Pages

Friday, March 25, 2011

Saya Ada Ramai Kawan Yang Baik

*entri kali ni, aku akan menggunakan kata ganti nama 'saya' supaya nampak lebih 'comel' sikit.. muahahaha....

Saya sebenarnya sangat terharu dengan orang2 yang disekeliling saya. Sepanjang sem ni, saya ada banyaaaaaakkk kawan2 yang membantu dan menyokong saya bile saya up and down. Tapi mostly down la. Upnye xde pun. Huhu.. Thanks kawan-kawan... T_T

Situasi 1
Setelah lebih kurang setengah jam selepas mengepos entri tentang kehilangan wallet, telah mendapat sms dari ilham yang berbaur sangaaaattt concern. And ilham siap offer kalau-kalau nak pinjam duit die.. awww.. hamm.. sooo sweet la you... *hugs

Situasi 2
pada suatu hari, otak telah stuck memikirkan building elevation yang xde2 je jugak ideanya nak buat cemane. Kemudian telah memutuskan untuk balik ke mahallah untuk mandi kerana telah terlalu penat lebih 24jam tak balik mandi lagi. Tetapi telah singgah ke bilik has-nik-nana untuk meroyan mengadu nasib di situ. Walau pada mulanya tak berapa diendahkan, tapi setelah aku buat mule kesian tahap teratas, maka diberi perhatian oleh mereka.. Sangat baikkk... Terbukak jugak la minda aku time tu.. Pastu sebab melihat keadaan aku yg sangat kepenatan, has mengoffer tidur kat bilik die sebab aku cakap aku tanak tidor kat bilik sendiri sebab takut tertidur lame. And then bile bangun2 je tidor, tadaaa... has belikan nasik... sebab aku cakap aku lapor tapi xde mood nak gi cafe.. awwww... so sweeet la.... *hugs (eh, apsal tergune 'aku' balik ni?')

Situasi 3
Pada hari presentation juga, waktu orang kalut2 tengah present kat gallery, saya masih diatas cuba untuk menyiapkan banyaaaaaaakkk gile lagi benda yang tak siap sampai dah tak terlalu nak siapkan, saya telah turun ke tapak presentasi dan berjumpa mardhiah dan membuat muke kesian mar-tolong-aku-buat-konsep dan memaksa mar untuk naik ke studio bersama dan tolong memikirkan konsep. At last, aku tidur, mar yang tolong buatkan diagram.. huk2.. mar sangat baik...*hugs

Situasi 4
Waktu nak dekat presentation dah siap tampal bod semua, saya telah melihat dengan sedihnya seraya berkata kepada nadia nasir "kosong gile bod aku, xde kaler2 pun". Nad pun berkata "haa.. cepat la kaler, ade mase lagi ni" aku pun membalas "hang nak tolong aku ke?". Nad pun "haa.. cepat la.. mane kalernye"... then mase kaler tu ramai yang datang memberikan bantuan seperti mardhiah, yusri dan jeffry dan mungkin beberapa org lagi, tak ingat. Huwaaaarrrgghh... thanks guys... i'm touched... *hugs lagi..

Itu contoh2 situasi je.. ade banyak lagi. Macam encik rojan tolong tanyekan penduduk kalau2 ade nampak wallet saya, yusri yang bawakkan saya pergi report polis, kak farah yang kesian tengok saya pergi balai polis sorg2 the next day, kak farah yang tolong jolokkan henset saya yang jatuh bawah kete orang lain dalam hujan (i was sooo careless and blurr xtaw nak buat ape), bella yang mengoffer untuk tolong buat model, dan banyaaaaakkkk lagi lah... Tak leh nak list sebab terlalu banyak..

Saya merasa sangat blessed sebab sentiasa ade yang menghulurkan bantuan dikala saya dalam kesusahan.. and sem ni saya paling banyak menggunakan bantuan orang. Thanks again guys... Kamu semua bermakna dalam hidup saya... Seriously!!!

Kepada nama2 yang tak tersenarai di atas, jangan berkecil hati. Setiap jasa kamu juga tetap saya hargai dan ingati. Sebab terlalu ramai, xdapat nak senarai.


p/s: ade efek ke penggunaan 'saya' dalam entri ini untuk meningkatkan tahap kecomelannye? Macam xde je.. huhu

Saturday, March 19, 2011

Harapan Saat Genting

Kan dalam cerita Dragon Ball ade satu tempat yang goku duduk situ berlatih kungfu sebelum die nak berlawan dengan sape tah tak ingat, yang die punya masa ratus2 hari kat tempat tu same dengan 1 hari kat bumi..

Kalau tempat tu memang wujud, malam ni jugak aku pegi.. -_-"

Friday, March 11, 2011

Bagi Balik Wallet Aku la Weh....!!!!

Last week, sempena tugasan kelas community service kumpulan aku, kami dikehendaki untuk mengadakan satu sessi bersama penduduk PPR Gombak Setia. Event berlangsung dari pagi sampai malam.
Penat wehh.. -_-"

Ade 2 team. Aku team yang jage budak2 kecik. Satu2 lagi team jage budak2 skolah menengah. Best gile lah.. Pastu plak, aku dengan lisa dapat grup budak2 yang gile nakal tak leh nak kawal. Tak leh duduk diam. Xleh dengar instruction. Adei... Jeles betul tengok budak2 grup lain boleh je duduk dalam bulatan. Grup aku, nak suruh buat bulatan pun tak jadi. Mesti jadi bujur. Pastu duduk diam seminit pun tak leh... hahaha... walaupun nakal gile, budak2 ni memang kiutt... :)) Overall event memang puas hati lah...

Tapi yang tak bestnya, pagi besoknya, mase nak pergi studio, aku baru perasan wallet aku dah xde. Meroyan wehhhhh.... Mesti hilangnya mase antara maghrib nak ke isyak. Dalam surau. Aku tinggal wallet beg. Beg letak kat belakang surau.. Ye.. aku salah.. aku cuai.. huk2.. (T_T") Call penduduk kat sana, diorg cakap tak jumpa. Ye lah.. Memang sah2 la dah lesap..

Huwarrrggghhh... Sedihnya..!!! Dalam tu ade RM10 je pun... Tak berbaloi aku kene spend RM60 untuk renew ic, RM35 untuk renew matric card, pastu dengan card2 bank lagi... Lesen lagi. Dah la MPH card aku baru je renew untuk 3 tahun... Urrrggghhh... Kalau nak curi tu ambik duit je xleh ke ha? Xyah la ambik the whole thing pastu last2 kaw buang jugak!! Menyusahkan org tahu??!!!

Aku boleh terima kalau aku hilang ic, mtrc kad, lesen, bank card, mph card dan card2 tu sume. Dah bajet dah, seumur hidup mesti akan kene buat gak2 bende2 tu semua. Aku terima semua tu sebagai ujian untk mendewasakan aku. Sekarang aku dah tahu macam mana nak buat report polis, kat mane nak renew ic dan semua2 tu. Aku terima.. aku terima.. *pasrah

Tapi aku tak leh terima wallet aku hilang!!! Aku dah pakai wallet tu since form 2 kott... Dah lapan tahun aku pakai.. 8tahun.. 8tahun... 8tahun tahu tak?? Kalau mase aku beli tu ade org baru bersalin, anak die sekarang dah masuk darjah 2 dah pun..Aku sayang sangat wallet tu. Susah senang aku, die tetap disamping aku. Walaupun aku kaya ke, pokai ke, dielah yang paling setia. Walaupun aku tak berapa nak menjaga die, dan wallet tu dah koyak rabak since aku form 4 lagi, tapi aku sayang sangat2 kat die.. T_T Wallet tu aku beli kat kedai stationery dekat2 dengan rumah aku. RM12 harga die kalau tak silap aku. 2 minggu punya duit belanja sekolah tahu tak.. huwaaaarrggghhhh... bagi balik wallet aku pliss... T_T

Ape la nasib wallet tu sekarang? Tah2 lepas org yang curi tu ambik duit dalam tu, die buang wallet aku dalam longkang.. Pastu hujan, wallet tu basah. Pastu hanyut ke longkang besar, pastu bersatu dengan sampah2 lain... Tak pun die campak wallet tu tepi jalan. Pastu anjing datang bawak wallet tu merata. Pastu koyak rabak kene gigit. Pastu anjing tu biarkan je kat tepi jalan atau lorong2 kotor... Huwarrrgghhh.. kenapa riwayat die harus berakhir dengan begitu tragis?! Kenapa?! *nanges.... Wallet ku... Dimanekah kamu?? *nanges lagi... Aku baru perasan, aku xde sekeping pun gambar wallet tu.. Huwarrrgghh.. terkilan sungguh...

Nota kepada pencuri/ pencopet, atau yang bakal menjadi pencuri/ pencopet:

Len kali kalau nak mencuri tu, ambik duit je la wehh.. Xyah nak ambik satu dompet terus. Menyusahkan orang tahu tak? Ingat aku rajin ke nak pergi balai polis nak buat report semua tu? Kene bayar RM2 plak tu kalau buat report. Pastu ingat senang ke aku nak bangun pagi-pagi pergi buat ic? Pergi sorang2 plak tu. Ingat ade ke orang sanggup nak bangun pagi2 teman aku pergi buat ic? Ingat aku banyak duit ke nak renew semua card2 tu hah? Korang ni tolong la pikey sikit! Menyusahkan orang je tahunye.. Dah tu plak sekarang ni susah aku nak menjual topap. Card atm dah xde. Sedikit sebanyak periuk nasik aku terjejas.. Korang ni ade terfikir ke tak ha?!! Urggggghhhhh...

Nota kepada wallet kesayangan:

Walau dimana kamu berada, dan walau bagaimana keadaan diri kamu, kamu tetap dalam hati aku.. Percayalah.. Mungkin sampai sini saje jodoh kita. kalau ade keajaiban, mungkin kita akan bertemu lagi. Ingatlah, walaupun selama kita bersama, aku tak menjaga kamu dengan baik, tapi aku tetap menyayangi kamu dengan sepenuh hati.
*ok, siryesly rase sebak.. T_T"

p/s: aku tanak beli wallet lain. Nak tunggu hantaran kawin punya wallet...