Pages

Monday, February 20, 2012

I'm Annoyed!!


Lately aku mudah terasa jengkel. Jengkel dengan banyak benda. Tpi ade satu ni yang dah berlaku sejak dulu-dulu lagi tapi sekarang aku dah tak tahan dah! Aghhhhhhh!!!!!

Aku really-really annoyed dengan orang yang asyik nak point kesalahan orang lain dan menganggap dia adelah manusia yang terbetul di dunia. Orang macam ni, kalau die tak puas hati dengan sorang ni, semua benda yang orang tu buat tak kene di mata die. Even benda2 yang xde kaitan pun nak dikaitkan. Aku bagi contoh:

Lisdawati: Weh, tadi kannnn.. Nora Danish pesan suh kemas balik tempat ni bile dah habis gune. Ek eleh.. Pahape tah die tu. Aku jawab nak tak nak je tadi. Biar die sakit hati.. hahaha..

Fasha Sandha: Ek eleh.. over la Nora Danish tu! Ingat ni rumah die ke. Semua nak ikut cara die.

Lisdawati: Haa.. tu la pasal. Pahape tah..

Fasha Sandha: Aku rase kannnn... betul la tu laki die tak suke balik rumah. Sebab Nora Danish tu teliti sangat. Tu mesti kat rumah kuat membebel tu.. Mane laki die nak tahan.

Wait! Wait! Wait! Aku rase tak salah pun kalau Nora Danish tu pesan supaya tempat tu dikemaskan lepas diguna. Ape kaitan antara rumah atau bukan rumah? Adat la kan.. lepas dah guna mesti la kemas. Salah ke pesanan Nora Danish?? Tak kan? Dah tu apsal nak kaitkan dengan laki die malas balik rumah? Mane Fasha Sandha tu tau yang laki die slalu tak balik? Die pernah duduk serumah skali ke?

Urghhhh.. Aku tak berkenan betul bile orang tu buat andaian sendiri pasal orang lain, lepas tu andaian die yang die yakin betul sangat tu, dibesar2kan dan dijadikan bahan umpatan. What the fish!! Dah la fakta kaw reka sendiri. Lepas tu kaw sebar2 kat orang. Erggghhhhh.. Annoying!!!

Lepas tu ade lagi satu golongan. Golongan yang bile dah start mengata orang, lepastu banyak pulak penyokongnya, lepas tu keadaan menjadi lebih rancak, sampai benda2 yang xde kene mengena pun die nak babitkan sama. Contohnya macam situasi ni:

Sazali: weh.. sial la Jailani tu! Die ingat die tu bagus sangat ke? Bajet je die tuh!

Ramlee: Haah. Aku pun menyampah yang amat dengan die. Die tu tak de lah pandai sangat pun. Matematik pun slalu dapat B je. Bajet je lebih!

Sazali: Tu la.. Pahape tah die. Dah la mak die tu pendek. Mak die tu mesti pakai ubat guna-guna mase nak kawen dengan bapak die dulu tuh!

Jap! Jap! Jap! Kaw ni Sazali, kaw tak puas hati dengan Jailani, yang kaw nak babitkan dengan mak bapak die tu skali apehal?? Nak kutuk, kutuk die je la. Mak bapak die takde kaitan langsung, tak yah la buat2 cerita nak kasik sedap pulak. Haaa.. Kau tu pulak Ramlee... biar la Jailani dapat B pun. At least die lagi tinggi dari kaw. Kau tu C pun jarang2 boleh dapat. Kaw memang tak layak la nak ungkit pasal hal matematik. Dah takde modal lain nak mengutuk agaknye. Terlupa pasal diri sendiri la tuh.

Urghhhh.. This is madness! Aku tak tahan la dengan orang-orang macam ni. Seriously i'm pissed off!!

Saturday, February 18, 2012

Because I just Need More Ears



Ok.. tajuk hang mengarut

I really miss those days mase dekat CFS IIUM. Mase tu 1 bilik 4 orang. Hari-hari balik kelas atau studio tengah hari atau petang, kitorang akan tunggu each other untuk makan sama-sama. Sebab jadual kelas semua tak sama. Masa makan adelah masa untuk bercerita!!

Jadi setiap ape yang berlaku especially dalam studio, semua aku cerita kat diorang. Semua benda! Ape yang Bro Amir cakap, ape yg die cerita, ape perkara lawak yang berlaku, ape orang ni buat, ape orang tu buat, semua lah.. Mesti nak cerita. And even Diorang tak same studio dengan aku, diorang dah boleh kenal each and every character dalam studio aku. Dari yang sesenyap Harith, sampai la yang ke femes nesh n mahad. Semua diorang tahu. Aaa.. I miss those days.. T___T

Tapi sekarang dah xde macam tu dah. Hari-hari balik kerja, xde sape nak dengar aku bercerita. Xde orang yang aku nak bercerita pasal ape yang Mr. Nara cakap dalam meeting, how caring Mr. Philip is, how annoying abang Surry kadang-kadang, how 'mak-mak' kak lin is, how gentleman lim lai hock is, macam mane character setiap orang, ape bende lawak yang berlaku, ape bende sakit hati yang berlaku, xleh nak share dengan sape2. Sembang thru sms tak best. Xfeel.

I just need someone to hear all those things yang happen in the office. Maksudnya orang tu mesti lah bukan same office dengan aku. Kalau same ofis, nanti nak cerita camane, sebab semua benda yang berlaku pun die dah tahu. Its just the 'excitedness of nak cerita' tu yang i really really miss.. huhu..

I need someone to mengadu pasal workload. Pasal how 'menyentap' ayat abang faiez. How arrogant orang2 besar yg aku jumpa kat site. You know, i just need to share to reduce my stress level or to share my happiness.. T____T





Thursday, February 9, 2012

Mengata Dulang Paku Serpih, Mengata Orang, Hang Tu Yang Lelebih!


Pernah tak terjadi pada anda, bile ape yang anda pernah cakap pasal orang lain, last-last terkene tepat kat batang hidung sendiri balik? Mari saya gambarkan satu situasi.. heheh..

Nurul Izzati: Eh Nurul Liyana, cube ko tengok si Siti Mariana tu. Asyiiikkk dok heboh2 pasal relationship die dengan si Afrizal tu. Kat fesbuk, twitter, blog, balik2 nak tayang. Suke sangat nak tunjuk2 die tengah kapel. Slalunye la kan, kalau slalu tayang2 cemni, takdenye menjadi. Kejap je. Pastu off la tu. Dah dok nak menayang sangat.

Nurul Liyana: Haah. Betoi..betoi.. Aku setuju. Xdenye kekal. Nak kapel, kapel diam-diam sudahh..

---------------beberapa bulan kemudian------------

Twitter:

@N_IzzaTi I'm now with my Mr.BB.. HAPPY!!!!! ^^,

@N_IzzaTi Dapat hadiah from my Mr.BB.. awwww.. soooo sweet la him!

eh eh! Dulu kate tak suke la, menyampah la, meluat la, tengok orang buat camtu. Sekarang apa sudah jadi? Meludah ke langit terkene muka sendiri kah? Huhuhu..

Alahh.. Bende ni biasa sangat terjadi. Bukan nak mengata orang sape-sape pun. Even aku sendiri pun banyaaaaaaaak kali sangat terkena. Macam contohnya dulu aku cakap aku tak nak buat Facebook sebab Facebook ni melaghakan. Tup tup aku buat jugak. Siap addicted lagi nak main apps game Kesatria Poyos dulu tu.. Huhu... Contoh lain jugak, aku dulu slalu cam memandang serong terhadap orang yang addict sangat tengok variety show Korea macam runningman, family outing dan sebagainya. Last-last aku jugak yang tersangkut kat Runningman. Huhu.. Tu la. Sape suruh meludah? Kan dah kene jilat balik.. Ewwww....

Maka, pesanan penajanya di sini, berhati-hatilah ketika berbicara. Kerana ape yang kite cakapkan tu akan diuji. Kalau anda gagal, maka hang ni cakap tak boleh pakai!!