Wednesday, December 11, 2013
Ala- ala Cerpen Siri 1: Terbalik
Ada sorang mamat ni. Nama dia Ali. Ali berasal dari kampung. Dan telah menjadi norma kepada kehidupan rakyat kebanyakan, Ali pun telah keluar dari kehidupan rakyat ber radius bandar kelahiran untuk memperluas pemandangan serta bertambah pengetahuan. Lalu, beradalah Ali di dalam suatu komuniti di bandar yang terdiri daripada kaum yang 80% daripadanya adalah bukan masyarakat bandar azali pun. Maka, dek kerana keadaan sekeliling, sedikit demi sedikit, Ali dapat mengenal erti kehidupan dan dapat adapt dengan perubahan persekitaran seiring dengan perkembangan kematangan pemikiran beliau yang menganjak dewasa saban tahun itu.
Cuma sejak dua menjak ni, Ali baru sedar ada satu perlakuan yang mengganggu gugat ketengangan fikiran Ali yang sememangnya jarang-jarang dapat bertenang sedang berlaku dalam komuniti bandar-wannabe ni. Rupa-rupanya, diorang ni jenis suka pakai skirt! Gile ke ape. Seumur hidup Ali, pakai kain batik buat kain basahan pun die tak pernah, inikan pulak pakai skirt. Otak Ali yang berkapasiti rendah ni memang tak boleh nak digest 'the ugly truth' ni.
Kawan baik Ali cakap, "haa.. ko memang la tekejut sekarang. Sebab ko belum biasa lagi dengan benda-benda macamni". Ali makin jadi tak keruan. Mana mungkin Ali dapat biasakan diri dengan perkara yang melanggar norma lelaki sejati yang di pegang sejak dari beliau masuk jawi bertahun lamanya dulu. Lelaki pakai skirt. Skirt tu kan pakaian kaum perempuan. Jadi, kalau lelaki pakai skirt, tu kan seperti menyamai kaum perempuan. Kan berdosa tu. Mana mungkin Ali dapat terima perkara yang terang-terangan adalah perkara yang dimurkai tuhannya, sebagai suatu kebiasaan dalam kehidupan. Otak Ali mengalami masalah yang dalam terma orang-orang komputer, disebut sebagai 'software crash'.
Ini sudah terbalik! Terbalik! Sebab benda 'terbalik' yang dipraktikkan oleh masyarakat sekeliling, sekarang Ali pulak yang dipandang tak normal. Ali memang tak boleh terima ini. Ini TERBALIK!! TERBALIIIKKKK!!!!
Sekarang Ali rasa macam nak pergi Sepilok tengok Orang Utan makan pisang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment