Pastu mase balik, dan sampai di LRT Kelana Jaya, aku pun telah memasuki satu kiosk bertemakan warna merah yang tajuk kedainye 'the news' ke ape tah. Ala-ala cam tu la bunyi nye. Aku pun berjalan menghampiri kaunter dan bertanya, "ade topap meksis tak?" dan transaksi pembelian dan penjualan pun berlaku tanpa akad jual beli sebab yang jual tu pun foreigner bangladesh ke ape tah.. (tema warna kulit die lebih kurang gitu le). Usai membeli, aku pun turun tangga dan menghala ke tempat menunggu untuk menunggu basriDK datang menjemput. Di sambil itu aku pun menopap henset yang telah di SOS TOP-UPkan semasa sedang bermesej dgn rakan sampai tak sedar kredit dah 0 sen jumaat lalu. Lepas selesai memasukkan no pin yang kemain panjangnye, tertera di skrin 'kod yang anda masukkan tidak sah'. Ishh.. aku geram. Aku cuba sekali lagi, kali ni dengan lebih teliti. Tapi hasilnya masih sama. Dan kemudian baru aku perasan, yang dekat kertas topap tu, tulis DIGI, bukan HOTLINK sebagaimana yang aku minta tadi.. Ishhh!!!
Dengan langkah yang konfiden konfiden nerves, aku pun pergi balik kat kedai tu. Mat Bangla tu masih di situ, menjadi cashier yang sangat setia. Lepas tu aku pun cakap "tadi saye mintak maxis, tapi ni nombo digi". Mula-mula bangla tu tanak ngaku salah die. Die cakap memang aku yang mintak digi. Aku tak puas hati. Kebenaran harus ditegakkan. Bisik hati kecilku. Lepas tu dengan nada yang lebih tegas dan muka yang lebih garang, aku pun cakap yang aku memang mintak maxis tadi. Bangla tu diam. Die tenung mata aku. Mungkin die nak ajak aku main sape-kedip-mata-dulu-die-kalah. Aku tenung balik. Kali ni aku garangkan lagi tenungan aku. Akhirnya die kalah! Yes, aku menang! Setelah die menekan-nekan mesin wang tu dengan muke tensen, akhirnye aku dapat jugak topap maxis aku.. Yuhuuuuu!!!
Aku rase, kalau perkara ni berlaku beberapa tahun yang sebelum ni, mungkin aku yang akan mengalah dengan bangla tu dan berlalu pergi lalu membeli topap di kedai lain. Tapi memandangkan aku memang tengah sengkek untuk membiarkan RM10 berlalu pergi begitu saje, memang aku fight berhabis-habisan!
eceh.. main tenung-tenung pulak. nanti anak ko berbapakkan mat bangla baru tau
ReplyDeletecinta dari mata turun ke hati<---falsafah chenta antaraasia
ngahaha... jangan weh... tak sudi aku melahirkan anak bangla.. hahahaha....
ReplyDeletebenda mcm ni mmg takboleh mengalah la hajarlrlrlrlrlr :D cuba teka siapa aku
ReplyDeletemestilah paan!!! hahahaha
ReplyDelete