi main badminton, pegi meeting, pegi makan kat luar, pegi jj, pegi semua tempat la.. haha.. Dan beberapa hari selepas itu, duit PTPTN pun masuk. Dan hasil dorongan rakan2, aku pun telah membuat keputusan untuk membeli ajelah sandal yang baru.
ni sandal lama yang dah putus. May u rest in peace. I'll always love u. T_T (maafkan kasut nadia nasir yang sebok nak enterframe kat belakang)
ni pulak sandal baru.. weehuuu....
eh.. apsal cam penah tengok je? ahh.. abaikan...