Pages

Sunday, September 25, 2011

Jangan Cari Pasal Dengan Orang Sengkek

Hari ini genap 2 minggu aku berkelana di Kelana Jaya. Mula-mula datang 2 minggu lepas semata-mata nak menghadiri temuduga kerja yang ke 4, 5, dan 6 je serta mengambil transcript di UIA. Tapi tup-tup dah tersangkut kat sini 2 minggu sambil bekerja part time kat UM pulak. Pastu patutnye weekend ni aku balik ipoh menziarahi orang tua dikampung, (ceh ceh baru keje part time dah bajet berhijrah-dibandar-mencari-nafkah-untuk-menyara-keluarga-dikampung) tapi dibatalkan sebab ade acara makan-makan free di Time Square. Thank you Neena Natasya Che Ahmad sebab baik hati gile sudi blanje makan 12 orang. Kalau aku, sah harap..

Pastu mase balik, dan sampai di LRT Kelana Jaya, aku pun telah memasuki satu kiosk bertemakan warna merah yang tajuk kedainye 'the news' ke ape tah. Ala-ala cam tu la bunyi nye. Aku pun berjalan menghampiri kaunter dan bertanya, "ade topap meksis tak?" dan transaksi pembelian dan penjualan pun berlaku tanpa akad jual beli sebab yang jual tu pun foreigner bangladesh ke ape tah.. (tema warna kulit die lebih kurang gitu le). Usai membeli, aku pun turun tangga dan menghala ke tempat menunggu untuk menunggu basriDK datang menjemput. Di sambil itu aku pun menopap henset yang telah di SOS TOP-UPkan semasa sedang bermesej dgn rakan sampai tak sedar kredit dah 0 sen jumaat lalu. Lepas selesai memasukkan no pin yang kemain panjangnye, tertera di skrin 'kod yang anda masukkan tidak sah'. Ishh.. aku geram. Aku cuba sekali lagi, kali ni dengan lebih teliti. Tapi hasilnya masih sama. Dan kemudian baru aku perasan, yang dekat kertas topap tu, tulis DIGI, bukan HOTLINK sebagaimana yang aku minta tadi.. Ishhh!!!

Dengan langkah yang konfiden konfiden nerves, aku pun pergi balik kat kedai tu. Mat Bangla tu masih di situ, menjadi cashier yang sangat setia. Lepas tu aku pun cakap "tadi saye mintak maxis, tapi ni nombo digi". Mula-mula bangla tu tanak ngaku salah die. Die cakap memang aku yang mintak digi. Aku tak puas hati. Kebenaran harus ditegakkan. Bisik hati kecilku. Lepas tu dengan nada yang lebih tegas dan muka yang lebih garang, aku pun cakap yang aku memang mintak maxis tadi. Bangla tu diam. Die tenung mata aku. Mungkin die nak ajak aku main sape-kedip-mata-dulu-die-kalah. Aku tenung balik. Kali ni aku garangkan lagi tenungan aku. Akhirnya die kalah! Yes, aku menang! Setelah die menekan-nekan mesin wang tu dengan muke tensen, akhirnye aku dapat jugak topap maxis aku.. Yuhuuuuu!!!

Aku rase, kalau perkara ni berlaku beberapa tahun yang sebelum ni, mungkin aku yang akan mengalah dengan bangla tu dan berlalu pergi lalu membeli topap di kedai lain. Tapi memandangkan aku memang tengah sengkek untuk membiarkan RM10 berlalu pergi begitu saje, memang aku fight berhabis-habisan!

Sunday, September 4, 2011

Entri Sempena Hari Raya


tahun ni aku dapat 4 kad raye.. hehe.. mekasih... (sori bo, aku lupe aku letak kad hang kat mane.. dun worry, tak hilang...huhu...)


Kalau dikira sekali dengan pokok daun bunga 2 pasu tu, gambar yang aku tangkap ni memang betul-betul center!!


anak nombor 1 : HassanDK dan keluarga


anak nombor 2: BabaDK dan keluarga


anak nombor 4 : PendiDK dan keluarga


nombor 5: BasriDK dan keluarga


Nombor 6 dan 7... (kami memang adik beradik, sile percaya)


Tahun ni gua segan tangkap gambor sensorang, gua rekrut anak-anak buah skali kasi meriah gambar raye....


ye... gua makin tembam. sekian terima kasih.. -__-"


"Kami dari keluarga DK mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN" *tiru cakap serentak ramai-ramai macam salam perantauan kakitangan kerajaan
(7 manusia tiada dalam gambar)

Sekian saje update ringkas aidilfitri.. hehe...