Pages

Friday, July 29, 2011

Siri Berangan Bersama hajarDK: Hidup Di Kampung

latar masa: Sekitar tahun 2031
latar tempat : sebuah kampung kecil di Perlis
latar masyarakat : masyarakat kampung yang hidup sederhana
watak dan perwatakan:
1)aku: hajarDK, seorang suri rumah sepenuh masa
2)suami: laki kepada hajarDK, pagi kerja berkebun sendiri, petang pulak mengajar sabjek bahasa melayu di sekolah menengah berhampiran
3) kak Esah: bestfren merangkap teman gosip hajarDK

Jam berbentuk bulat dan sedikit sarang labah-labah terlekat di dinding menunjukkan tepat pukul 11.20 pagi. Aku masih di dapur sedang mengacau gulai lemak rebung berserta ikan kembung yang hampir masak di dalam periuk bersaiz sederhana besar. Jantung pisang rebus yang telah di tus kan airnya dihidangkan di dalam pinggan. Proses pembuatan sambal belacan di mulakan. "Keletuk, keletuk, keletuk," bunyi lesung batu yang di beli di Wang Kelian berkumandang.

"Assalamualaikum...." kedengaran satu suara yang familiar memberi salam. "Oh, awai abang balik hari ni? Pe cer kat kebun nuh?" Sesambil itu, aku mula mengutip parang yang di letak di atas tangga rumah dan di simpan di dalam almari. "Kacang bendi kat kebun ulu tu dah boleh petik dah. Petang ni, kalau awok free, boleh le pegi petik.. hehe... Pisang-pisang yang kat kebun tepi jalan nuh pun dah masak. Besok pagi le abang pegi kait. Hari ni tak sempat kot." Sambil mencedok sambal belacan yang telah lumat ke dalam piring colgate, "oh.. cepat benor ye masaknye bendi-bendi tu sume. Baguih le. Nanti boleh jual. Hehe... Petang satgi saye pegi petik. Seb baik hari ni citer sinetron tu xde. Xde la terkilan sangat kalau miss sebab bendi tu.. haha.." Loghat Perak dan Perlis mula bercampur-baur.

"Ish awok ni.. tu je ke kejenye hehari... Dah siap sambal belacan? Haa.. Meh sini tolong picit bahu meh. Tadi kene hempap dahan mase tolong Haji Ngah kait buah nangka tadi.. Sakit betoi"... Aku pun bingkas bergerak arah peti first aid kit lalu mengeluarkan sebotol minyak YuYee Cap Limau. "Haa.. tu la.. orang kait buah, yang awok pegi kait dahan tu nak buat pe? Dah la tu.. buah nangke nye pun tak ingat nak bawak balik seulas dua bagi orang rumah merasa.. Haa.. Makan sorang.. Tu la pasei... kan dah kene.. pot.. pet.. pot.. pet..." Mulut tak henti-henti bersyarah sebab jeles tak dapat makan nangka sambil tangan tetap setia melakukan kerja-kerja memicit. Dalam pada itu, si suami mula terlena dek kerana alunan 'zanji-zanji' yang keluar dari mulut aku. Tiba-tiba....

"Alamak!! Dah pukul 12!!" aku bingkas bangun dan lekas-lekas menyimpan botol minyak. "Adeh.. ngapenye? Nak ngelat le tu. Baru picit tak sampai 10 minit. Ade-ade je la.. erggghhh..." "ala... sorry le yang. Dah lambat ni. Nak ambik Amirah (anak bongsu no 5) dari sekolah tadika tu ha... huhu... malam nanti le I sambung picit balik.." sambil buat muke tersengih-sengih seraya menyambung "Awok sambung le rehat-rehat dulu. Kalau saye lambat balik ni, makan le dulu. Kang lambat pulok awak nak ke sekolah ngajor petang ni kalau tunggu saye. Saye nak singgah rumah Kak Esah jap. Ade bende nak digosipkan. Hehe..." Sambil tersengih lagi... Dengan muke separa bengang, si suami berkata "ish awok ni, gosip je keje. Bawak-bawak le betobat. Kite ni makin tue hajar oii..." "ala... dont get mad la honey, i promise i wont be long.. hehehe..." Walaupun duduk di kampung, bahasa inggeris masih juge digunekan sekali sekala. "ye la.. ye la... jangan lelame sangat. Tak syok makan sorang.. tak semangat saye nak pegi ngajor petang ni kang.. hehehe..."

Aku pun berlalu berjalan kaki menyusuri denai ke arah sekolah tadika yang terletak tidak jauh dari rumah.

Bersambung.......

15 comments:

  1. kurang mengerti situasi watak2 diatas...agak confuse skit..huhu

    ReplyDelete
  2. @anonymous
    watak 'aku' tu, aku le... huhuhu

    ReplyDelete
  3. time 'aku' berdialog dgn husband tu cam pening skit...

    ReplyDelete
  4. hahaha.. ye ke.. k2.. next tyme aku improve naa... tu aku dah tambah 'watak dan perwatakan' dah tu..hahahaha

    ReplyDelete
  5. haha..ok...thank you..saya just bg pndangan..n 1 more thing..certain2 slanga org x tau sgt..maybe kene ad cam perbendaharaan kata kut...hehe..just cadangan

    ReplyDelete
  6. oh.. hehe.. ok2.. thanks 4 the comments.. :)

    ReplyDelete
  7. @iqanadia
    errr.. nape kak ika? huhu

    ReplyDelete
  8. sambung3..!ak nk masuk line berangan ko jgk nie...heheheh..(sambil geleng2 kepala...)keh3...

    ReplyDelete
  9. @lavender biru
    haha.. tanak la sambung.. merepek merapu sangat je citer aku.. huhu..

    ReplyDelete
  10. hajar mengarut je memenjang..hahaha
    -k.eha

    ReplyDelete
  11. hajar mmg best! ha3...ble nk sambong?

    ReplyDelete
  12. @iqanadia
    haha.. tak sanggup nak sambung.. merepek sangat.. huhuhu...

    ReplyDelete
  13. hajar.. tinggi nye brangan ko.. hahaha


    ~ajark

    ReplyDelete
  14. @ajark
    hang jugak yang slalu suruh aku 'pikir jauh'. Aku tengah berfikiran jauh la ni..

    ReplyDelete