Salam semua. Aku adalah sebuah dompet yang berwarna hitam. Namaku 'wallet'. Aku dibeli oleh tuan aku disebuah pasaraya carrefour sebelum tuan aku berangkat untuk menyertai ekspidisi kajian warisan di surabaya Indonesia. Aku berasa gembira tatkala dibeli. Kerana hanya selepas beberapa hari dibeli, aku dapat melancong jauh. Aku merasa sangat bertuah!
Ternyata, panas yang kuharapkan, tetapi mendung pula yang menimpa diri aku. Aku mendapat tahu bahawa beberapa minggu sebelum aku dibeli, tuan aku telah kehilangan dompet kesayangannya yang bernama 'jeans' yang telah bersamanya selama 8 tahun. Tuan aku teramat menyayangi Jeans. Dia sering membandingkan aku dengan Jeans. Aku sedar, aku tak secantik dan sehebat Jeans. Siapalah aku. Hanya dompet murahan berkualiti rendah setaraf dengan hargaku. RM10.
Tidak seperti Jeans, tuan aku tidak pernah berasa bangga dengan aku. Pernah suatu ketika, pada waktu awal2 aku menjadi miliknya, tuan aku seolah-olah menyesal kerana membeli aku. Tidak sampai seminggu membeli aku, tuan aku cuba-cuba melihat dompet yang lain yang berada dipasaran. Aku tahu, kalau ada yang menarik minatnya, pasti dia telah menggantikan aku dengan yang lain. Tapi ternyata, sayangnya terhadap Jeans amat payah sekali untuk padam.
Pada suatu hari disebuah pasaraya, tuan aku telah terlihat beberapa buah dompet berkain jeans dijual. Tanpa berlengah lagi, tuan aku terus meluru ke situ untuk melihat jikalau ada dompet yang hampir sama dengan Jeans kesayangannya. Ternyata dia hampa. Hanya Tuhan yang tahu betapa bercampur baurnya perasaan aku ketika itu. Gembira kerana dia masih belum berjumpa pengganti aku. Tetapi sedih kerana setelah hampir setahun berkhidmat bersamanya, dia masih belum dapat menyayangi aku sepenuhnya.
Aku tak minta untuk disanjung seperti Jeans. Jauh sekali umtuk menggantikan tempat Jeans di hati tuan aku. Cukuplah sekadar aku dapat memberi bakti kepada tuan aku untuk memenuhi kewajipan aku sebagai sebuah dompet. Andai kata suatu hari nanti tuan aku dapat berjumpa dengan pengganti aku yang baru, aku pasrah....
tapi yang penting...kalau jeans hilang boleh beli baru...tapi kalau dompet hilang kena buat polis repot woooo
ReplyDelete@coachnike28
ReplyDeleteeh..'jeans' yg dimaksudkan tu sejenis dompet la jugak.. huhu