Pages

Thursday, October 27, 2011

Pasal Duit, Duit dan Duit


Aku cakap, "saya tanak ade banyak duit".

Orang cakap, "semua bende perlukan duit, nak masuk toilet pun kene bayar, kalau takde duit susah la hidup kite".

Itu cakap orang yang gile duit. Aku tak nafikan yang duit tu memang lah penting. Aku pun memang nak duit. Kalau aku tak perlukan duit, xde la susah-susah aku pergi kerja hari-hari bangun subuh-subuh sepe'ie. Pergi kerja pun perlukan duit. Duit tambang, duit makan, duit beli waffle choclate dekat Nelson Kelana Jaya lepas tu balik makan sorg2 dalam bilik. Aku memang perlukan duit. Memang kalau xde duit aku susah.

Jadi, nyatalah duit tu memang penting. Tapi 'ada duit' tu je yang penting. 'Ada BANYAK duit' tak perlu pun.

................................................................

Orang cakap, "kalau ade cara nak dapat duit dengan lebih senang dan cepat, kenapa nak buat cara susah?"

Aku cakap, "saya tanak dapat duit dengan senang. Saya nak dapat duit yang saya usahakan. Macam tu saya lagi puas hati."

Same macam diatas tadi la. Aku bukan orang gile duit. Kalau aku gile duit, aku awal-awal lagi aku tolak offer kerja aku sekarang. Gaji sikit. Jauh pulak tu. Baik aku terima je offer yg lagi satu aku dapat dulu. Gaji lagi banyak. Dekat pulak tu. Kenapa aku bodoh sangat pilih jalan susah?

Sebab aku nak buat benda yang aku suke. Benda yang aku puas hati. Duit yang aku tahu hasilnya datang dari mana. Benda yang aku usahakan sendiri. Macam tu lebih berbaloi.

Aku memang kejar duit. Sape cakap aku tak kejar duit? Kalau aku tak kejar duit, baik aku sambung belajar dalam bidang yang aku minat. Aku puas hati jugak. Dapat benda yang aku minat, at the same time, aku xyah nak susah2 nak jadi kuli orang. Jadi, aku memang kejar duit.

................................................................

Orang cakap, "awak tanak ke hidup senang. Bukan untuk awak sorang je. Awak kene fikir untuk kesenangan anak-anak awak jugak."

Aku cakap, "tanak. Saya memang dari kecik cita2 nak jadi orang biasa2 je. Bukan nak jadi orang berada."

Orang cakap, "awak cakap macam tu sebab awak dah selesa dengan hidup awak sekarang. Ade mak bapak, adik beradik awak tolong".

Aku berasal dari keluarga yang memang bukan senang pun. Terus terang aku cakap. Dulu bapak aku kerja pak guard je. Lepas tu ade la buat kerja menyukat tanah sikit2. Toreh getah jugak. Mak aku dulu jage anak2 orang. Tapi bile dah tak jaga anak orang, mak aku kerja basuh kain kat rumah cina. Sape kate aku orang senang?

Bapak aku kerja teruk2 gaji sikit. Boleh je besarkan anak-anak die 7 orang sume makan pakai cukup, pendidikan cukup. Tak pernah la pulak aku dengar cerita bapak aku pinjam duit orang kampung ke, pinjam ceti ke, pinjam along ke. Boleh je survive dengan duit sikit 9 beranak. Tak de masalah pun.

Dan aku tak rase aku susah pun. Aku rasa aku hidup selesa je walaupun mak bapak aku tak kaye. Memang la aku tak dapat semua yang aku nak. Tapi semua yang aku perlu, aku dapat.

Jadi, selfish la aku ni. Sebab aku dah selesa dengan hidup aku sekarang, aku tanak earn lagi banyak duit, tanak bagi anak-anak aku senang. Tanak fikir mase depan pendidikan diorang.

Bukan aku selfish. Sape tanak anak die blajar tinggi2. Aku pun nak anak2 aku jadi orang berjaya. Tapi tak perlu la nak sediakan semua benda dengan cukup perfect. Kalau ditakdirkan jugak nanti aku jadi kaya, mampu nak sekolahkan anak-anak aku dekat sekolah elite, aku masukkan je la kat sekolah elite. Tapi kalau ditakdirkan aku tak mampu, sekolah kerajaan je dah cukup. Xde masalah. Adik-beradik aku pun sekolah kerajaan. Tak de ape yang kurang pun.

Kalau ikutkan, bapak aku memang tak mampu nak masukkan aku kat universiti dengan duit sendiri. Tapi PTPTN kan ade. Ape masalah? Kalau aku lagi pandai, JPA kan ade. Apply je la. Tak de masalah.

Jadi, nanti anak-anak aku nak sambung blaja kat university, apply je la PTPTN. Lepas habis belajar bayar balik sendiri. Jadi, diorg kene la usaha sendiri belajar pandai2 biar senang dapat kerja lepas tu kerja gaji banyak lepas tu boleh bayar balik cepat. Kalau nak lagi senang, belajar je rajin2. Apply scholar. Tak payah bayar. Cuma kene maintain CGPA je la. Ape masalah?

............................................................

Orang kate, "awak tak kisah nak bayar hutang PTPTN, hutang rumah, hutang kereta sampai umur 50-60 tahun, sebab ramai orang memang buat macam tu. Sebab tu awak nampak bende tu macam biasa je".

Aku cakap, "memang saye nak jadi orang biasa-biasa. Saya tanak jadi orang luar biasa."

Kesimpulan: katakan TIDAK kepada SKIM CEPAT KAYA!!

Monday, October 17, 2011

Update dari Tempat Kerja

Oh hai.. Aku sekarang sudah berkerjaya. Tempat kerja aku sekarang ni macam best je kot. Sebab orang2 die setakat ni sume macam baik2 belaka je. Xde lagi la yang sombong-sombong atau garang-garang. Dalam meeting pun sume boleh gelak-gelak lagi.

Pagi tadi aku sampai lambat sebab terpaksa melepaskan tren sebab dah penuh sangat. Jadinye, aku sampai 10minit lambat dan meeting pun dah mula. Tebal gile muka nak masuk bilik meeting tu. Tapi ok2 je la. Tak pulak kene marah ke, halau ke, macam kalau dengan madam asiah kat uia dulu. Huhu... Tapi tak taw la kalau nanti die diam2 tolak gaji. Pasrah je la..

Tadi dalam meeting bos ade propose nak pegi Yunan atau hatyai untuk annual trip. Haha.. Kedengaran seperti BEST GILEEEEE!!! Lepas tu once or twice a week akan diadakan upacara bermain badminton beramai-ramai dikalangan staff untuk meninggkatkan kesedaran kepentingan sukan. Bos kate, 'you work work work, nanti forget about your health'. Haha.. Bagus gile bos. Lepas tu nanti tiap2 bulan akan ade gathering dan dalam gathering tu akan sambut birthday untuk sape yang birthday die bulan berkenaan. Haha.. Can't wait until DECEMBER!!! =)))

Oh!! Dan jugak, nanti bos nak buat English Course sebab nak mendidik staff tentang kepentingan bahasa Inggeris. Macam tadi, mase sorg2 kene report perkembangan projek yang dihandle, ade yang cakap bahasa Melayu. Bos cakap, next time cakap jugak English walaupun broken teruk pun. At least can understand maa.. haha..

Tapiiiii.. yang kurang bestnya, internet ofis ni block rangkaian social network seperti facebook, twitter dan sebagainya. Makanya, aku mungkin akan lebih rajin update blog dari update status kat facebook. Dan juga lebih kerap update twitter melalui fon sebab kadang-kadang bosan. Huhu.. Google Plus tak block. Maka, marilah beramai-ramai create google plus. Tapi, bukan social network saje, malah yahoo mail pun die block. Ishhh.. Tu aku tak paham nape. Gmail tak block pulak. Annnndddd... dropbox pun die block jugak.. Grrr.. aku baru ingat nak cerita pasal grad hari tu. Tapi gambar kat dropbox. So, tak syok la update xde gambar. Annnddd.. Pendrive pun xleh cucuk!!!! Grrr.. Security melampau!! Stress aku!! T__T Makanya, hanya dirumah je la kalau nak update cerita bergambarajah. Tu pun kene berebut PC dengan Mus'ab lagi. Heihhh.. -___-"


Jadinya, setakat ini sajelah buat masa sekarang. Babai.. =))

Friday, October 7, 2011

Kanak-kanak Mangsa Penipuan Keluarga

Tiba-tiba aku teringat zaman kanak-kanak aku. Mase tu banyak jugak la yang aku dah kene 'kencing' dengan abang2 dan kakak2 dan tak kurang jugak hebatnya mak bapak. Memandangkan aku ni bongsu, jadi ramai la yang dapat menipu aku yang naif ini.

Salah satunye yang aku percaya sangat-sangat adelah mengenai seutas tasbih ni. Tasbih tu abang aku punya. Abang mane satu aku pun tak pasti. Tasbih tu warna coklat. Dekat tangkai tasbih tu ade la macam lubang bentuk pintu masjid yang ade arch kat atas die yang kalau dalam Quran pun ade jugak simbol tu kat certain ayat untuk sujud tu. Ape tah name simbol tu. Aku lupa. Lubang tu lutsinar dan ditutup dengan benda yang macam kaca tapi bukan kaca. Alah, senang kate benda lutsinar lah. Abang aku kate, kalau kita menengok terus ke lubang tu, kite boleh terus nampak Ka'abah. Aku pun tengok la dengan bersungguh2 dengan bijik mate. Dah la lubang tu kecik gile. And ape tah yang aku nampak. Dan aku pun memang percaya yang aku tengok tu memang betul2 Kaabah. Makanya, setiap hari la aku akan mencari tasbih tu untuk melihat perkembangan orang-orang Mekah. Lame jugak la hal tu berlarutan. Sampai la aku dah besar sikit, baru aku sedar yang sebenarnya, semua tu tipu je. Ceitt..

Dulu ade satu gurindam. Hurmm.. aku pun tak pasti die ni masuk dalam kategori ape. Bukanlah gurindam pun. Sebab gurindam ni slalunye bende2 yang indah2 je. Nak kate pantun pun bukan jugak. Jampi serapah mungkin.... Die berbunyi begini...

"Tor Kambing Tor,
Makan Buah Bulang,
Malam Tak Tido,
Ngintai Anak Orang."

Ade tak sape2 selain anak2 DK pernah dengar jampi serapah merepek sebegini? Ni bapak aku yang ajar. Lepas tu die kate, kalau siang2 kite ucapkan ayat-ayat tu, nanti malam, Tor Kambing Tor datang mengintai orang tu tidur. Tor Kambing Tor tu rupe die macam kambing. Ade tanduk. Tapi badan die macam manusia. Dalam imaginasi aku, Tor Kambing Tor tu pakai glove pekerja lori sampah dan jaket flourescent polis trafik. Kalau siang2 aku tersebut ayat-ayat tu dalam hati, mule la tak senang duduk lepas tu. Takut Tor Kambing Tor datang mengintai malam nanti. Tapi aku tak faham ape motif bapak aku sebenarnye. Dah die yang ajar dan bagi aku hafal ayat tu, tapi xleh plak nak dipraktiskan. Kalau camtu baik takyah bagi taw!!

Mase kecik2 aku rapat dgn kakak aku yang paling besar skali. Tapi mase tu die tak duduk kat rumah. Die keje kat kolumpo. Bile sekali sekala die balik, mesti aku nak tidur dengan die. Tapi bilik die bagi aku scary. Sampai sekarang ni pun aku masih tak berani tidur situ. Tak taw pasal ape. Huhu... Berbalik kepada cerita asal. Bile tidur dengan die kat dalam bilik yang scary tu, aku slalu la nak menghimpit2 die tidur rapat-rapat sebab takut. Lepas tu die cakap, kalau time kite tidur, kite tak boleh tinggalkan ruang yang besar kosong. Macam kalau aku tidur rapat ke die, so, sebelah aku akan ade lagi banyak space la kan. Die kate tak boleh macam tu. Sebab nanti bile dah tengah2 malam, hantu jalan-jalan, lepas tu die tengok ade space kat sebelah aku tu, die pun berhenti dan baring sekejap. lepas tu die cakap "oh, selesa la pulak baring sini". dan hantu tu pun terus tidur kat sebelah aku tu sampai pagi. Aku mati-mati percaya. Mulai dari hari tu, struggle aku tidor mengangkang untuk mengelakkan hantu datang tidur sebelah aku. Kalau tak pun, aku taruk la bantal ke, ape ke, nak kasik space tu tak kosong. Tapi kadang2, sampai dah besar camni pun aku masih buat camtu jugak. Huhu.. Bukan ape, berwaspada.. Huhu..

Pernah dengar tak cerita pasal kalau kite makan nasik tak habis, nanti nasik tu menangis. lepas tu kalau dicampak ke laut, jadi mutiara? Aku ingat lagi satu malam, aku makan nasik tapi aku tanak habiskan. Lepas tu abang aku datang dan cakap kene habiskan jugak. kalau tak nanti nasik tu nangis. Then die suruh aku tengok nasik tu dekat2. Nasik tu bergoyang!! Tu maksudnya nasik tu tengah nangis sebab aku tanak makan die. Mase tu aku pun merasa takjub! Ye la..nasik tu goyang.. nasik tu nangis.. padahal mase tu abang aku yang goyangkan meja. Tapi of kos la mase tu aku betul2 percaya yang nasik tu memang menangis. Tak gune!! Hidup2 die tipu aku.


Mak aku pun tak kurang hebatnye dalam aktiviti persekongkolan penipuan anak naif ini. mak aku kate, ulat gonggok, kite tak boleh langkah. Sebab kalau kite langkah, nanti malam2 time kite tidur, die datang cari kite. Lepas tu die masuk berlingkar dalam pusat. Mase kecik2 memang la selalu sangat jumpe ulat gonggok ni. Dan kalau terlangkah memang la cuak. malam tu susah nak tidor. Tidur pun pakai seluar trek yang cekak kat kaki sebab takut nanti ulat gonggok masuk ikut kaki seluar. lepas tu baju tuck-in. Selamat sikit. nanti die xleh masuk ikut baju. Kadang-kadang tu sambil tidur, tangan taruk dalam pusat. Supaya ulat gonggok tak masuk. Menyiksa betul aku mase tu. -__-"

Dekat rumah aku ade satu lembing ni. Abang aku kate lembing tu bapak aku punye. Die cakap bapak aku pernah bunuh orang jepun gune lembing tu. Aku percaya. Dalam imaginasi aku, ade pompuan jepun pakai kimono kaler merah dan kasut terompah, dan muke putih melepak datang rumah aku, dan bapak aku dengan gagahnye menusuk perut pompuan jepun tu dengan lembing dan mulut die pun keluar darah sambil tangan die memegang perut dan mula rebah ke bumi. Tapi dah lame2 aku terfikir, mungkin orang jepun yang abang aku maksudkan tu, bukannye pompuan jepun pakai kimono, tapi adelah askar jepun. make sense jugak. tapi dah bertahun-tahun lepas tu baru aku terfikir, mase jepun masuk tanah melayu, bapak aku pun kecik lagi. Kejadah apenye bapak aku nak bunuh jepun?!!!

Tu baru sikit. Banyak je lagi yang aku kene tipu. Tapi aku pun tak ingat. Huhu.. Nasib le. Hidup aku memang penuh dengan penipuan... T__T!

Monday, October 3, 2011

Ini Semua Sebab Miscommunication!!!


Manusia dalam dunia ni semua lain-lain. Kalau dari segi lahiriah, kite sendiri tengok pun dah tahu. Orang ni macam ni. Orang tu macam tu. Itu yang luaran. Kalau dalaman lagi lah lain.

Sebagai contohnye, ade orang rase yang bunyi aliran air sungai tu paling menenangkan. Ade orang rase suara orang mengaji lagi menenangkan. Tapi bagi aku, bile dengar bunyi mesin fotostat dan printer pun aku dah rase hati aku lapang.

Ade orang suka makan pedas. Ade orang tak boleh makan pedas. Sesetengah orang tak lalu makan kalau takde sambal belacan atau cili potong atau bende2 yang pedas. Tapi kalau orang macam aku, yang pedas tu la yang aku tak lalu nak makan.

Ade orang yang suka makan bende yang sedap-sedap dulu. Sebab die akan rase tak sabar nak makan bende yang die suke. Tapi kalau aku, aku habiskan yang tak sedap dulu. Lepas tu baru makan part yang paling aku suka. Save the best for last katenye.

Dari bende2 remeh macam tu pun kite dah boleh nampak yang setiap manusia ni berbeza pendapat, pemikiran, tingkah laku, minat dan sebagainye. Setiap orang mempunyai point of view yang tersendiri. Ade orang slalu fikir yang negatif side dulu. Ade orang fikir yang positif side dulu. Jadi tak ade yang betul, tak ade yang salah.

Macam contohnya, orang yang suke tengok cerita aksi tak boleh la nak perlekehkan orang yang suke tengok cerita cintan-cintun. Sebab mungkin bagi orang yang suke tengok cerita cintan-cintun, die rase cerita yang die tengok tu buatkan die happy2 sweet dan die memang suka perasaan begitu. Mungkin jugak orang yang suka tengok cerita aksi rase bile tengok cerita macam tu buatkan die rase teruja. Dan dengan menonton cerita sebegitu, die rase bersemangat dalam kehidupan die. Jadi, dua dua pun betul. Tak ade yang salah.

Dalam konteks bilamana ade dua pihak bertelagah atau berselisih pendapat, itu adelah kerana mereka merasakan yang pemikiran merekalah yang paling betul di dunia. Macam contohnya kalau A terasa hati dengan B, A tak boleh terus berfikir buruk pasal B. A kene tahu, dalam situasi yang dialami oleh B, mungkin ade sebab kenapa B harus bertindak demikian yang akhirnya menyebabkan A terluka hati. B jugak tak boleh nak menuduh yang A adelah seorang yang oversensitif atau tu-pun-nak-terasa. Sebab B tak tahu ape yang A fikir.

Senang kate, dalam situasi tersebut, A memang wajar terasa dengan tindakan B. Tapi, dalam masa yang sama, tindakan B yang menyebabkan A terasa tu adelah juga tak salah sebab ade situasi yang die lalui yang menyebabkan die terpaksa bertindak sedemikian. Dan tindakan B juga adelah wajar. Jadi, isu perselisihan faham ni takkan timbul kalau dua dua pihak memahami satu sama lain dan tidak merasakan hanya dialah orang yang paling betul di dunia. Die kene tahu, lain orang, lain pemikiran.

Kesimpulan die, kau tak boleh anggap kau je yang betul dan semua orang salah. Kau jugak tak boleh nak harap orang lain paham kau kalau kaw sendiri tanak cube memahami orang lain.

------wah.. aku rase, ni la penulisan aku yang paling matang pernah aku buat.. Anda rase tak ape yang aku rase? huhu...