Pages

Sunday, January 11, 2009

Peningkatan bajet

Seketika dahulu, telah disytiharkan agar perbelanjaan untuk makanan tidak melebihi rm3 sehari. Tetapi setelah dikaji semula, satu rombakan telah pun dibuat setelah menimbang tara akan baik buruk perihal isu berbangkit tersebut...

Oleh kerana di zaman sem 2 yang amat mencabar berbanding sem sebelumnya, pengambilan makanan yg berkhasiat adalah amat penting dalam menjana mahasisiwa/i yang mampu menyumbang kepada perkembangan kemajuan negara... Jika tidak mendapatkan khasiat makanan yang secukupnya, gejala- gejala seperti tidur di dewan kuliyyah, cepat letih, lesu, malas dan sebagainya tidak akan dapat ditangani..

Demi menjadi "the leaders of the ummah, towards achieving global excellence" seperti yg dinyanyikan sewaktu minggu orientasi dahulu sehingga mencetuskan pergaduhan di dalam CAC, saya, dengan ini mengisyhtiharkan bahawa bajet makanan harian dinaikkan sebanyak 50%, iaitu kepada rm4.50 berkuatkuasa esok (12 Januari 2009). - Bernama.

1 comment: