Pages

Tuesday, January 4, 2011

Aku dan Zaman Persekolahan


Hari ni (semalam) budak2 sekolah dah stat sekolah.. Mesti sekolah2 kat seluruh negara havoc gile dgn kerenah anak2 dan mak bapak... Aku tak berapa ingat sangat first day sekolah aku macam mane. Aku ade nangis ke tak ha? Aku rase tak kot.. huhu...

Mase darjah satu, aku teramat sangat la tak suke pergi sekolahnye. Dah la sekolah sesi petang. Suasana sekolah petang tu sangat la mengingatkan aku kepada rumah.. Boleh dikatekan setiap hari aku homesick mase kat sekolah. Aku ingat lagi dulu tiap2 hari cikgu akan panggil name untuk attendance. Bile name kene panggil, kene angkat tangan tinggi2 lepas tu cakap "saya" kuat2. Satu hari tu aku lupe nak practice cakap "saya" dalam hati so bile cikgu panggil name aku tak boleh nak sebut perkataan "saya". Lepas tu cikgu pakse jugak aku sebut sampai aku menangis. Dah la dah menangis, cikgu datang kat meja, then paksa jugak aku cakap... Sekarang ni bile ingat2 balik, aku rase cikgu tu macam kejam gile terhadap budak darjah satu yg lemah macam aku.. apela cikgu tu...

Rumah aku dengan sekolah tak jauh mane. Oleh sebab itu, mase darjah satu aku selalu lari balik rumah. Banyak kali gak la.. Yang paling aku ingat ade satu hari tu, rehat diawalkan. Tapi mak bapak tak diberitahu. Memang dah jadi kebiasaan bapak aku datang bawak nasik time rehat, makan bawah pokok. So, bile rehat awal, aku tengok bapak aku xde, pintu pagar sekolah tak kunci, aku pun lari balik rumah. Sampai pintu rumah, mak aku tengah cedok nasik goreng masuk tupperware kaler merah. Mak aku pun terkejut la melihat aku. Pastu last2 mak aku tunggang balik nasik tu masuk dalam pinggan, makan kat rumah je terus. Lepas makan bapak aku hanta balik sekolah.

Aku pergi sekolah hari2 bapak aku hanta naik basikal tua sampai setangah tahun darjah 4. Mase darjah satu, kakak aku darjah 3 sekolah petang jugak. Kakak aku duduk belakang, aku duduk kat palang tengah kat depan tu. Setengah darjah 4, aku dah ade basikal sendiri, pegi sekolah sendiri. Mase darjah satu ke darjah 2, aku memang kene bapak aku jugak hantarkan. Tak boleh orang lain. Ade satu hari tu. Hari jumaat. Bapak aku suruh abang aku hantar naik beskal jugak. Aku tanak. Bapak aku bagi rasuah. "Kalau Pendi (abg aku) hantar, nanti die belikan aiskrim". Lepas tu aku pun setuju. Sampai sekolah, pendi pun beli aiskrim. Lepas die bagi aiskrim, die pun balik. Aku pun makan la asikrim sampai habis. Lepas aiskrim habis, aku lari balik rumah. Lepas tu bapak aku jugak kene hantar aku balik semula.


Mase aku darjah satu, kakak aku darjah 3. Kelas aku tepi kolam, kelas kakak aku sebelah bilik guru. Ade sorg cikgu english ni baik gile. Tapi die sempat ajar aku sekejap sebab die kene transfer sekolah lain. Lepas tu, ade cikgu english baru masuk nak introduced kan diri. Cikgu Faridah. Garang gile dengan mate jegil. Aku memang takut gile2. Pastu, hari jumaat. Ade sabjek english. Aku takut yang amat. Pastu aku pegi nangis depan kelas kakak aku. Mase tu cikgu2 tengah mesyuarat kat bilik guru. Sebab aku nangis kat depan tu, ade pengawas datang tanye. Lepas tu ramai gile budak kerumun aku. Cikgu pun datang. Cikgu tanye kenape nangis. Aku jawab "takut teacher". Isnin depan, cikgu lain ajar english kelas aku.

Ade satu hari, aku lupe bawak buku, aku pergi bilik guru. Jumpe cikgu Hendon. Aku mintak cikgu hendon nak balik rumah ambik buku. Cikgu tak bagi. Die bawak aku pergi public phone. Telepon bapak aku suruh hantar buku kat sekolah. Cikgu dailkan number, aku cakap.

Darjah 3 pulak, dah xde dah masalah nak lari2 balik rumah ni. Kelas matematik, tiap2 hari awal kelas, cikgu Lo akan test congak sifir. Die bace 10 soalan, murid2 tulis jawapan dalam buku. Lepas tu tukar buku dgn kawan sebelah, cikgu bagi jawapan, tanda sendiri. Aku ni dah lah teramatnye bengap sifir. Memang tiap2 hari dapat kosong. Paling2 tinggi pun 2 3 markah je lah.. Tu pun sebab nasib baik je teka betul. Biasanya, lepas dah dapat buku masing2, semua berdiri. Lepas tu cikgu cakap "sape dapat 10, duduk". Lepas tu diikuti dengan 9, 8 dan seterusnya. Dan biasanya aku la yang paling last dapat duduk. Bile time rehat, budak2 yang dapat markah sikit kene naik bilik guru, duduk bawah meja cikgu Lo, sambil menghafal sifir.

Darjah 5, ade sorang budak feveret cikgu matematik sebab jawapan die selalu banyak betul. Selalu kalau nak semak jawapan, cikgu akan refer buku budak ni la. Siti Fatimah name die. Satu hari aku nampak siti fatimah tiru jawapan yg dekat answer sheet. Ceh.. Patut la betul semua. Satu hari, aku malas nak buat homework matematik. Kene jawab 40 soalan tambah tolak. Bulat-bulat aje. Aku malas nak kire. Kalau tiru answer sheet, dose. Aku tak berani. Aku pun main bulat sesuka hati. Bile cikgu faridah cek, banyak sangat salah, die tahu yang aku main bantai je. Die campak buku aku keluar tingkap, dan dan kat luar ade air bertakung, mase makcik cleaner sapu koridor, die tolong ambik buku aku jemur kat tingkap. Sedih betul.

Darjah 6 dah rase best sikit.

Kesimpulannye, zaman sekolah rendah aku ade banyak pengalaman pahit. Aku tak suke sekolahh!!!

4 comments:

  1. wehhh comeeeeelllll hajar :DD geyamm!

    ReplyDelete
  2. haha.. pe lagi lisa.. cepat cerita kisah kemengada-ngadaan hg mase sekolah rendah.

    ReplyDelete
  3. ak nk citer jugak!!! ak sngt2 lah comel masa skola rndh tuh.. itu saja. hee ;p

    ReplyDelete
  4. kimi- xyah nak cakap je.. tunjuk bukti pliss

    ReplyDelete