Pages

Monday, December 12, 2011

Ini Tentang Kawalan Kemarahan


Aku percaya yang disetiap orang dari kite ni, ade terdapat aura yang menyelubungi. Macam contohnye, kalau kita gembira, kita akan membawa aura yang positif yakni aura gembira. Ataupun kalau kita tengah bersedih, aura yang kita bawa adalah aura negatif yakni aura sedih lah. Aura-aura setiap dari kita ni, pada aku, boleh mempengaruhi orang-orang disekeliling kita. Mungkin ape yang aku cakap ni tak berapa tepat sangat, tapi lebih kurang macam tu lah pemahaman aku.

OK. Enough with the intro part. Ni aku nak habaq. Aku cukup cukup cukup bengang la dengan orang yang jenis bila marah, dok nak meghampuih sane-sini, mulut pot pet pot pet itu tak kena, ini tak kena, lepas tu tak sah la kalau tak mencarut. Sampai aku yang sedang berada dalam ketenangan tahap alfa ni pun terus turut same rase nak marah. Kamon la! We are adults right?! Could you please control your temper?!

Contoh2 yang biasa kita lihat bila orang marah2 ni, adelah, bile die buat sesuatu, die buat dengan kasar. Macam contohnye, bile die nak simpan ikan dalam peti ais, die main campak2 je mayat-mayat ikan yang tak berdosa langsung tu. Atau bile die nak tukar channel tv, die tekan button remote tu macam seolah-olah remote tu bukan bapak die yang beli.

Jadi saranan aku ialah, bile anda rase anda tu tengah marah, sile mengasingkan diri dari orang lain. Jangan la bagi orang lain mendapat kesan terhadap aura negatif anda itu. Tak elok untuk anda, dan juga orang itu. Tak elok untuk anda sebab anda menyebabkan kebencian orang yang pada asalnya xde apa2 pun masalah dengan anda, tapi sekarang, die mula sakit hati dengan anda. Dan tak elok juga untuk orang lain, kerana ia akan membentuk suatu perasaan baik-kaw-diam-sebelum-aku-tampo-mulut-ko-atau-aku terajang-lutut-kanan-ko-(yang-mana-lebih-berat).

Mari aku bagi contoh lagi. Katekan Syazlizawani sedang marah kerana sesuatu (sebab ape2 je lah. Letih la aku nak kene mereka-reka semua aspek cerita), dan ketika itu dia bersama dengan Roszaidi. Syazlizawani ni pulak kalau marah, jenisnye nak pot pet pot pet tak tentu hala aje. Dalam die pot pet pot pet tu, die akan berkecenderungan untuk melukai hati Roszaidi dalam tutur katanya. Macam contohnye, die mungkin akan berkata "diamlah Roszaidi!! Ko tu bukan taw ape!! Ko tu, kalau bukan aku yang tolong ko mase nak exam, entah-entah ko tu sampai sekarang pun UPSR tak lepas-lepas lagi!! Buat malu mak bapak ko aje!!" Dan kata-kata nista yang dilemparkan oleh minda separa sedar Syazlizawani yang dikawal oleh nafsu amarahnya ini, sudah tentunya telah mengguris hati Roszaidi. Mana mungkin Roszaidi sedikit pun tak terasa.

Ok lah.. Lets say selepas kembali ke alam nyata, Syazlizawani betul2 menyesal tahap nasuha terhadap ape yang die dah cakap, lalu die pun mintak maaf bersungguh-sungguh, dan Roszaidi yang merupakan seorang yang memang pemaaf dan baik hati, lalu memaafkan keterlanjuran kata-kata Roslizawani dengan penuh ikhlas sambil berlinangan air mata kedua mereka.
Tapiiiiiiiiii... namun begitu, walaubagaimanapun dan dalam pada itu, tahukah anda ape yang telah terjadi kepada dalaman jiwa Roszaidi? Aku yakin sangat2 la, dalam hati Roszaidi tu, mesti akan ade berparut jugak. Tak banyak, sikit mesti ade. Mesti punyelah!!

Haa.. Macam tu lah. Even aku sendiri pun, kalau aku dah maafkan orang tu dan menganggap "xpelah, die tak sengaja nak cakap macam tu" dengan sepenuh hati ikhlas dan lepas tu aku dan orang itu berhubungan baik atau mungkin bertambah erat, tapi sumpah sampai mati aku takkan lupa. Even parut kene minyak goreng ikan sebesar 24mol zarah dekat tangan pun 2 3 bulan baru hilang, inikan pulak parut dihati yang tak tercapai tangan nak menyapu minyak gamat apetah lagi sebarang losyen2 sari ayu. Aku ingat tahu?!! Aku ingat sampai mati!! Tapi tu pun kalau aku tak mengalami masalah ingatan la.

Ape yang biasa aku lakukan apabila aku marah ialah, aku diam. So, korang-korang please take note okay. Kalau aku diam tu, maknenye aku tengah marah. Jadi jangan nak cucuk2 aku kalau tanak hatimu dilukai. Huhuhu.. Kalau sakit hati aku tu tahap yang lebih tinggi yang sampai urat ketiga dari kanan sereblum aku ni bergetar-getar sampai aku sakit kepala menahannya, apa yang aku lakukan ialah, aku tido. Habeh cite. Walaupun bile aku bangun aku masih tak berasa aman dihati, tapi at least aku tak mengganggu emosi orang yang xde pape masalah dengan aku. Biar aku meroyan sorang xpe. Xyah nak libatkan orang lain. Nanti masalah kecik, besar plak jadinya.

Ok, sekian saja penulisan aku kali ini yang makin matang dari hari ke hari.

Wednesday, December 7, 2011

Aku Si Dompet Hitam


Salam semua. Aku adalah sebuah dompet yang berwarna hitam. Namaku 'wallet'. Aku dibeli oleh tuan aku disebuah pasaraya carrefour sebelum tuan aku berangkat untuk menyertai ekspidisi kajian warisan di surabaya Indonesia. Aku berasa gembira tatkala dibeli. Kerana hanya selepas beberapa hari dibeli, aku dapat melancong jauh. Aku merasa sangat bertuah!

Ternyata, panas yang kuharapkan, tetapi mendung pula yang menimpa diri aku. Aku mendapat tahu bahawa beberapa minggu sebelum aku dibeli, tuan aku telah kehilangan dompet kesayangannya yang bernama 'jeans' yang telah bersamanya selama 8 tahun. Tuan aku teramat menyayangi Jeans. Dia sering membandingkan aku dengan Jeans. Aku sedar, aku tak secantik dan sehebat Jeans. Siapalah aku. Hanya dompet murahan berkualiti rendah setaraf dengan hargaku. RM10.

Tidak seperti Jeans, tuan aku tidak pernah berasa bangga dengan aku. Pernah suatu ketika, pada waktu awal2 aku menjadi miliknya, tuan aku seolah-olah menyesal kerana membeli aku. Tidak sampai seminggu membeli aku, tuan aku cuba-cuba melihat dompet yang lain yang berada dipasaran. Aku tahu, kalau ada yang menarik minatnya, pasti dia telah menggantikan aku dengan yang lain. Tapi ternyata, sayangnya terhadap Jeans amat payah sekali untuk padam.

Pada suatu hari disebuah pasaraya, tuan aku telah terlihat beberapa buah dompet berkain jeans dijual. Tanpa berlengah lagi, tuan aku terus meluru ke situ untuk melihat jikalau ada dompet yang hampir sama dengan Jeans kesayangannya. Ternyata dia hampa. Hanya Tuhan yang tahu betapa bercampur baurnya perasaan aku ketika itu. Gembira kerana dia masih belum berjumpa pengganti aku. Tetapi sedih kerana setelah hampir setahun berkhidmat bersamanya, dia masih belum dapat menyayangi aku sepenuhnya.

Aku tak minta untuk disanjung seperti Jeans. Jauh sekali umtuk menggantikan tempat Jeans di hati tuan aku. Cukuplah sekadar aku dapat memberi bakti kepada tuan aku untuk memenuhi kewajipan aku sebagai sebuah dompet. Andai kata suatu hari nanti tuan aku dapat berjumpa dengan pengganti aku yang baru, aku pasrah....