Pages

Sunday, August 28, 2011

Perkara Yang Harus Dilakukan Sebelum Osteoporosis Menyerang

Zorbing Ball

Perkara pertama adelah berpura-pura diri sendiri adelah seekor hamster yang comel seperti Hamtaro lalu menggolek-golekkan diri didalam bola gergasi. Huhu.. Macam best je aktiviti begini. Tengok iklan librese yang Yuna bergolek2 dalam bola tu, aku jadi teringin la pulak.. Try yang atas air pun macam menarik... Satu hari nanti aku mesti nak try!!

Bungee Jumping

Yang ni aku lame gile dah nak try. Kat Sunway Lagoon ade. Tapi Sunway Lagoon punye macam cikai sangat. Dah la tak tinggi. Xde view plak tuh. Kire macam membazir je aku neves2 dan mempertaruhkan nyawa untuk terjun kat tempat macam tu. At least aku nak try la yang tempat cantik sket. Macam kat new zealand ke.. huhu.. berangan!!!! Tapi tak kire. nak jugak try!!

Go-Kart
Yang ni bukan jauh mane pun kan. Kat shah alam ade je... Tapi aku xde geng yang nak turut serta dan lebih-lebih lagi aku yang masih bertaraf penganggur ni mane la mampu kan.. huhu.. Xpe2.. nanti bulan ke 8 setelah aku bekerjaya, nanti aku nak pegi!!


ATV
Yang ni ape tah. Aku pun kurang arif pasal bende ni. Tapi nampak macam seronok!! Nak jugak try. At least macam selamat sket lah dari motor kot. Sebab tayar die pun ade 4. Lebih stabil. Kurang risiko jatuh motor.. Tapi mungkin jugak lebih bahaya.. huhu.. Nak jugakkkk....

Kembara Pacuan 4 Roda

Yang ni nampak macam mencabar dan memerlukan kecekalan. Tapi macam meletihkan la jugak. Dengan tayar tersekat-sekat bagai. Nak kene tarik kete lagi la.. Penat. Yang ni kalau aku join pun, aku nak duduk dalam je. Kalau kete tersekat, aku duduk tepi. Bile dah ok baru naik balik. Huhu.... Gile pemalas.. -__-"


Snorkeling di banyak-banyak pulau

(kepada yang menyertai ekspidisi ke perhentian hari tu jangan gelak pliss)
Ye la.. aku mengaku aku tak pandai berenang. Tapi nak jugak includekan bende ni dalam list aku. Cita-cita aku sekarang ialah nak snorkle di 7 pulau yang cantik-cantik. Pangkor yang mase trip studio9 hari tu tak termasuk la yeh... Tapi dah tolak perhentian, kire tinggal lagi 6. 6 je lagi!!! yeahhh!!!


Kapal Terbang

Owh.. jangan salah paham. Bukan bercita-cita nak memandu kapal terbang pulak. Tapi kali ni bercita-cita nak melancong dengan menaiki kapal terbang. Atau lebih tepat lagi melancong ke negara orang. Tapi kalau pergi hatyai naik bas tu boleh la jugak di consider kan.. huhu... Dan memandangkan aku ni bukan orang kaye hanya kaya angan-angan maka, aku menetapkan, harus pergi ke sekurang-kurangnye 7 negara jugak. Indon dah pegi. Kire tolak satu. Tinggal 6 je lagiii... 6 je lagi!!!!

Menunaikan umrah/haji di Mekah

Ni kira shame on you la kalau kaw plan nak pergi merata buat itu ini tapi langsung tak terniat nak datang sini.. Heihhh... Yang ni target nak pergi xtaw bile.. hehe.. tapi mesti pergi!! Wajib!!!

Itu aje kot buat mase ni. Cita-cita aku xde la tinggi mane pun.. huhu....

Tuesday, August 23, 2011

Diari Si Tukang Cat

Day 1

Pagi ini aku bangun kira-kira pukul 10 pagi. Dalam perjalanan untuk mencapai tuala, bapak aku menegur. "ngape cepat benor pulak bangkit hari ni?" Aku pun tak pasti ayat bapak aku tu ikhlas, atau ade maksud tersirat. Aku pun terus pergi mandi. Lepas mandi dan membasuh kain baju ala kadar, aku pun mula menyapu sawang. Pastu bapak aku lalu, dan lantas aku berkata "Abah, jom cat sini. (merujuk kepada ruang tempat aku berdiri). Dan bapak aku menjawab, "kamu cat le, nanti aku tolong-tolong". Oh, bapakku dah memberikan green light nampaknye.

Kemudian aku pun segera membongkar ke tempat penyimpanan barang untuk mendapatkan lebihan cat 2 tahun lepas. Tapi aku sedikit hampa apabila mendapati cat undercoat telah kehabisan. Pastu aku pun report kat bapak aku, lantas menambah "bior le orang pegi beli, bak le duit". Gile berhemah care aku mintak duit. Dan setelah duit bertukar tangan, aku pun menuju ke kedai cat dan membeli cat dan beberapa barang keperluan. Balik rumah, aku serahkan baki duit kat bapak aku. Sikit pun aku tak songlap. Nanti mati tak terima dek tanah. Macam slalu-slalu cerita tanah kubur kat astro oasis tu.

perkakasan sedang mempersiapkan diri

Lepas tu aku pun siap-siap dan mulakan kerja-kerja mengecat. Aku cat ceiling dulu. Mak aih.. teleng kepala aku mendongak. Tergeliat tengkuk. Sakit tangan dok mengangkat tok sah cerita la. Pastu dengan cat menitik habis baju seluar lagi. Dengan bulu mate aku skali habis kene cat. Bapak aku tak tolong pun. Mungkin die nak tunggu lepas zohor baru nak tolong kot. Kang dah kene cat leceh plak nak semayang. Pikir aku di dalam hati. Tapi sangkaan aku meleset. Lepas die solat, die duduk tengok aku buat keje. Pastu die berlalu sambil berkata "esok le aku tolong, hari ni penat". Pastu die terus naik tidur.. Grrrr..

asal hitam menjadi putih...

Hari ni aku berjaya cat undercoat untuk 2/3 daripada ruang tu. Tak mampu nak teruskan. Lepas tu aku cuci tangan pakai thinner. Sedang dok asik2 menggosok, aku rase lain macam. Tangan aku rase pedih gile macam nak terbakar. Seperti lipas kudung aku lari ke bilik air, dan merendam tangan dalam baldi. Perrggghh.. cam nak nangis aku. Ingatkan tangan aku bakal hilang ke ape. Rupenye, aku patutnye tuang thinner ke tangan sikit je, pastu gosok (menurut Kimi). Tapi tak, aku perginye rendam tangan dalam tu. Memang le terbakor.. haha.. Silly mistake like I always do.. hehe...


Day 2

Pagi ni aku rase macam tanak bangun. Pinggang aku sakit yang amat. Aku terpaksa mengambil masa setengah jam untuk golek-golek atas katil sambil meyakinkan diri yang hidup ni harus diteruskan. Lepas mandi, aku terus stat keje mengecat. Dedikated sungguh. Tapi sebab hari ni cuti nuzul Quran, kakak aku ade. jadi aku pakse die tolong cat undercoat lagi 1/3 bahagian. Bapak aku masih xde tanda-tanda nak menolong. Die duduk kat ruang tamu menonton Hawaii Five-O. Kadang-kadang die tengok aku mengecat. Masuk waktu zohor, die naik sembahyang, lepas tu tak turun-turun dah.. -__-"

Sakit semalam, ditambah dengan sakit hari ni, memang berganda-ganda lah sakitnye. Pinggang aku rase macam nak patah. Tetibe, aku rase bersyukur dikurniakan rumah yang tak seberapa besar.. Selama ni dok komplain rumah kecik. Baru sekarang aku rase nikmatnye rumah kecik. Tak lah sengsara sangat aku. Dan aku juga tiba-tiba merasakan yang idea Mr.Bean meletak bom kedalam tin cat adelah satu idea yang brilliant. Kalaulah aku mempunyai kegilaan untuk boleh buat begitu.. huk2...

kalau kedai cat tu ade jual binatang ni, sure aku beli

Pukul 4 suku, aku give up. Tak leh nak go on dah. Cukuplah 2/3 diliputi dengan cat kilat layer pertama. Esok sambung lagi.......

Day 3

Bangun pagi hari ni tak sesakit macam semalam. Lepas mandi2, macam biasa, terus mengecat. Bapak aku dah keluar pergi market cari ikan. Lepas bapak aku balik, die cakap, "nanti jap, aku nak siang ikan ni dulu". Oh, macam ade tanda-tanda nak menolong je. Aku teruskan mengecat. Lepas bapak aku siap siang ikan. Die godek2 motor pulak. Cess... Xpe, aku redha. Aku teruskan mengecat 1st layer untuk lagi 1/3 part yang tinggal semalam. Dalam pukul 1.30 aku siap. Cuci-cuci cat yang lekat kat badan, mandi, solat, pastu sempat la online facebook kejap.

Pukul 2.15 aku sambung cat 2nd layer pulak. Adoi, penat lain macam. Bapak aku time tu tengah tido depan tv yang sedang menayangkan cerita national geographic pasal orang kene patuk ular. Fine. Aku dah tak menaruh harapan kat bapak aku lagi. Xpe la. Biar aku buat sorang.. T_T Bile bapak aku bangun, die tengok aku mengecat. Sambil itu mulut die pot-pet pasal lecehnye mengecat. Nak kene sampai 3 layer la.. Penat la.. Ishhh.. Padahal ayat2 tu semua patutnye aku yang ucapkan.. -__-"

Lepas tu pulak, petang ni aku asyik diserang angkut-angkut. Sejenis binatang terbang yang membuat sarang di syiling2 rumah. Angkut-angkut juga boleh menyengat. Mungkin beliau marah aku kacau habitat die. huhu.. Amboi.. yang kaw buat rumah kat dalam rumah bapak aku tu, ade kaw mintak izin? Ha.. ade?!! Ni anak tuan tanah nak tuntut hak! Kaw xde hak nak serang-serang aku!!

cik angkut-angkut, saya dah tolong cat rumah awak ni. Harap awak suke kaler putih.. :)

Pukul 4, aku kehabisan cat. Ngam2 tinggal lagi 1/2 bahagian nak kene cat. Tapi aku memang bersyukur pun cat tu habis. Sebab aku dah rase macam nak pengsan. Penat sangat. Lepas kemas2 aku terus mandi lagi. Bertapa dalam bilik air sampai jari kecut. Sebab tak larat nak keluar bilik air. Huhu.. Lepas tu aku terus tidur sampai pukul 7 lalu membiarkan bapak aku masak sorang-sorang untuk berbuka. Sorry daddy. Terlajak tidur.. huhu..

cik blender kat blakang tumpang enterframe.. heishhh

Day 4

Aku bangun. Sakit kepala. Ok. Hari ni cuti. T_T

Day 5

Urgggggghhh... cuti lagi plissss.... -__-"

Day 6

Omaigoddd... hari ni termiss sahur!! uhuk2... Cuti lagi? Errkk.. hotak hang... kerja! Kerja!

Macam biasa, lepas mandi, bancuh cat, stat mengecat. Bapak aku? Jangan tanya plisss.... -__-" Disebabkan kerja mengecat ni aku telah termiss tengok Melodi.. urggghh...

Akhirnya!!! Pukul 2.30 secara rasmi nye aku menamatkan upacara pengecatan syiling rumah bapakku ini!!! Yeayyy... Sempat la aku tengok NONA, tomok punye majlis kawin.. huhu...

Demi untuk melayan kerenah aku yang tetibe xde angin xde ribut semangat nak mengecat rumah, bapak aku telah kehabisan RM110++ jugak la.. Haha.. Actually, bapak aku xde la tak tolong langsung. Bapak aku lebih kepada kerja-kerja dibelakang tabir, macam menyediakan perkakasan mengecat. Lepas tu mencuci2 lantai yang aku buat kotor sebab cat menitik tu semua. Aku, lepas mengecat konfem le aku penat sangat, nak menggerakkan tangan xdapat. Gerak jari tekan remote tv je boleh.. huhu...

"Senah, tahun ni aku beraya dengan rumah cat baru, kaw ade?!"


Dinding? Errr.. Raya Haji... Raya Haji..... -______-"

Sunday, August 21, 2011

Siri Berangan Bersama hajarDK: Rumah Idaman

Sekarang baru aku teringat, rupe-rupenya aku ni sebenarnya dah lama tak berangan. Dulu mase zaman sekolah-sekolah dulu memang kuat berangan. Tapi sejak menjengah ke alam dewasa ni, dah jarang lah pulak berangan. Ok, disebabkan kepengangguran aku ni, mari ikut aku berangan sejenak...

haa.. tu diaa.. ghumah I.. rumah agam uolls... sebab nanti kalau dari jauh senang orang nak spot rumah I (oh, sebab dah jadi kaye, haruslah gune I sbg kata ganti nama diri). Macam contohnye kalau kawan-kawan lalu dari jauh die boleh cakap kat anak die "haa.. nampak tak rumah yang cantik tu, tu rumah kawan ayah mase kat UIA dulu. Tak sangka die dah kaye-raye sekarang. Dulu selebet sememeh je die".


Lepas tu rumah I kene ade halaman lapang macam ni. Nanti nak kenduri ke, open house raye ke, senang la. Anak cucu I nak main layang-layang pun best. Boleh lari-lari. Ohhh!! Lupe, orang kaye tanak la main layang-layang. Nanti berpeluh kotor comot semua anak cucu I. Tak mau, tak mau!!

Kalau dah kaye tu wajib lah kene ade swimmimg pool. Ni bukan pool biase taw. Siap ade banyak lampu-lampu bagai.. haaa...*tanak kalah...

Kat dalam rumah pulak, kene grand. Baru lah nanti orang masuk rumah semua mulut ternganga. Tapi tak nak lah the whole rumah macam ni. Riak sangat pulak. Walaupun kaya, kite kene zuhud... huhu..

Grand staircase ni element wajib la untuk rumah besar mewah. Kalau xde tangga pusing-pusing, tak cukup kaye rasenye... Tapi yang ni tak berapa grand sangat. I malas nak google image lame-lame.

Ni bilik mandi. Bilik mandi kene jadi tempat yang menenangkan.. Ye lah, baru balik dari berpesatuan, pastu dengar gosip2 datin sane sini, panas telinga, haruslah menenangkan diri kat sini. Errr.. Tapi ni baru bilik mandi anak bongsu I, kalau bilik mandi I, you imagine sendiri la.. I belum decide lagi nak buat cane.


Kereta pulak, I xdecide lagi nak kereta macam mane. Tengoklah nanti zaman tu kereta apa yang paling mewah... Haaa.. ni dalam kereta I. Kene la selesa siap skali dengan tempat rest kaki pe semua bagai. Nanti nak balik kampung selesa la sikit kalau jalan jam pun.. *eleh, padahal kampung kat ipoh je pun..


OK OK.. Tu semua tipu je.... Aku tak berminat pun nak menjalani kehidupan mewah kaye bagai nak rak seperti diatas.. Ishhh.. Tanak la jadi kaye. Nanti senang lupe diri... Susah nak maintain humbleness.. huhuhu....

Sekarang, mari lihat rumah idaman aku yang sebenar.. huhu...


Tadaaa... Haaa.. aku nak duduk rumah kampung macam ni lah.. Rumah papan yang on-stilts punye. Pastu bawah rumah kene kosong je. Baru la mendapat environmental wind natural ventilation yang optimum. Xyah nak pasang air-cond or kipas dah. Save electricity.. Duduk kampung le katekan... *gambar dari google image tak habis load.. huhu

Pastu laman depan rumah kene lapang. Nanti anak cucu nak balik beraya, boleh parking kereta kat sini banyak-banyak. Kalau nak main layang-layang pun boleh.. hehe.. *ok, orang kebanyakan boleh main permainan ni... huhu... racist sangat~~ Lepastu kat sini time nak dekat raye boleh la buat tempat kacau dodol, bakar lemang ape semua. Meriah youu....


Kat belakang rumah pulak aku nak bercucuk tanam. Kite, kalau berbudi dengan tanah ni, banyak faedahnye. Selain bercucuk tanam, aku jugak nak bela la ayam ke, itik ke. Yang simple2 macam orang2 duduk kampung selalu bela. Tapi tanak la sampai tahap kambing pe semua tu. Leceh sangat la pulak..


Kereta pulak kereta biasa-biasa je. Tanak yang terlalu mewah. Kete standard yang orang kebanyakan slalu pakai zaman tu nanti lah. Contohnya, kalau di compare dengan zaman sekarang, macam kereta wira, saga, macam tu laa.. kononnye.... Kereta mewah-mewah pun nak buat ape. Nanti shopping baju pun dekat pasar raya hari-hari je pun....

Monday, August 15, 2011

Taiko ke Tailor

Sempena hari raya yang bakal tiba lebih kurang 2 minggu lagi, aku telah pun di beri tugasan. Iaitu menjahit sehelai baju kurung.. Huhuhu... Sebelum ni ade la beberapa helai baju yang aku dah pernah jahit. Ade yang elok. Ade yang tak jadi. Ade jugak yang jadi, tapi lebih tergolong dalam kategori baju-baju rejek.


Tapi disebabkan tailor-tailor sedia ada kini kebanyakannye dah tak nak terima tempahan untuk hari raya, maka, dengan penuh rase cemasnye, aku telah menerima permintaan menantu DK nombo 5 untuk menjahit baju kurung untuknye.. Aku kalau boleh tanak buat, sebab takut. Ye lah, kalau baju sendiri xpe jugak. Ni baju, orang, tak berani. However, memandangkan dah xde yang nak jahit, aku buat jugak lah..


Bajunye siap. Kalau dilihat secara zahir dengan mata kasar, kire ok lah... Tapi pade beberapa bahagian seperti leher dan pinggang kain, agak horrible di situ. Maaf.. huhu..


tu diaa... habeh keluaq kaler pensil, t-square, mounting board bagai...


jarum peniti tak jumpe, jarum tudung pon boleyhhh....


ok, leher baju sikit senget.. haha.. tak bleh undo.. huhu..


Overall baju siap.. hehe..


Sunday, August 14, 2011

Baking Lesson For Dummies

Sebenarnye aku tak de la 'into' sangat dengan bende2 remeh seperti menge'bake' cake ni.. Tapi tetibe je termengidam nak makan banana choc cake yang macam secret recipi tuh.. huhu.. Favourite aku la tuh. Mungkin disebabkan bapak aku yang setiap hari dok menggoreng cekodok untuk makan berbuka disebabkan pisang-pisang yang berlebihan teleh mencetuskan idea untuk membuat cake coklat berpisang ini...


Maka, setelah menggoogle sendiri resipi tetapi tidak berjumpa resipi yang dicari, maka, aku pun lantas mengepost ke wall wan akfan di facebook yang berbunyi, "afan, carikan aku resipi banana choc cake yang macam secret recipi tuh..". Pastu dengan sepantas kilat afan memberikan respon dengan membagi link ke beberapa site untuk di study tentang bahan-bahan.

Misi sebenar bermula di tesco untuk membeli barang. Dah la tak sempat nak study pasal barang-barang lagi. Main belasah je. Cari gula kastor tak jumpe, lepas tu call akfan. Cari tepung naik sendiri tak jumpe pun nak call jugak.. hadehhh.. xleh berdikari langsung.. -___-" Lepas tamat misi mencari barang, pulang dengan hati yang lega kerana semua barang yang diperlukan telah dijumpai dengan jayanya.. heheh...


Petang tu study dulu kaedah2 pembuatannye. Bak kate orang, supaya nanti tak kalut.. huhu.. Lepas tu mesej afan, "weh, 'kaup balik' tu ape?" Pastu afan reply "Die macam, ko tau org gaul simen cemane tak? Kaup macam the way orang gaul simen buat".. Haha... gituuueww.. Architecture sangat jawapan die... Adeiii...


Pada malam harinya, stat la nak buat cake. Keluar la segala oven, mixer, scale, dan sebagainye dari tempat persembunyian yang dah dipenuhi habuk sebab bertahun xde orang gune. Pastu sediakan bahan-bahan semua. Berdebar-debar!! First time gua buat cake manual sendiri beb!! Mane tak neves.. huhu...


Mase awal2 nak buat bancuhan, lepas masuk dalam mixer, adunan jadi pelik gile!! Adunan yang sepatutnye cair, tapi jadi serbuk. Aku pun berasa cemas!! Lalu kakak ipar datang menghampiri. "Ni, coklat ni kamu kene bancuh dengan air dulu, kamu bancuh tak?" err.. heheh.. sebenarnye aku lupe!!! Adehh.. Patut le...
LESSON NO 1 : Bace instruction betul2.. jangan over confident!!

Tapi lepas tu segalanya berjalan lancar. Sampai la mase nak buat filing untuk kek tu, aku terperasan yang aku terbeli WHITE CHOCLATE!!!!! Grrrrrrrr.... Apsal boleh salah beli?? Tanak kek putih... Nak kek itam... T_____T!! Kecewa.... Kecewa... Aku dah imagine dah awal2 rupe kek aku... Kaler dark coklat, cantik berkilat. Tapi apakan daya.. Semua anganku musnah disebabkan kecuaian, kelalaian dan kebodohan sendiri... Huk2...
LESSON NO 2 : Mase beli barang, bace label betul2!!


dah masuk oven... hati makin berdebar.. huh! huh!


kusangkakan hitam, rupanya putih, nasib baik tak hijau... -__-"


tak yah susah2 nak beli papan kek, pakai tudung periuk bapak sajoh...



ni final output.. imagine je la yang sebenarnye die kaler coklat pliss..



Maka, dengan itu, terhasillah "banana white choclate cake" aku.. huhu.. Tak kire, nanti raye aku nak buat balik semula. Betul2 dark choc punya... Kepada BasriDK, silelah sponsor yeh.. hehe...

Friday, August 5, 2011

Sepetang di Pejabat JPJ

Pada suatu petang yang agak panas di hadapan kaunter JPJ Ipoh...

hajarDK: nak renew lesen!

brader JPJ: bak lesen lame.

hajarDK: tapi dah hilang.. hehe

brader JPJ: ish.. meh sini ic. Gambar ade?

hajarDK: oh! kene ek?

brader JPJ: -__-"

hajarDK: -___-!

braderJPJ: ni nanti saya bagi ni, awak taruk gambar, laminate sendiri.

hajarDK: oh! boleh ek?!! 0_o

brader JPJ: ishh!! ni orang nak tolong die la ni..

hajarDK: oo.. hehe.. ok..ok..

brader JPJ: nak renew setahun ke 3 tahun?

hajarDK: kalau setahun berape?

brader JPJ: setahun RM30, tambah denda hilang RM20.

hajarDK: oh, kirenye sume RM50 la yeh? Tapi saye ade RM49 je ni.. huhu..

brader JPJ: -______-"

hajarDK: T____T"

brader JPJ: xpe la.. singgit je. Saye tolong tanggungkan..

hajarDK: eh.. hehehe... Time kasih banyak bang!! \(o_o)/

brader JPJ: -__-!



hehehe.. itulah alkisah yang baru je berlaku sebentar tadi.. haha... baik betul brader tu! Semoga beliau dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur.. huhu...

p/s: suke gile berurusan kat JPJ Ipoh, tak sampai 5 minit dah setel semua. Padahal orang ramai je. Efisyen!!

Wednesday, August 3, 2011

Diari Ramadhan Aku

Assalamualaikum.. *bulan puasa ni kene behave sikit..

Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, puasa tahun ni insyaallah aku akan berpuasa penuh di rumah sendiri. Kalau di fikir-fikir balik, kirenye sejak dari form 4 lagi aku dah mula tak berpuasa di rumah. Dah 6 tahun jugak la tu.. Disebabkan pengajian aku dah tamat, maka tahun ini tiada lagi berpuasa di UIA. Hari-hari kat rumah. Ohh.. Bosan.. Hahaha...

Rutin harian aku bulan puasa ni amatlah sangat bosannya.

Seawal jam 5 pagi sudah bangun untuk makan nasik. Lepas makan nasik, minum milo semua, tunggu azan subuh sambil tengok tv cerita deko bersama eric. Eric ni kadang-kadang deko cantik jugak. Tapi kadang2 merapu. Letak pasu bunga depan TV. Tak praktikal langsung! Dengan lilin-lilin die tu lagi. Adoi... Takat untuk masuk tv je lah. Pastu bile eric balik, sure owner die simpan balik bende2 tu semua. heiiihhh.... Lepas solat subuh, hati mula berkira-kira.. nak tido balik ke, tanak..

"kalau tido lepas subuh, nanti rezeki tak masuk. Sebab tu kaw tak dapat keje lagi sampai sekarang", kata hati 1. *boleh tahan laser jugak hati 1 ni.

"tapi kalau kaw tak tido, nak buat ape? Online? Tengok tv? Bosan.. tak baik. Merosakkan mata. Nanti muda2 dah kene pakai spek. Tido lagi baik", hati 2 mula berhujah.

Dan sudah tentunya hati 2 menang. Lepas tu sambung tido, bangun lebih kurang pukul 9 setengah. *pukul sepuluh sebenarnye.. Lepas tu mandi2, basuh baju, sapu2 rumah ala kadar, kemas2 cincai2, dalam pukul 12 semua dah setel. Lepas tu terkebil-kebil tak tahu nak buat ape.

Pilihan hanya 2, sama ada online, atau tengok tv. Tu saje. Bapaklah bosannye. Tv pun cerita takde la menarik sangat. Astro ni asik ulang2 cerita same je. Bosan. Tak tahu lah kenapa, sejak akhir2 ni, aku tak 'into' sangat terhadap TV lah. Rase xde selera nak menonton. Kalau mase zaman dulu-dulu, bagi lah citer ape pun. Asalkan ia adalah tv, semua pun jalan. Mungkin sebab sekarang dah matang kot. Huhuhu...

Online pun kengkadang bosan jugak. Facebook tengah hari tak berapa rancak. Sebab orang dah mula berkerjaya la katekan.. huk2... Lepas online ala kadar, tengok jam. Urrggghh... baru pukul 2!! Kamon lah!! Bile nak malam ni?

Time ni selalunye nak tengok tv agak mustahil la. Sebab bapak aku suke bukak radio Klasik Nasional kuat-kuat sambil sun-bathing tepi tingkap. Tak tahulah sejak bile bapak aku ni jadi peminat klasik nasional. Dulu-dulu dengar Perak.fm je. Jadinye, terpaksa masuk bilik semula. Kali ni, masih ade 2 option. Online atau tido. Huhuhu.. Bapak bosan gile hidup. Jangan salahkan aku sebab banyak tido. Dah itu je bende yang mampu aku buat.. T__T

Pastu bile dah bangun tido, google resipi pulak. Dah dapat ape yang di cari, masak-masak, pastu rilek2 tengok tv kejap, pastu pukul 7 mandi. Lepas tu berbuka. Lepas berbuka, tengok tv balik....

Lepas tu dah malam, terawih ape semua, tengok tv lagi. Tak pun online. Lepas tu tido.

Lepas tu ulang balik bende same setiap hari.. ugghhhh.... Bosann.. T____T!

Kesimpulannya, di bulan ramadhan ini, aku hanyalah berfungsi di waktu pagi dan petang sahaja. Waktu2 lain adelah azab.. huhuhu...