Pages

Tuesday, December 31, 2013

Akhir Semester di Hari Akhir

Semester 1 tahun 5 yang pada mulanya berjalan agak steady, berakhir dengan disaster. Final presentation yang berlangsung dengan lidah yang seriously kelu time nak present. Dengan susunan board yang tunggang langgang. Memang menyirapkan hati lecturer. Pastu pulak dengan komen "you are failing this semester!". Fuhh.. berhenti sekejap supply oksigen ke otak aku time tuh. huhuhu. Alhamdulillah, dah lepas struggle touch up balik semua drawings, insyallah lepas lah kot. Tapi lepas dengan cgpa yang dah entah kelaut mane ntah. Hancussss... Tapi takpe lah, try tebus balik next sem. Jumlah cgpa tak menentukan jumlah pendapatan BR1M pun kan? #tibeh

Therefore, I would like to express my gratest gratitude kepada kawan kawan yang banyak membantu aku melepaskan diri sem ni. Ilham yang baik gile offer nak tolong siapkan board for portfolio review. Akmyr yang tolong render elevations last minit, Akfan yang tolong sejak dari awal2 sem sebelum tercetus tajuk thesis lagi, Irman yang tolong mengannoyed dan mensaikokan setiap masa, yus yang tolong consult sekali je tapi at last tak digunakan pun idea die, amirah farhana, kak zati, najwa, dan ramai lagi warga studio b.arch. Jenuhla nak sebut nama sorang-sorang khenn...

Ok tu je nak cakap pasal sem ni. Bai.

Friday, December 20, 2013

Gua panas ni gua panaaaasssss!

Aku panas hati betul dengan orang yang jenis suke tunjuk pandai and tahu semua ni. Macam contohnye bile aku tengah buat kerja aku sendiri, menggunakan software autoCAD la misalnye. Lepastu orang-orang yg jenis tak dikehendaki tu berdiri kat belakang memerhatikan cara aku buat kerja, pastu dok komen. "Apsal buat camtu? Kenapa tak buat camni?" Yang ni yang aku maksudkan adelah cara kerja, bukan berkenaan design. Macam contohnye, cara aku trim line mungkin tak sama dengan cara die trim. Or aku menggunakan command yang berbeza dengan beliau untuk mendapatkan hasil sama. Bluurgggghhh.. Suka hati aku lah cara aku. Dah aku rasa aku lagi cepat buat camtu. Ko sebok kenapa? Ade jugak aku tengok cara kau draw tu lagi bodoh dan lembap dari cara aku. Takde pulak aku nak gelakkan kau!

Okay mungkin aku kedengaran agak bodoh sombong disini. Aku boleh je terima tunjuk ajar benda baru. Tapi cara orang-orang jenis tersebut menyebabkan jiwa remaja aku yang panas ni mudah membara. Tak perlu kot nak cakap "hahaha... kenapa buat camtu? hahaha". Okay mungkin cara penaipan aku tak sampai kepada nada sebenar. Tapi sile imagine sendiri cara orang tegur sambil gelak2. Kan rasa nak bagi penumbuk kan kan kan?? Grrrrr....

Banyak je jugak aku tengok orang buat kerja, yang bagi aku, aku tahu cara lagi cepat pantas dan tuntas dari tu untuk mendapatkan hasil yang sama. Tapi takde la aku nak sebok2 tunjuk pandai sangat. Mungkin aku kedengaran kedekut ilmu. Tapi niat aku adelah untuk tidak mendownkan orang yg sedang buat kerja tersebut. Bia je die buat cara dia dulu. Barulah die lebih konfiden. Tapi kadang2 aku tunjuk ajar je la jugak kalau cara aku mungkin boleh membantu die. Tapi bukan dengan cara menggelakkan orang!

Aku tak buat kat orang ape yang aku tak suka orang lain buat kat aku.

Wednesday, December 11, 2013

Ala- ala Cerpen Siri 1: Terbalik


Ada sorang mamat ni. Nama dia Ali. Ali berasal dari kampung. Dan telah menjadi norma kepada kehidupan rakyat kebanyakan, Ali pun telah keluar dari kehidupan rakyat ber radius bandar kelahiran untuk memperluas pemandangan serta bertambah pengetahuan. Lalu, beradalah Ali di dalam suatu komuniti di bandar yang terdiri daripada kaum yang 80% daripadanya adalah bukan masyarakat bandar azali pun. Maka, dek kerana keadaan sekeliling, sedikit demi sedikit, Ali dapat mengenal erti kehidupan dan dapat adapt dengan perubahan persekitaran seiring dengan perkembangan kematangan pemikiran beliau yang menganjak dewasa saban tahun itu.

Cuma sejak dua menjak ni, Ali baru sedar ada satu perlakuan yang mengganggu gugat ketengangan fikiran Ali yang sememangnya jarang-jarang dapat bertenang sedang berlaku dalam komuniti bandar-wannabe ni. Rupa-rupanya, diorang ni jenis suka pakai skirt! Gile ke ape. Seumur hidup Ali, pakai kain batik buat kain basahan pun die tak pernah, inikan pulak pakai skirt. Otak Ali yang berkapasiti rendah ni memang tak boleh nak digest 'the ugly truth' ni.

Kawan baik Ali cakap, "haa.. ko memang la tekejut sekarang. Sebab ko belum biasa lagi dengan benda-benda macamni". Ali makin jadi tak keruan. Mana mungkin Ali dapat biasakan diri dengan perkara yang melanggar norma lelaki sejati yang di pegang sejak dari beliau masuk jawi bertahun lamanya dulu. Lelaki pakai skirt. Skirt tu kan pakaian kaum perempuan. Jadi, kalau lelaki pakai skirt, tu kan seperti menyamai kaum perempuan. Kan berdosa tu. Mana mungkin Ali dapat terima perkara yang terang-terangan adalah perkara yang dimurkai tuhannya, sebagai suatu kebiasaan dalam kehidupan. Otak Ali mengalami masalah yang dalam terma orang-orang komputer, disebut sebagai 'software crash'.

Ini sudah terbalik! Terbalik! Sebab benda 'terbalik' yang dipraktikkan oleh masyarakat sekeliling, sekarang Ali pulak yang dipandang tak normal. Ali memang tak boleh terima ini. Ini TERBALIK!! TERBALIIIKKKK!!!!

Sekarang Ali rasa macam nak pergi Sepilok tengok Orang Utan makan pisang.