Aku cakap, "saya tanak ade banyak duit".
Orang cakap, "semua bende perlukan duit, nak masuk toilet pun kene bayar, kalau takde duit susah la hidup kite".
Itu cakap orang yang gile duit. Aku tak nafikan yang duit tu memang lah penting. Aku pun memang nak duit. Kalau aku tak perlukan duit, xde la susah-susah aku pergi kerja hari-hari bangun subuh-subuh sepe'ie. Pergi kerja pun perlukan duit. Duit tambang, duit makan, duit beli waffle choclate dekat Nelson Kelana Jaya lepas tu balik makan sorg2 dalam bilik. Aku memang perlukan duit. Memang kalau xde duit aku susah.
Jadi, nyatalah duit tu memang penting. Tapi 'ada duit' tu je yang penting. 'Ada BANYAK duit' tak perlu pun.
................................................................
Orang cakap, "kalau ade cara nak dapat duit dengan lebih senang dan cepat, kenapa nak buat cara susah?"
Aku cakap, "saya tanak dapat duit dengan senang. Saya nak dapat duit yang saya usahakan. Macam tu saya lagi puas hati."
Same macam diatas tadi la. Aku bukan orang gile duit. Kalau aku gile duit, aku awal-awal lagi aku tolak offer kerja aku sekarang. Gaji sikit. Jauh pulak tu. Baik aku terima je offer yg lagi satu aku dapat dulu. Gaji lagi banyak. Dekat pulak tu. Kenapa aku bodoh sangat pilih jalan susah?
Sebab aku nak buat benda yang aku suke. Benda yang aku puas hati. Duit yang aku tahu hasilnya datang dari mana. Benda yang aku usahakan sendiri. Macam tu lebih berbaloi.
Aku memang kejar duit. Sape cakap aku tak kejar duit? Kalau aku tak kejar duit, baik aku sambung belajar dalam bidang yang aku minat. Aku puas hati jugak. Dapat benda yang aku minat, at the same time, aku xyah nak susah2 nak jadi kuli orang. Jadi, aku memang kejar duit.
................................................................
Orang cakap, "awak tanak ke hidup senang. Bukan untuk awak sorang je. Awak kene fikir untuk kesenangan anak-anak awak jugak."
Aku cakap, "tanak. Saya memang dari kecik cita2 nak jadi orang biasa2 je. Bukan nak jadi orang berada."
Orang cakap, "awak cakap macam tu sebab awak dah selesa dengan hidup awak sekarang. Ade mak bapak, adik beradik awak tolong".
Aku berasal dari keluarga yang memang bukan senang pun. Terus terang aku cakap. Dulu bapak aku kerja pak guard je. Lepas tu ade la buat kerja menyukat tanah sikit2. Toreh getah jugak. Mak aku dulu jage anak2 orang. Tapi bile dah tak jaga anak orang, mak aku kerja basuh kain kat rumah cina. Sape kate aku orang senang?
Bapak aku kerja teruk2 gaji sikit. Boleh je besarkan anak-anak die 7 orang sume makan pakai cukup, pendidikan cukup. Tak pernah la pulak aku dengar cerita bapak aku pinjam duit orang kampung ke, pinjam ceti ke, pinjam along ke. Boleh je survive dengan duit sikit 9 beranak. Tak de masalah pun.
Dan aku tak rase aku susah pun. Aku rasa aku hidup selesa je walaupun mak bapak aku tak kaye. Memang la aku tak dapat semua yang aku nak. Tapi semua yang aku perlu, aku dapat.
Jadi, selfish la aku ni. Sebab aku dah selesa dengan hidup aku sekarang, aku tanak earn lagi banyak duit, tanak bagi anak-anak aku senang. Tanak fikir mase depan pendidikan diorang.
Bukan aku selfish. Sape tanak anak die blajar tinggi2. Aku pun nak anak2 aku jadi orang berjaya. Tapi tak perlu la nak sediakan semua benda dengan cukup perfect. Kalau ditakdirkan jugak nanti aku jadi kaya, mampu nak sekolahkan anak-anak aku dekat sekolah elite, aku masukkan je la kat sekolah elite. Tapi kalau ditakdirkan aku tak mampu, sekolah kerajaan je dah cukup. Xde masalah. Adik-beradik aku pun sekolah kerajaan. Tak de ape yang kurang pun.
Kalau ikutkan, bapak aku memang tak mampu nak masukkan aku kat universiti dengan duit sendiri. Tapi PTPTN kan ade. Ape masalah? Kalau aku lagi pandai, JPA kan ade. Apply je la. Tak de masalah.
Jadi, nanti anak-anak aku nak sambung blaja kat university, apply je la PTPTN. Lepas habis belajar bayar balik sendiri. Jadi, diorg kene la usaha sendiri belajar pandai2 biar senang dapat kerja lepas tu kerja gaji banyak lepas tu boleh bayar balik cepat. Kalau nak lagi senang, belajar je rajin2. Apply scholar. Tak payah bayar. Cuma kene maintain CGPA je la. Ape masalah?
............................................................
Orang kate, "awak tak kisah nak bayar hutang PTPTN, hutang rumah, hutang kereta sampai umur 50-60 tahun, sebab ramai orang memang buat macam tu. Sebab tu awak nampak bende tu macam biasa je".
Aku cakap, "memang saye nak jadi orang biasa-biasa. Saya tanak jadi orang luar biasa."
Kesimpulan: katakan TIDAK kepada SKIM CEPAT KAYA!!
wow. artikel paling matang setakat ini
ReplyDelete