Pages

Monday, October 3, 2011

Ini Semua Sebab Miscommunication!!!


Manusia dalam dunia ni semua lain-lain. Kalau dari segi lahiriah, kite sendiri tengok pun dah tahu. Orang ni macam ni. Orang tu macam tu. Itu yang luaran. Kalau dalaman lagi lah lain.

Sebagai contohnye, ade orang rase yang bunyi aliran air sungai tu paling menenangkan. Ade orang rase suara orang mengaji lagi menenangkan. Tapi bagi aku, bile dengar bunyi mesin fotostat dan printer pun aku dah rase hati aku lapang.

Ade orang suka makan pedas. Ade orang tak boleh makan pedas. Sesetengah orang tak lalu makan kalau takde sambal belacan atau cili potong atau bende2 yang pedas. Tapi kalau orang macam aku, yang pedas tu la yang aku tak lalu nak makan.

Ade orang yang suka makan bende yang sedap-sedap dulu. Sebab die akan rase tak sabar nak makan bende yang die suke. Tapi kalau aku, aku habiskan yang tak sedap dulu. Lepas tu baru makan part yang paling aku suka. Save the best for last katenye.

Dari bende2 remeh macam tu pun kite dah boleh nampak yang setiap manusia ni berbeza pendapat, pemikiran, tingkah laku, minat dan sebagainye. Setiap orang mempunyai point of view yang tersendiri. Ade orang slalu fikir yang negatif side dulu. Ade orang fikir yang positif side dulu. Jadi tak ade yang betul, tak ade yang salah.

Macam contohnya, orang yang suke tengok cerita aksi tak boleh la nak perlekehkan orang yang suke tengok cerita cintan-cintun. Sebab mungkin bagi orang yang suke tengok cerita cintan-cintun, die rase cerita yang die tengok tu buatkan die happy2 sweet dan die memang suka perasaan begitu. Mungkin jugak orang yang suka tengok cerita aksi rase bile tengok cerita macam tu buatkan die rase teruja. Dan dengan menonton cerita sebegitu, die rase bersemangat dalam kehidupan die. Jadi, dua dua pun betul. Tak ade yang salah.

Dalam konteks bilamana ade dua pihak bertelagah atau berselisih pendapat, itu adelah kerana mereka merasakan yang pemikiran merekalah yang paling betul di dunia. Macam contohnya kalau A terasa hati dengan B, A tak boleh terus berfikir buruk pasal B. A kene tahu, dalam situasi yang dialami oleh B, mungkin ade sebab kenapa B harus bertindak demikian yang akhirnya menyebabkan A terluka hati. B jugak tak boleh nak menuduh yang A adelah seorang yang oversensitif atau tu-pun-nak-terasa. Sebab B tak tahu ape yang A fikir.

Senang kate, dalam situasi tersebut, A memang wajar terasa dengan tindakan B. Tapi, dalam masa yang sama, tindakan B yang menyebabkan A terasa tu adelah juga tak salah sebab ade situasi yang die lalui yang menyebabkan die terpaksa bertindak sedemikian. Dan tindakan B juga adelah wajar. Jadi, isu perselisihan faham ni takkan timbul kalau dua dua pihak memahami satu sama lain dan tidak merasakan hanya dialah orang yang paling betul di dunia. Die kene tahu, lain orang, lain pemikiran.

Kesimpulan die, kau tak boleh anggap kau je yang betul dan semua orang salah. Kau jugak tak boleh nak harap orang lain paham kau kalau kaw sendiri tanak cube memahami orang lain.

------wah.. aku rase, ni la penulisan aku yang paling matang pernah aku buat.. Anda rase tak ape yang aku rase? huhu...

No comments:

Post a Comment