Pages

Wednesday, August 3, 2011

Diari Ramadhan Aku

Assalamualaikum.. *bulan puasa ni kene behave sikit..

Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, puasa tahun ni insyaallah aku akan berpuasa penuh di rumah sendiri. Kalau di fikir-fikir balik, kirenye sejak dari form 4 lagi aku dah mula tak berpuasa di rumah. Dah 6 tahun jugak la tu.. Disebabkan pengajian aku dah tamat, maka tahun ini tiada lagi berpuasa di UIA. Hari-hari kat rumah. Ohh.. Bosan.. Hahaha...

Rutin harian aku bulan puasa ni amatlah sangat bosannya.

Seawal jam 5 pagi sudah bangun untuk makan nasik. Lepas makan nasik, minum milo semua, tunggu azan subuh sambil tengok tv cerita deko bersama eric. Eric ni kadang-kadang deko cantik jugak. Tapi kadang2 merapu. Letak pasu bunga depan TV. Tak praktikal langsung! Dengan lilin-lilin die tu lagi. Adoi... Takat untuk masuk tv je lah. Pastu bile eric balik, sure owner die simpan balik bende2 tu semua. heiiihhh.... Lepas solat subuh, hati mula berkira-kira.. nak tido balik ke, tanak..

"kalau tido lepas subuh, nanti rezeki tak masuk. Sebab tu kaw tak dapat keje lagi sampai sekarang", kata hati 1. *boleh tahan laser jugak hati 1 ni.

"tapi kalau kaw tak tido, nak buat ape? Online? Tengok tv? Bosan.. tak baik. Merosakkan mata. Nanti muda2 dah kene pakai spek. Tido lagi baik", hati 2 mula berhujah.

Dan sudah tentunya hati 2 menang. Lepas tu sambung tido, bangun lebih kurang pukul 9 setengah. *pukul sepuluh sebenarnye.. Lepas tu mandi2, basuh baju, sapu2 rumah ala kadar, kemas2 cincai2, dalam pukul 12 semua dah setel. Lepas tu terkebil-kebil tak tahu nak buat ape.

Pilihan hanya 2, sama ada online, atau tengok tv. Tu saje. Bapaklah bosannye. Tv pun cerita takde la menarik sangat. Astro ni asik ulang2 cerita same je. Bosan. Tak tahu lah kenapa, sejak akhir2 ni, aku tak 'into' sangat terhadap TV lah. Rase xde selera nak menonton. Kalau mase zaman dulu-dulu, bagi lah citer ape pun. Asalkan ia adalah tv, semua pun jalan. Mungkin sebab sekarang dah matang kot. Huhuhu...

Online pun kengkadang bosan jugak. Facebook tengah hari tak berapa rancak. Sebab orang dah mula berkerjaya la katekan.. huk2... Lepas online ala kadar, tengok jam. Urrggghh... baru pukul 2!! Kamon lah!! Bile nak malam ni?

Time ni selalunye nak tengok tv agak mustahil la. Sebab bapak aku suke bukak radio Klasik Nasional kuat-kuat sambil sun-bathing tepi tingkap. Tak tahulah sejak bile bapak aku ni jadi peminat klasik nasional. Dulu-dulu dengar Perak.fm je. Jadinye, terpaksa masuk bilik semula. Kali ni, masih ade 2 option. Online atau tido. Huhuhu.. Bapak bosan gile hidup. Jangan salahkan aku sebab banyak tido. Dah itu je bende yang mampu aku buat.. T__T

Pastu bile dah bangun tido, google resipi pulak. Dah dapat ape yang di cari, masak-masak, pastu rilek2 tengok tv kejap, pastu pukul 7 mandi. Lepas tu berbuka. Lepas berbuka, tengok tv balik....

Lepas tu dah malam, terawih ape semua, tengok tv lagi. Tak pun online. Lepas tu tido.

Lepas tu ulang balik bende same setiap hari.. ugghhhh.... Bosann.. T____T!

Kesimpulannya, di bulan ramadhan ini, aku hanyalah berfungsi di waktu pagi dan petang sahaja. Waktu2 lain adelah azab.. huhuhu...

5 comments:

  1. Bacalah Quran sampai 2-3 kali khatam.....

    ReplyDelete
  2. hajar makin kembang laa~
    jom keje buat kueh raya..ho3-k.eha

    ReplyDelete
  3. @k.eha
    buat kuih raye lagi la mengembang nanti.. hahaha...

    ReplyDelete
  4. Mari sini abangmu nak bagi cadangan;

    1.Mengaji - 1 hari 1 juz, siap dengan tafsir

    2. Belajar dan tingkatkan skill memasak, menjahit, menulis atau apa sahaja yang kamu minat. Baca buku2 berkaitan atau pergi kursus kalau ada. Semua itu berguna untuk kemudian hari.

    3. Kasik tuisyen kepada anak-anak kampung. Charge murah sudah.

    4. Tingkatkan ilmu - baca,baca, baca!!

    5. Proaktif dalam cari kerja. Call/ follow up company2 yg dah dihantar resume. Check semula resume, mungkin belum cukup power. Minta pandangan kawan2 atau senior yang berpengalaman. Kalau mmg takde rezeki di Ipoh, kena fikir2 untuk cari tempat lain.

    Sebenarnya, masa lapang tu bukan selalu datang. Jadi, gunakan sebaiknya.

    Ramai orang yang ada rezeki kerja, ada rezeki duit, tapi tiada rezeki masa menyebabkan mereka tak boleh buat apa yang mereka nak buat.

    Tapi kamu ada rezeki masa.Dan rezeki masa itu akan ditarik bila-bila sahaja. Inilah masa untuk buat apa sahaja!! jadikan mereka 'cemburu' dengan rezeki masa mu itu.

    Huhu.... sorry. Semangat terlebih pulak.. Ini nasihat untuk diri sendiri juga dan untuk mereka-mereka yang 'menanam anggur'.

    ReplyDelete