Pages

Friday, March 11, 2011

Bagi Balik Wallet Aku la Weh....!!!!

Last week, sempena tugasan kelas community service kumpulan aku, kami dikehendaki untuk mengadakan satu sessi bersama penduduk PPR Gombak Setia. Event berlangsung dari pagi sampai malam.
Penat wehh.. -_-"

Ade 2 team. Aku team yang jage budak2 kecik. Satu2 lagi team jage budak2 skolah menengah. Best gile lah.. Pastu plak, aku dengan lisa dapat grup budak2 yang gile nakal tak leh nak kawal. Tak leh duduk diam. Xleh dengar instruction. Adei... Jeles betul tengok budak2 grup lain boleh je duduk dalam bulatan. Grup aku, nak suruh buat bulatan pun tak jadi. Mesti jadi bujur. Pastu duduk diam seminit pun tak leh... hahaha... walaupun nakal gile, budak2 ni memang kiutt... :)) Overall event memang puas hati lah...

Tapi yang tak bestnya, pagi besoknya, mase nak pergi studio, aku baru perasan wallet aku dah xde. Meroyan wehhhhh.... Mesti hilangnya mase antara maghrib nak ke isyak. Dalam surau. Aku tinggal wallet beg. Beg letak kat belakang surau.. Ye.. aku salah.. aku cuai.. huk2.. (T_T") Call penduduk kat sana, diorg cakap tak jumpa. Ye lah.. Memang sah2 la dah lesap..

Huwarrrggghhh... Sedihnya..!!! Dalam tu ade RM10 je pun... Tak berbaloi aku kene spend RM60 untuk renew ic, RM35 untuk renew matric card, pastu dengan card2 bank lagi... Lesen lagi. Dah la MPH card aku baru je renew untuk 3 tahun... Urrrggghhh... Kalau nak curi tu ambik duit je xleh ke ha? Xyah la ambik the whole thing pastu last2 kaw buang jugak!! Menyusahkan org tahu??!!!

Aku boleh terima kalau aku hilang ic, mtrc kad, lesen, bank card, mph card dan card2 tu sume. Dah bajet dah, seumur hidup mesti akan kene buat gak2 bende2 tu semua. Aku terima semua tu sebagai ujian untk mendewasakan aku. Sekarang aku dah tahu macam mana nak buat report polis, kat mane nak renew ic dan semua2 tu. Aku terima.. aku terima.. *pasrah

Tapi aku tak leh terima wallet aku hilang!!! Aku dah pakai wallet tu since form 2 kott... Dah lapan tahun aku pakai.. 8tahun.. 8tahun... 8tahun tahu tak?? Kalau mase aku beli tu ade org baru bersalin, anak die sekarang dah masuk darjah 2 dah pun..Aku sayang sangat wallet tu. Susah senang aku, die tetap disamping aku. Walaupun aku kaya ke, pokai ke, dielah yang paling setia. Walaupun aku tak berapa nak menjaga die, dan wallet tu dah koyak rabak since aku form 4 lagi, tapi aku sayang sangat2 kat die.. T_T Wallet tu aku beli kat kedai stationery dekat2 dengan rumah aku. RM12 harga die kalau tak silap aku. 2 minggu punya duit belanja sekolah tahu tak.. huwaaaarrggghhhh... bagi balik wallet aku pliss... T_T

Ape la nasib wallet tu sekarang? Tah2 lepas org yang curi tu ambik duit dalam tu, die buang wallet aku dalam longkang.. Pastu hujan, wallet tu basah. Pastu hanyut ke longkang besar, pastu bersatu dengan sampah2 lain... Tak pun die campak wallet tu tepi jalan. Pastu anjing datang bawak wallet tu merata. Pastu koyak rabak kene gigit. Pastu anjing tu biarkan je kat tepi jalan atau lorong2 kotor... Huwarrrgghhh.. kenapa riwayat die harus berakhir dengan begitu tragis?! Kenapa?! *nanges.... Wallet ku... Dimanekah kamu?? *nanges lagi... Aku baru perasan, aku xde sekeping pun gambar wallet tu.. Huwarrrgghh.. terkilan sungguh...

Nota kepada pencuri/ pencopet, atau yang bakal menjadi pencuri/ pencopet:

Len kali kalau nak mencuri tu, ambik duit je la wehh.. Xyah nak ambik satu dompet terus. Menyusahkan orang tahu tak? Ingat aku rajin ke nak pergi balai polis nak buat report semua tu? Kene bayar RM2 plak tu kalau buat report. Pastu ingat senang ke aku nak bangun pagi-pagi pergi buat ic? Pergi sorang2 plak tu. Ingat ade ke orang sanggup nak bangun pagi2 teman aku pergi buat ic? Ingat aku banyak duit ke nak renew semua card2 tu hah? Korang ni tolong la pikey sikit! Menyusahkan orang je tahunye.. Dah tu plak sekarang ni susah aku nak menjual topap. Card atm dah xde. Sedikit sebanyak periuk nasik aku terjejas.. Korang ni ade terfikir ke tak ha?!! Urggggghhhhh...

Nota kepada wallet kesayangan:

Walau dimana kamu berada, dan walau bagaimana keadaan diri kamu, kamu tetap dalam hati aku.. Percayalah.. Mungkin sampai sini saje jodoh kita. kalau ade keajaiban, mungkin kita akan bertemu lagi. Ingatlah, walaupun selama kita bersama, aku tak menjaga kamu dengan baik, tapi aku tetap menyayangi kamu dengan sepenuh hati.
*ok, siryesly rase sebak.. T_T"

p/s: aku tanak beli wallet lain. Nak tunggu hantaran kawin punya wallet...

2 comments:

  1. kesian kau weh..aku rase mesti kena sebat punye tuh..byk gak nak spend untuk renew card sume tu eh..sabo yeop,,saboo!

    *xyah nk tggu wallet hantaran plis weh..hahaha

    ReplyDelete
  2. taw xpe... aku tak halalkan wallet aku tu.. Nanti kat akhirat jenuh la pencopet tu nak menjunjung wallet tu balik cari aku nanti. haha....

    aku tanak mencurangi wallet aku tu. Tanak beli lain... huhu

    ReplyDelete