Pages

Monday, January 9, 2012

Ceritera Pindah Randah

Dah nak masuk bulan ke 4 dah aku kerja dekat kuchai lama ni. Kirenya dah 3 kali dapat gaji la.. hahaha.. Kan sebelum ni aku menginap kat kelana jaya. Bagi yang follow twitter aku, tahu lah acap kali pagi-pagi aku meroyan dengan servis ktm yang "terbaekk". Lepas tu petang-petang pulak bising-bising lapar, penat, ngantuk, bas lambat, dan sebagainya. Biasalah, twitter memang medan untuk komplen2. haha..

Oleh itu, aku telah mengambil keputusan untuk menyewa bilik dekat2 sini. Dan kebetulan ade pulak yang dekat dan murah. Dekat yang amat sangat. Lagi dekat dari jarak aku jalan kaki pergi balik tadika kemas dulu. Dengan itu, harap aku tak lagi datang lewat ke tempat kerja lantas membolehkan aku didenda rm10 setiap kali. Bulan lepas, campur 2 bulan lepas punya denda pun aku tak bayar lagi. Account dept tak datang kutip, aku buat2 diam je lah.. huhu

yang kaler merah bumbung ofis, yang kaler hijau bumbung rumah. Dekat tak? Dekat tak? huhu.. 4 minit jalan lenggang kangkung.

Operasi pindah randah aku dibantu Pendi sebab BasriDK tak available, die kene jadi mr.Mama. Bukan saje tanak pospone pindah minggu depan, tapi aku dah tak larat nak meroyan dah. Hari-hari balik keje habis masa dan tenaga je. Dah la tren time petang2 payah nak dapat seat. Tu yang hari2 balik dah longlai tu. Sejam berdiri. Tu belum campur menapak lagi tuh. huhu..

"Kepada basriDK, terima kasih kerana sudi memberi perlindungan dan menyara saya selama 5 bulan makan tido percuma dirumah anda. Halalkan makan minumku juga. Oh, putik kapas, bedak johnson&johnson kamu pun orang kebas. Harap maklum. Lepas tu ade satu book stand kaler purple. Org xtaw tu kamu punye ke orang punye. Jadi orang ambik saje. Sebab kat dalam bilik tu ade lagi 2. Buku 'wang, anda & islam' kamu pun orang terambik. Buku 'dendam' yang org beli hari tu pulak tertinggal. Bacelah. Siryes menarik!"

"tengkiu juge kepada PendiDK yang sponsor tilam, almari, rak baju, dan sebagainye semalam. Dah la sampai rm400++. Tadi nak bayar balik die cakap "tak payah. Simpan duit kamu". Waaaahhhh.. tengkiu very much!! *die suruh simpan duit la, yang kaw sebok fikir nak joli kemane tu apehal?!!!

Bila dah pindah semalam, mula fikir bukan-bukan. "Macam mana kalau bilik ni haunted?" "sebelum aku masuk, brapa lama bilik ni kosong?". Ok cuak. Lepas tu semalam siryes xboleh tido langsung. Mata segar bugar. Macam tak pernah sesegar tu. Lepas tu dengan panas nye lagi. Kipas speed 5 masih panas. memang tak rasa angin langsung. Last tengok jam pukul 1.30. Lepas tu xtaw brapa banyak kali asyik terjaga. Then, pukul 3 terjaga lagi, and thats it! Tak boleh pejam mata lagi dah. Bangun, baca novel, then pukul 5.30 baru tido balik. haihhh.. Scary!!! Nyamuk jangan cite la. Dah la xde selimut. Nyamuk pun same macam aku tak boleh tido agaknye. Huhu..

Lepas keje tadi dah beli ubat nyamuk. Harap-harap malam ni ok. huhu...

5 comments:

  1. Selamat menempuh fasa hidup baru yg pastinya lebih mencabar. Gigitan nyamuk itu hanyalah muqaddimah.

    ReplyDelete
  2. @basriDK- haha.. mintak2 orang tak kene denggi cam kamu dulu.. huhu

    ReplyDelete
  3. wow hajar!! congrats!! serious matang habis dah siap sewa bilik. jaga diri elok2!

    ReplyDelete
  4. kena denggi tu pun baru muqaddimah ke 2

    ReplyDelete
  5. @sydney lemon
    kan..kan... i dah teramat matang sekarang!!! hahaha...

    @basriDK
    haha... skip je la mukadimah tu...

    ReplyDelete