Pages

Saturday, July 27, 2013

Luar Biasa Yang Biasa-biasa

Someone: Ade boyfriend tak?

Me: Err.. Takde. Kenape?

Someone: Serious takde? Sebelum ni tak pernah ade ke?

Me: Haah. Takde.

Someone: Takkan tak pernah ade?

Me: Ye.. takde. Kene ke ade?

Me: *blurr*

Someone: Eh.. takdelah.. hehe...

Itu adelah salah satu perkara yang kalau mengikut garis panduan kehidupan bersyariat sepatutnye tidak berlaku, tetapi di pandang terlalu mainstream dalam masyarakat. Betul tak? Couple. Perkara normal. Kakak kite couple. Abang kite couple. Mak cik pakcik, orang sebelah rumah, kawan-kawan. Semua pun couple. Sape yang takde couple pulak yang dipandang pelik. Tapi bukan ke dia sepatutnya vice versa? Tak couple tu normal. Yang couple tu yang pelik. Bukan ke garis panduan Islamiah kite macam tu?


--------------------------------------------------------------------------------------

Pada suatu malam yang tenang di bulan Ramadhan al- Kareem, aku pun tengah tengok rancangan "Assalamualaikum Bro, Tolong Jawab". Mengikut perkiraan aku, ni cerita macam soal jawab berkaitan hal-hal Islamik la.. Sebab yang tukang jawab die pun Imam Muda Asyraf. Ok la fine je la cerita die. Pastu tibe2 ade satu segmen lagu raya parody pulak. And yang memparodykan lagu raya tu pulak is BOBO!!! What the fishhh Bobo?? Terus berdenyut medula oblongata aku dengan rate 7 denyutan sesesaat. Kan tu rancangan berbentuk Islamik? Why 'Bobo' is soooooo mainstream sekarang? Dekat Perak.fm pun, kan sebelum nak tunggu azan berbuka tu ade banyak2 iklan dulu, pastu adelah iklan produk memutihkan kulit yang 'dilakonkan' oleh sekumpulan lelaki kategori 'nyah' ni. Cakap pasal die pakai produk ni, pastu kulit gebu  la halus mulus bagai. Seriously? Why these 'nyah' thing is sooo mainstream nowadays? Takleh ke pakai 'pelakon' perempuan? Haihhh.. Pengsannnn... Ni dah macam menggalakkan kewujudan kaum seperti itu.

Bukan la aku nak kate manusia spesis seperti itu patut dipancung or di bunuh ke ape ke. Basically they are just human. Same je macam kita. In fact, mane tahu, diorang lebih banyak pahala dari kita. Benda macam ni tak boleh kita nak judge. Betul. Tapi please la... Tindakan memainstreamkan golongan seperti ini macam hanya menggalakkan lebih banyak kemunculan orang2 sebegitu. Macam we are sending signals that "being 'nyah' is okay. Socially acceptable".

-----------------------------------------------------------------------------------------


Satu scene dalam filem Melayu dimana sepasang kekasih ni tengah date, bermesra-mesraan. Peluk-peluk bagai. Sebagai contoh aku petik dalam cerita SAM. Yang pelakon die shaheizy Sam dengan Lisa Surihani tu. After kerja diorg pergi I-City main salji la bagai, peluk2 bagai. Selaku penonton, kite akan rasa "awww.. so sweet". Tapi bile fikir-fikir balik, benda macam tu, kalau in real life, ade couple melayu buat camtu depan kite, tak ke kita rasa nak bagi penampar je kat seko-seko? Tapi dalam filem tu, kite tak rasa ape pun. Rasa 'sweet'. Maksudnye, benda ni masih terkawal la kot dari segi penerimaan masyarakat Malaysia Melayu Muslim. Kalau secara nyata menentang. Kalau dalam TV takpe. Tapi aku terfikir macam through TV, kite secara unconsciously dah accept benda ni. Tak lama lagi mungkin kite akan boleh menerima benda ni secara terbuka. Mungkin.

Satu lagi contoh ialah dalam cerita Istanbul Aku Datang. Kan Lisa Surihani kene tipu masa die nak sewa rumah. End up sebenarnye rumah tu rumah Beto Kushairy. And Lisa insist die tak nak pindah sebab die dah takde duit. And penonton pun macam berfikiran "haaa.. takpe la duduk serumah.. sweet la korang gaduh-gaduh camtu. Sweet sangat".. Haa.. Nampak tak camane permainan media kat situ?


5 comments:

  1. Terlalu byk benda haram dah dimainstreamkan skg klu nak sebut satu2 sampai esok oun tak habes.

    ReplyDelete
  2. Terlalu byk benda haram dah dimainstreamkan skg klu nak sebut satu2 sampai esok oun tak habes.

    ReplyDelete