Pages

Sunday, June 17, 2012

The 'Basic Structure' of Myself

Sesuka hati je aku letak tajuk cenggitu -____-"

Bila kadang-kadang kita dengar cerita orang tu, dengar cerita orang ni, pasal kisah hidup dia, kisah keluarga dia, buatkan kita rasa bersyukur sangat-sangat dengan apa yang kita ada walaupun tak sebanyak mana. Macam ada antara kawan aku yang datang dari broken family, mak bapak selalu gaduh-gaduh. Ade jugak yang mak bapak jenis diktator. Nak atur semua gerak-geri anak-anak die. Ade sesetengah tu, sampai baju raya kaler ape pun, still mak dia jugak yang kene tentukan. Haiyyoooo... Takdo freedom langsung!

Ingat lagi mase darjah 1 ke darjah 2 tah. Cikgu Hindon tanye. "sape mak ayah die selalu gaduh?". Lalu aku dengan konfiden pun angkat tangan.. -___-"
Lepas tu cikgu tanye "mak ayah awak gaduh sebab ape?". Aku sebenarnya bukan tahu ape. Sebab selalu dengar mak bapak aku dok argue2 sesama sendiri. Percanggahan pendapat mungkin. Bukan gaduh pun sebenarnye. Cuma aku je bodoh2 tak memahami. Lalu aku tak taw nak jawab ape kat cikgu Hindon, aku pun dengan konfidennya menjawab "err.. gaduh sebab nak beli lauk. Mak saya kate, patutnye bapak saya yang beli lauk, tapi bapak saye kate mak saya yang patutnye beli".

Bile dah besar2 ni aku teringat balik, WADDDEEEE!!! Apekah bongoknye aku di masa itu???!!! Hahaha.. Buat malu keluarga je.. -___-" Please forgive me mak abah kerana menconteng arang ke muka kalian di hadapan cikgu Hindon.. T____T

I am truly grateful sebab dapat parents yang macam parents saya. Mak bapak saya orang kampung, jadi tak taw banyak benda. Jadi, saya nak buat ape pun, mostly kene buat sendiri. Nak pilih kos ape, nak jadi ape, nak kerja ape. Semua diorang tak campur. Dan yang paling best sekali adelah saya tak pernah tunjuk result exam sejak dari matrik sampai la saye grad! Haha.. terbaik tak??? Seb baik diorg tak ambik tahu sangat. Dah la result teruk.. huhuhhu..

Pernah satu hari saya terdengar bapak saya cakap dengan cucunya (anak saudara saya) "kamu blajo rajin-rajin, nanti jadi macam acu". Omaigooddd... Kalau bapakku tahu result aku kat U ni, mesti die takkan cakap camtu.. *matila~~~

Dan saya sendiri pun tak pasti adekah bapak saya tahu saya bekerja sebagai ape sekarang, dan dimana. Huhu.. Sempoi tak daddy saye?? Tapi se sempoi-sempoi beliau yang tak kisah anak-anak dia nak buat ape, nak pilih jalan hidup macam mana, nak kawin dengan siapa, nak duduk mana, nak makan ape, nak buat ape, semua-semua, tapi anak-anak die semua elok je menjadi 'orang'. Xde la pulak yang jadi penjenayah ke ape. Xde pun yang menagih dadah ke, jual ganja ke, kaki kelab malam ke ape ke. Hebat tak bapak saya. Die tak pernah suruh anak2 perempuan dia pakai tudung. Yet, anak perempuan die semua pakai tudung. See what i mean?? Die punya power tu, tak yah susah-susah nak bukak mulut buat syarahan "wahai anak-anakku, ketahuilah kamu bahawasanya najis dadah itu patut dijauhi, memakan riba itu hukumnya haram, menutup aurat itu wajib, dan bla bla bla". Tak perlu bukak mulut, tapi masih di patuhi. Amazing bukan??

Tapi antara nasihat-nasihat dia yang jarang di patuhi oleh anak-anaknya sehingga berbuih2 mulutnya berpesan adelah seperti:

"Jangan potong kuku hari Selasa!!!"

"Jangan mandi malam!!"

"Jangan masak nasik goreng guna nasik semalam!!"

"Aja duduk rumah! Takyah ikut deme bejalan!!"

Yang last tu la yang paling selalu ingkar.. hehe...

Maka sebagai konklusinya, sebagai ibu bapa, tak yah nak kongkong sangat la anak2 anda tu. Asalkan anda berikan basic pendidikan agama dan sekular cukup la. Kalau basicnye dah kukuh, insyaallah, takkan goyah ye dak?

*mati la essay architecture aku tak siap lagi~~
 T____T

Friday, June 15, 2012

Entri Karangan Terpaksa

Di suatu petang yang hening ketika dalam perjalanan ke restoran sup gearbox di dalam kereta bos yang dipandu oleh bos, bos pun cakap:

"Hajar, I want you to write a short article about architecture. No need to be long. Just 200 words should be okay. We're going to publish it in our company newsletter".

Maka, inilah essay saye yang terhasil:


"Life of an Architect
Teacher: What would you like to be when you grow up?
Innocent student: Architect!!
Architect? Really? Would you really wanted to be an architect? Think twice. Or thrice.
Being an architect may sounds glamorous and fascinating. But the reality is not what most of people could imagine. Enrolling in any architecture schools means that you’re destroying your social life. Seriously. Have you ever seen an architect hanging out every night with their friends, partying all night with joyful soul? If you did, you better check their cert.

What you’ve seen on TV’s drama about architects’ life? They are really successful man happily ‘visiting’ the site, with a bunch of plans in his hand, a broad smile on his face while explaining this to the contractor. Those are all craps.

An architect leads a miserable life. Trust me. Dealing with clients is not fun. Arguing with contractors is not fun either. Having to meet the deadline is worst! So, how can an architect smile on site after being whacked by clients, contractors, other consultants and so on? Don’t ever dream on peaceful weekends, holidays and vacations unless you switched off your cell phones and get ready for your funeral the next Monday.
But, on top of all these, being an architect is quite fun if you view it from a different perspective.
Standing in front of a building designed by your own self, is really an indescribable feeling. Glorious-joyful-mesmerizing-excitement if it could be put into words. It’s all about the hardship that has been paid off. Such a discreet feelings that money can’t buy.

Architects are not just anybody. Only tough souls can be an architect. To handle all the stress for daily workload, fussy clients, and evil bosses were really takes the gut. It is not an easy job. It is a born-to-be job. Who would design wonderful buildings that beautify the city so that the society would be happy? Some wonderful souls would need to take that responsible. Who are they? The architect. The humble souls that have the guts to takes up challenges.
So, ready to be one?"


Haha.. adoyai.. Xde idea pliss nak mengarang. Zaman mengarang essay dah lame di tinggalkan. Tapi aku tak submit lagi artikel ni. Konfem kene rejek. Huhu.. Nak kene pikir idea lain le pulokkk.. -___-"

Wednesday, June 6, 2012

Screw You Bad Mouth-er! -part 2


Macam mana kite nak buat kalau kite ade rasa tak puas hati dengan seseorang. Kite nak sangat sangat sangat luahkan perasaan dekat orang lain pasal yang kita tak puas hati dengan orang lain tu. Tapi kalau kita bercerita dekat orang lain, kita pun dikira mengumpat jugak. Kalau kita mengumpat jugak, dah tu ape bezanya kita dengan orang tu?

Sama. Tak de beza. Urgghhh.. Siryesly runsing. Felt like crying. But with no reason. I don't know. Even bos pun tegur cakap yang I look gloomy. Haihhhh... Dah memang gloomy pun. -____-"

I need to talk to somebody. Tapi tak boleh nak cakap. Kalau cakap kang cam mengumpat pulak. Huahhhh.. Dah nak explode ni! T_____T

Cakap dengan blog ni je lah.

"Dear blog. Aku menyampah betul la dengar orang tu komplen pasal orang ni, orang ni komplen pasal orang tu. Kalau tak puas hati tu, cakap je la depan-depan. Benci lah orang yang mulut 'makcik-makcik' sangat ni. Tapi tak boleh nak benci sangat. Sebab die sebenarnye baik. Cuma mulut die tu je yang kadang2 suka berprasangka buruk sangat terhadap orang lain. Tak boleh ke die tengok orang lain from a different perspective? Adoi.. Pening la. Jumpa orang ni cakap benda sama. Bila balik rumah, pun orang-orang dekat rumah cakap benda sama. Aaaaa... Nak muntah plissssss.... T___T. I need to run away from all these people. Please laa..."

Tuesday, June 5, 2012

Screw You Bad Mouth-er!

I truly hate those yang suka cakap2 belakang pasal orang tapi depan-depan buat macam xde pape!! Sangat sangat sangat sangat sangat tak suke! Betul-betul tak suka! Sekarang saya berada di dalam kondisi stress akibat orang-orang sebegini. Saya stress bukan kerana saya terdengar ade orang mengata saya di belakang saya, tapi saya stress mendengar orang mengata belakang orang lain.

Melayuuuuuu sangaaaat!!! Urghhh.. Tak boleh ke kalau tak bersembang pasal orang lain? Letih la nak dengar. Tak membina otak langsung pun. I'd rather spent my lunch hour sleeping taking a nap than bercerita pasal orang. Siryes nak muntah tak tahan dah. And i've already seen a doctor sebab selalu headache and die kate saya slalu sakit kepala sebab STRESS!! Yes.. Umpatan anda dan anda dan anda amat mengganggu  hidup saya walaupun orang yang diumpat itu adelah orang lain sebab saya tak suka nak dengar. Dengar sekali dua tak apelah. Tapi kalau selalu, saya tak boleh tahan. Arrgggggghhhhh...

Saya yakin saya bukan stress disebabkan workload di tempat kerja sebab saya rasa saya gembira dengan pekerjaan saya walaupun kadang-kadang kerja banyak dan asyik nak cepat lepas tu dok tukar sana, tukar sini, ini tak boleh itu tak nak. Benda2 macam tu, stressnye sekejap je. Tak lah membawak kepada rasa nak muntah pun.

Paling tak suka bila ade orang cakap macam ni. "eh. ko jangan percaya sangat dengan tuttt tu. Die tu bukan boleh percaya sangat. Baik takyah cite ape2 dengan die".

EErrrrggghhhh.. Screw you!!! I won't trust you either!!!!

Monday, June 4, 2012

Nervousness


Dekat ofis saya sekarang, kene isi satu form untuk update progress kerja. Name bendalah tu ialah 'to-do list'. Saya adelah antara orang yang paaaaaaling malas nak isi bendalah to-do list ni. Sebab ye lah, dah la hari2 kerja banyak, pastu nak update time sheet lagi, pagi-pagi dah update work progress mase morning briefing. Pastu lagi mau update 'to-do list' ka?? Brape banyak update daa...-___-"

Tapi kebaikan die adelah kita akan nampak flow kerja kita. Ape yg dah siap. Ape yang belum siap. Ape nak kene buat lepas ni. Mane satu prioriti. Kita akan lihat benda tu as a whole lah. Tapi masalahnya, saya tak mahu lihat semua. Sebab kalau saya lihat semua, saya akan jadi nervous a.k.a. gelabah. Die akan jadi macam "alamak!! borang ni xde lagi!!" "omaigod!! Drawing tu tak stat lagi!!" "shit!! aku lupe cari bende ni!!" haaa.. Macam tu lah. Jadi bertambah gelabah jadinye.

Macam sekarang ni. Saya rasa hidup saya berada di tahap yang agak kucar-kacir. Macam-macam bende yang saya nak buat. Sangat macam-macam. Tapi satu bende pun saya tak buat. Sebab ape? Sebab saya takut nak list downkan bende2 yang saya mesti buat. Sebab ape? Sebab nanti saya jadi nervous. -____-"

Benda yang saya perlu buat sekarang adalah:-
1) Study lebih mendalam pasal detail construction
2) Update portfolio
3) Study building by-law
4) Practice design
5) Practice Sketching
6) Blajar main at least beberapa lagu dengan baik
7) Update blog seminggu-seminggu
8) Tukar layout blog yang macam website rasmi kerajaan  ni (bak kate kimi)
9) Blajar revit
10) Polish skill sketch up dan photoshop dan rendering
11) Buat satu imaginary projek sendiri

Huwwaaarrgghh.. Banyaknye!!! Ni semua tak buat langsung pun lagi!!! Matilaa..... Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.. Nervous nervous nervous!!

Bye!

Sunday, June 3, 2012

Me VS Shopping

I actually love shopping too!! Tapi ikut mood. Tapi most of the time, saya MALAS!! Saya malas memlilih. Macam kalau boleh nak grab je pape, and then bayar, lepas tu balik rumah menyesal. Haha.. So, nak taknak kene gak la pilih2 sikit. Survey2 sikit kan.. Sikit je lah. Tapi yang tak boleh blah, ade orang yang jenis teliti semua brand, harga, semua bende before beli. Kalau bende2 macam jenis, baju, kasut, ke xpe la. Sebab bende2 tu kite nak guna lama, and ianya mahal.

Tapiiii.. kalau even nak pilih sabun basuh baju pun berjam2, adoyai!! Kalau sayelah kan, saya akan stick to one brand je. Macam kalau dah pakai Attack, akan stick to Attack. Tak pun Breeze ke ape ke. So, kalau nak beli pun, just go straight to that brand punya tempat, grab, and go. Kalau belek2 and fikir2 pun, sama ada nak decide utk beli yang 600ml or 1000ml ke, kira2 bajet sket. Mane lagi murah. Kalau brand2 yang tak brape nak kenal ni, sorrylah, I tak pandang.. Haha.. gile blagak. Tapi ade this 1 person yang i know, adoi, even nak beli sabun basuh pinggan pun, lama sangat. Nak compare kuantiti, harga, bau, kualiti. Argghhh.. This is killing me!! Just grab je la brand yang kau biasa pakai! Lupekan yang lain!! Xbleh ke camtu. Beza harga brape sangat je la pun. I may sound like berlagak gile, tak kisah harga, tapi siryesly, perlukah sampai teliti begitu? Tu baru sabun basuh pinggan, kalau nak beli kelengkapan satu rumah, mau 24jam baru siap kalau nak belek satu-satu.

Perkara merbahaya yang paling berbahaya di shopping mall adelah barang2 yang ade 'OFFER'. Macam contohnya mug murah2 ke, set pinggan mangkuk ke ape ke. Sebab nanti you'll end up beli sebab 'wah murahnya nak belilah!' tapi lepas tu tak guna pun lalu tersimpan begitu saja. Tu bahaya!

Saya rase tips shopping terbaik adelah, pergi membeli belah waktu anda sedang pokai habis. Yakni sehari sebelum gaji ke. What i did last time, was to go shopping 1 day before gaji. Duit dalam bank pun tak sampai rm10. Yakni memang xdapat nak cucuk la. Dan duit dalam tangan mase tu hanya ada Rm40. Jadi, mase ambik barang, terus kira harga. Compare harga sikit2, and bila terpandang benda yang tiada dalam senarai 'to-buy', terpaksa pendam nafsu itu. Lepas dah dapat yang betul2 perlu, kalau ade lebih, baru la beli jajan. I did it! Mase tu total just rm38 je. Bayangkan kalau saye pergi setelah gaji, for sure la 60 - 70 habes. Sebab kan ade bende2 murah yang akan buat kita fikir 'eh, 2ringgit je, murahnye, nak belilah!'

Lepastu saya jenis tak pandai shopping jugak. Maksudnya tak pandai cari yang murah dan berbaloi. Ini adelah berkait rapat dengan sikap 'grab n go' saya itu tadi. Ade orang jenis rajin shopping ni die tau kedai mane murah, kedai mane best. Jadi saya kadang akan jeles dengan orang yang macamni. "hey mane kau beli jeans harga rm25?? Aku tak penah jumpe pun!!" urgghh.. jeles!

Saya selalu berangan yang satu mall tu bapak saya yang punya, jadi boleh ambik semua bende sesuka hati, kalau xbest boleh tukar, boleh ambik yang baru boleh try semua brand. Seronoknye!!!