Pages

Wednesday, August 7, 2013

Entry Cliche Sempena Hari Raya



Salam Lebaran 1 Malaysia *tibe~~

Bersempena lebaran yang menjelma mungkin besok ni, aku ingin nak memohon maaf salah silap terlanjur kata, tersakit hati dan sebagainya. Segala persengketaan yang berlaku marilah kite tamatkan segera. Persengketaan baru bolehlah dimulakan setelah tamat bulan Syawal nanti, yakni, apabila memasuki bulan Zulkaedah nanti.

Persengketaan kecik, besar, dengan kawan, keluarga, majikan, gur-guru dan sebagainya, telah pun aku delete dari hati dan ingatan dengan tulus ikhlas hendaknye insyaallah... Marilah kite same-same mulakan persengketaan hidup baru.

p/s: Bende2 bermaafan maafan ni aku tulis camane2 pun masih kedengaran cliche. tak leh nak buat ape lah...

p/s: Walaupun aku cakap aku maafkan segala persengketaan, tapi kepada yang songlap duit aku beratus-ratus hari tu, pengecualian dibuat terhadap anda. Aku masih tak menghalalkan walau sesen pun. Nasibla ko jenuh cari lalilatul qadar ke ape ke bulan puasa ni, ko tetap akan kene cari aku dulu kat akhirat nanti. Harap dimaklumi.

No comments:

Post a Comment