Pages

Sunday, June 12, 2011

Aku Sebuah Beg



Hai, aku adalah sebuah beg. Badanku berwarna hitam. Oleh itu, panggil sahaja aku BLACKIE. Aku berasal dari ipoh perak. Tapi aku sendiri pun tak tahu dimana exactly aku dilahirkan. Yakni, kilang aku. Mungkin aku dilahirkan di kawasan perindustrian Pengkalan, Batu gajah, atau kat mane tah. Aku pun tak pasti. Sebaik saje aku membuka mata, aku telahpun berada di sebuah kedai lot tepi-tepi kaki lima di sebuah shopping mall yang sekarang ni hidup segan mati tak mahu disebabkan oleh pembinaan sebuah pasaraya TESCO dan tak lama lagi JUSCO. Pengkalan Emas Mall namenye. Tapi lebih dikenali sebagai PASABINA oleh penduduk setempat.

Pada suatu petang selepas hujan renyai2 kedai tempat aku di pamerkan di kunjungi oleh seprang budak perempuan lepasan spm bersama kawannye. Aku dibelek2 olehnya, dan dia pun meminta pendapat rakannya sama ada dia patut membeli aku atau tidak. Setelah berbincang, akhirnya die pun sebulat suara untuk membeli aku. Setelah dicek keadaan zip, luar dan dalam, aku pun dibeli dan dibayar dengan harga RM30.

Pada waktu itu, tuan aku adalah pelajar yang baru menghabiskan SPM dan kerana beliau adalah seorang yang rajin menuntut ilmu hingga ke negeri China, beliau mengisi masa terluangnya sementara menuggu keputusan SPM diumumkan dengan belajar Bahasa Inggeris di pekan Ipoh. Ye, pekan Ipoh aje, bukan negeri China pun... Setiap hari Isnin hingga Jumaat, aku dibawa olehnya ke kelas itu. Aku begitu seronok dapat berkhidmat kepada tuan aku. Kelas yang dihadiri tuan aku juga sangat seronok. Paling seronok ialah apabila tuan aku melakukan presentation di depan kelas. Atau lebih tepat lagi beliau memperbodohkan dirinya di depan kelas untuk di ketawakan oleh seantero kelas. Malu aku dibuatnye. Dan aku juga baru mendapat tahu bahawa sebelum menggunakan khidmat aku sebagai beg, tuan aku ini hanya membawa beg biru-hitam sempena kempen "Hapuskan Aedes, Tiada Denggi". Sungguh xde style... (-__-")

Setelah beberapa ketika, tuan aku ditawarkan untuk menyambung pengajiannye ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Aku berasa sangat teruja. Ini;ah peluang aku untuk melihat dunia luar!! Yeayy.. Tapi aku juga merasa sedikit risau. Macam mana kalau tuan aku membeli beg lain? Maklumlah, ingin berpindah ke tempat baru, haruslah semuanya serba baru. Tapi sangkaan aku meleset. Tuan aku sangat berjimat-cermat (kedekut) orangnye. Dia tidak mengganti aku dengan yang lain. Dia masih mahu menggunakan khidmat aku. Aku sangat bersyukur. Alhamdulillah...

Setiap hari, kemana juga, aku di usung oleh tuan aku ke sana kemari. Ke kelas, pergi outing, balik kampung, pasti aku dibawanya. Ini kerana, tuan aku takde beg lain. Aku je satu-satunye beg die. Maksud aku, beg untuk kategori aku la. Kalau back pack ke, beg balik kampung ke, tu masuk kategori lain la pulak. Habis setahun tempoh pengajian di matrik uia, tuan aku menyambung pula pengajiannya ke kampus utama UIA Gombak. Aku masih digunakan dengan sayangnye oleh tuan aku.

Aku sangat gembira!! Aku rasa, kalaulah tuan aku adelah orang lain, pasti aku sudah dmaduka dengan beg2 lain yang lebih gorgeous. Maklumlah, student2 sekarang kan suke melaram ke kelas. Beg kene matching dengan baju. Hand bag wajib ade 2 3, beg ke kelas pun ade banyak. Boleh pilih2. Tapi tuan aku ni lain. Beliau seorang yang simple dan mengamalkan concept one for all, and all for one. Contoh terdekatnye macam aku ni la. Pergi kelas bawak aku, pergi shopping bawak aku, [ergi makan pun aku jugak, pergi kenduri kawen, pergi beraya, pergi dengar ceramah, tengok concert nasyid (UIA le katekan), tengok forum perdana, pergi case study, pergi site visit, pergi rombongan studio, semua pun die nak bawak aku!! Aku rase, dalam dunia ni, aku lah beg yang paling gembira!!!

Kini, tuan aku telah pun berada di tahun akhir pengajiannya. Maknanye, dah hampir 5 tahun aku berkepit bersama tuan aku. Dan aku kini pun sudah tua. Warnaku yang hitam pada mulanya telah pun lusuh dilunturi sinar matahari. Zip2 di badan aku pun banyak yang telah rosak. Sebenarnya, zip dibadanku telah lama rosak, lebih setahun dulu. Tetapi tuan aku yang pennyayang tak mahu (mampu) menggantikan aku dengan yang baru. Dia masih sayangkan aku (duitnya). Die pun dengan gigih membaiki aku. Badan aku juga pernah dijahitnya kerana telah terkoyak. Tuan aku juga ada melekatkan badge bertema "selamatkan palestine" kerana nak mengcoverkan bahagian badan aku yang terkoyak.





Lama kelamaan koyak badan aku makin banyak dan makin teruk. Kini zip bahagian utama beg aku telah tertanggal terus. Tuan aku yang semakin busy dengan kerja-kerja kuliahnya, tidak ade masa untuk merawat aku. Dia membiarkan saja aku begitu. Mungkin die sudah mati akal untuk membaiki aku. Tapi aku puas hati, kerana cita-cita tuan aku untuk menggunakan aku sehingga beliau grad, hampir tercapai. Sekarang tuan aku sudah memiliki sebuah beg kecil Paul Smith berbelang2 biru yang kadang-kadang di bawa menggantikan aku. Tapi tak mengapa, kerana sekarang tuan aku tidak lagi perlu ke kelas, lebih baik baginya untuk membawa beg yang lebih kecil berbanding aku. Namun begitu, aku masih dibawa sekali sekala.

Sebagai sebuah beg, aku merasa sangat berbangga. Kalau pun ajal aku sampai satu masa nanti, aku akan "pergi" dengan bangga. Akulah beg yang paling bertuah di dunia!!!!!!!

5 comments:

  1. hajor...syahduu la cite ni...sob3~

    ReplyDelete
  2. best2...bagus cte nih....i want more..haha

    ReplyDelete
  3. Ilham : hajarrrrr the best. dari matriks kot bag nii syg btul kat bag ni ye hehehe aku ex rumet die aku tau laa kan hajar. if only aku 'setia' dgn brg2 aku macam kau =') aku suka blog hang weh

    ReplyDelete
  4. @Iqanadia
    ape plak syahdunye.. heihh

    @anon
    more to come.. hehe

    @ilham
    setialah dengan brg2 hang.. nanti 'diorg' pun setia dengan hang...

    ReplyDelete
  5. entry yang unik.... good idea....
    saja drop by baca entry ni... dan klik2 dgn nffng..
    moga berjaya dan dpt menabung dgn nffng..
    kunjungan dialukan dan klik2 lah utk jana tabung...
    daa~ salam perkenaLan.

    ReplyDelete