Dulu-dulu mase zaman kecik-kecik, aku dok imagine umur 24 tahun adelah satu umur yang sangat berjaya. Orang umur 24 tahun kire dah macam dipandang smart dalam society. Kire matang habis. Aku angan-angan, pada umur 24 tahun, aku keje sebagai eksekutif yang sangat berjaya. Pergi office pakai blazer. Pakai kasut tumit tinggi sambil jalan berbunyi keletak keletuk. Zaman aku berimaginasi tu, drama-drama tv memberi aku bayangan bahawa jawatan 'eksekutif' syarikat tu sangat hebat. Lepas tu drive kereta Honda Civic biru metallic. Letak spek mata hitam atas kepala. Sungguh bergaya!
Tapi lihatlah ape berlaku pada aku sekarang. Umur 24 tahun pada tahun ini. Masih sedang sibuk stadi untuk exam besok. Masih pakai selipar jepun yang tidak berbunyi ape2 tatkala berjalan. Masih pakai t-shirt pergi studio. Kalau sejuk pun pakai sweater rm30. Pergi Tesco pun masih mengharap ihsan kakak untuk drive kan. Sungguh tak bergaya!
Tgu la umo 42,insyaallh ade sume benda,gitew
ReplyDeleteumo 42 ade angan-angan lain pulak...
ReplyDelete