Pages

Sunday, August 28, 2011

Perkara Yang Harus Dilakukan Sebelum Osteoporosis Menyerang

Zorbing Ball

Perkara pertama adelah berpura-pura diri sendiri adelah seekor hamster yang comel seperti Hamtaro lalu menggolek-golekkan diri didalam bola gergasi. Huhu.. Macam best je aktiviti begini. Tengok iklan librese yang Yuna bergolek2 dalam bola tu, aku jadi teringin la pulak.. Try yang atas air pun macam menarik... Satu hari nanti aku mesti nak try!!

Bungee Jumping

Yang ni aku lame gile dah nak try. Kat Sunway Lagoon ade. Tapi Sunway Lagoon punye macam cikai sangat. Dah la tak tinggi. Xde view plak tuh. Kire macam membazir je aku neves2 dan mempertaruhkan nyawa untuk terjun kat tempat macam tu. At least aku nak try la yang tempat cantik sket. Macam kat new zealand ke.. huhu.. berangan!!!! Tapi tak kire. nak jugak try!!

Go-Kart
Yang ni bukan jauh mane pun kan. Kat shah alam ade je... Tapi aku xde geng yang nak turut serta dan lebih-lebih lagi aku yang masih bertaraf penganggur ni mane la mampu kan.. huhu.. Xpe2.. nanti bulan ke 8 setelah aku bekerjaya, nanti aku nak pegi!!


ATV
Yang ni ape tah. Aku pun kurang arif pasal bende ni. Tapi nampak macam seronok!! Nak jugak try. At least macam selamat sket lah dari motor kot. Sebab tayar die pun ade 4. Lebih stabil. Kurang risiko jatuh motor.. Tapi mungkin jugak lebih bahaya.. huhu.. Nak jugakkkk....

Kembara Pacuan 4 Roda

Yang ni nampak macam mencabar dan memerlukan kecekalan. Tapi macam meletihkan la jugak. Dengan tayar tersekat-sekat bagai. Nak kene tarik kete lagi la.. Penat. Yang ni kalau aku join pun, aku nak duduk dalam je. Kalau kete tersekat, aku duduk tepi. Bile dah ok baru naik balik. Huhu.... Gile pemalas.. -__-"


Snorkeling di banyak-banyak pulau

(kepada yang menyertai ekspidisi ke perhentian hari tu jangan gelak pliss)
Ye la.. aku mengaku aku tak pandai berenang. Tapi nak jugak includekan bende ni dalam list aku. Cita-cita aku sekarang ialah nak snorkle di 7 pulau yang cantik-cantik. Pangkor yang mase trip studio9 hari tu tak termasuk la yeh... Tapi dah tolak perhentian, kire tinggal lagi 6. 6 je lagi!!! yeahhh!!!


Kapal Terbang

Owh.. jangan salah paham. Bukan bercita-cita nak memandu kapal terbang pulak. Tapi kali ni bercita-cita nak melancong dengan menaiki kapal terbang. Atau lebih tepat lagi melancong ke negara orang. Tapi kalau pergi hatyai naik bas tu boleh la jugak di consider kan.. huhu... Dan memandangkan aku ni bukan orang kaye hanya kaya angan-angan maka, aku menetapkan, harus pergi ke sekurang-kurangnye 7 negara jugak. Indon dah pegi. Kire tolak satu. Tinggal 6 je lagiii... 6 je lagi!!!!

Menunaikan umrah/haji di Mekah

Ni kira shame on you la kalau kaw plan nak pergi merata buat itu ini tapi langsung tak terniat nak datang sini.. Heihhh... Yang ni target nak pergi xtaw bile.. hehe.. tapi mesti pergi!! Wajib!!!

Itu aje kot buat mase ni. Cita-cita aku xde la tinggi mane pun.. huhu....

5 comments:

  1. hajar...bungee jumping cam scary...kwan ak pnah cube kat aussie...lebam leher coz tergesel skit ngan tali die...

    ReplyDelete
  2. ala... ala.. jangan la cakap begitu...jangan mematahkan semangat daku.. huhuhu....

    ReplyDelete
  3. hajar aku pon minat gila go-kart!tapi xde geng nak pegi.yezza finally jumpa geng!

    ikhlas,
    mai alias

    ReplyDelete
  4. hajar.. aritu kteorg jln2 kat pd maen go kart.. jgn jeles.. haha
    ~ajark

    ReplyDelete
  5. @mai
    ok2.. nanti aku ajak hang.. hehe...

    @ajark
    eleh.. tak jeles pun~~

    ReplyDelete