Wednesday, December 12, 2012
Macam Telefon Buruk lah...
Pernah tak main satu permainan 'telefon buruk'? Biasanya orang main time dekat sekolah atau kem motivasi ke, kem pengawas dan sebagainya. Cara main die, cikgu akan bagi satu ayat lepas tu orang yg first akan bisik kat orang second, lepastu org 2nd bisik kat org 3rd, sampai la habis. Lepas tu orang yang last kene cakap balik ayat tu. Macam contohnya
1: Ali suka makan nasi kari
2: Ali suka makan nasi basi
3: Ali suka naik bas
Camtu lah lebih kurang. Last2 skali mesti takkan same dengan yang sebenarnya. Lepastu cikgu akan explain la tentang pentingnya ketelitian mendengar dan kepekaan telinga dan kekuatan ingatan bla bla bla...
Lepas tu ade lagi satu game ala-ala inovasi telefon buruk ni jugak. Tapi die versi gambar. Bagi nama TV buruk boleh kot.. huhu... Macam dalam Running Man. Orang first akan disuruh lukis satu gambar. Lepas tu die kene tunjuk gambar yg die lukis kat org 2nd. Lepastu orang 2nd kene lukis balik, lepas tu tunjuk kat org 3rd, sampai la habis. Lepas tu orang last kene tunjuk balik ape yg die lukis. And tengok adekah same dengan lukisan orang 1st. Macam contohnya orang 1st kene lukis gambar gasing, pastu setelah di interpret oleh beberapa orang di tengah, last2 orang last lukis lolipop.
Cikgu cakap, disitu lah pentingnya cara kita observe benda dan cara kita interpret gambar yang kite lihat dan lukis balik dengan 'key features' objek tersebut yang mana, sesiapa yang tengok boleh faham ape yang kita cuba sampaikan.
Aku rasa, bende ni, die ade makna satu lagi. Dalam konteks telefon buruk, ia adalah macam kalau kite dengar ape yang orang cakap, tak semestinya itu adelah situasi sebenar yang berlaku. Sebab cara bercakap, intonasi suara, gaya dan karektor orang yang menyampaikan sangat2 memberi pengaruh terhadap maklumat yang disampaikan.
Macam contohnya, Abu dengan Kassim tengah sembang2 sambil gelak2 then Kassim cakap "Ali tu sengal lah.. hahaha.." Lepastu Abu cerita dekat Ali "weh Kassim cakap ko sengal.. haha.." and lepas tu, interpretasi Ali terhadap Kassim adelah, "Kassim tak suka Aku". See macam mana benda ni berlaku? Yang pada asalnya benda yang sekadar gurauan apabila di salah tafsirkan, akan jadi perkara lain pada akhirnya.
Sama konsep macam kes aku sebelum ni la. Kes 'Samsung-Apple'. Pada siapa yang tahu kisah tu lah. Bende yang dicakap secara santai yang akhirnya dipandang serius lalu mengakibatkan pergaduhan pecah belah ungkit mengungkit dan sebagainya. Padahal, bende simple je pun...
Dalam konteks TV buruk pulak, ia adalah mengenai sesuatu yang berlaku, dan cara orang bercerita tentang situasi tu. Macam contohnya, Ali tengok ade eksiden depan UIA. Eksiden antara motorsikal dengan Kancil. Eksiden tu ringan je. Cuma penunggang motosikal kaki luka and berdarah. Lepastu Ali cerita dekat Abu, "weh tadi depan UIA ade eksiden. Kancil langgar moto. Orang moto tu kaki patah"
Lepastu, ape yang Ali gambarkan dekat Abu, apabila ditafsir oleh otak Abu, tak semestinya sama dengan ape yang dilihat oleh Ali. Ali cerita lain, Abu bayangkan lain. Get what I mean?
The message here is that, kalau kite dengar sesuatu dari seseorang tu, tak payah la nak 100% percaya terhadap ape yang yang disampaikan sebab ade banyaaaaaaaaaakkk gile faktor yang menyebabkan pemahaman kite dengan orang yang sampaikan maklumat kepada kita akan bercanggah. Bukan nak kata pihak kedua akan menokok tambah cerita kasik best ke ape. Even kalau pihak kedua tu bercerita exactly the same, tapi sebab ape yang ade dalam kepala orang kedua tu mungkin tak sama dengan orang ketiga. Interpretasi berbeza!
Jadi, dalam apa2 hal pun, silelah rujuk pihak sumber untuk mensahihkan berita sebelum anda berfikir yang bukan-bukan atau menuduh orang atau bermusuhan dan sebagainya. Siasat!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment