Pages

Saturday, July 27, 2013

Luar Biasa Yang Biasa-biasa

Someone: Ade boyfriend tak?

Me: Err.. Takde. Kenape?

Someone: Serious takde? Sebelum ni tak pernah ade ke?

Me: Haah. Takde.

Someone: Takkan tak pernah ade?

Me: Ye.. takde. Kene ke ade?

Me: *blurr*

Someone: Eh.. takdelah.. hehe...

Itu adelah salah satu perkara yang kalau mengikut garis panduan kehidupan bersyariat sepatutnye tidak berlaku, tetapi di pandang terlalu mainstream dalam masyarakat. Betul tak? Couple. Perkara normal. Kakak kite couple. Abang kite couple. Mak cik pakcik, orang sebelah rumah, kawan-kawan. Semua pun couple. Sape yang takde couple pulak yang dipandang pelik. Tapi bukan ke dia sepatutnya vice versa? Tak couple tu normal. Yang couple tu yang pelik. Bukan ke garis panduan Islamiah kite macam tu?


--------------------------------------------------------------------------------------

Pada suatu malam yang tenang di bulan Ramadhan al- Kareem, aku pun tengah tengok rancangan "Assalamualaikum Bro, Tolong Jawab". Mengikut perkiraan aku, ni cerita macam soal jawab berkaitan hal-hal Islamik la.. Sebab yang tukang jawab die pun Imam Muda Asyraf. Ok la fine je la cerita die. Pastu tibe2 ade satu segmen lagu raya parody pulak. And yang memparodykan lagu raya tu pulak is BOBO!!! What the fishhh Bobo?? Terus berdenyut medula oblongata aku dengan rate 7 denyutan sesesaat. Kan tu rancangan berbentuk Islamik? Why 'Bobo' is soooooo mainstream sekarang? Dekat Perak.fm pun, kan sebelum nak tunggu azan berbuka tu ade banyak2 iklan dulu, pastu adelah iklan produk memutihkan kulit yang 'dilakonkan' oleh sekumpulan lelaki kategori 'nyah' ni. Cakap pasal die pakai produk ni, pastu kulit gebu  la halus mulus bagai. Seriously? Why these 'nyah' thing is sooo mainstream nowadays? Takleh ke pakai 'pelakon' perempuan? Haihhh.. Pengsannnn... Ni dah macam menggalakkan kewujudan kaum seperti itu.

Bukan la aku nak kate manusia spesis seperti itu patut dipancung or di bunuh ke ape ke. Basically they are just human. Same je macam kita. In fact, mane tahu, diorang lebih banyak pahala dari kita. Benda macam ni tak boleh kita nak judge. Betul. Tapi please la... Tindakan memainstreamkan golongan seperti ini macam hanya menggalakkan lebih banyak kemunculan orang2 sebegitu. Macam we are sending signals that "being 'nyah' is okay. Socially acceptable".

-----------------------------------------------------------------------------------------


Satu scene dalam filem Melayu dimana sepasang kekasih ni tengah date, bermesra-mesraan. Peluk-peluk bagai. Sebagai contoh aku petik dalam cerita SAM. Yang pelakon die shaheizy Sam dengan Lisa Surihani tu. After kerja diorg pergi I-City main salji la bagai, peluk2 bagai. Selaku penonton, kite akan rasa "awww.. so sweet". Tapi bile fikir-fikir balik, benda macam tu, kalau in real life, ade couple melayu buat camtu depan kite, tak ke kita rasa nak bagi penampar je kat seko-seko? Tapi dalam filem tu, kite tak rasa ape pun. Rasa 'sweet'. Maksudnye, benda ni masih terkawal la kot dari segi penerimaan masyarakat Malaysia Melayu Muslim. Kalau secara nyata menentang. Kalau dalam TV takpe. Tapi aku terfikir macam through TV, kite secara unconsciously dah accept benda ni. Tak lama lagi mungkin kite akan boleh menerima benda ni secara terbuka. Mungkin.

Satu lagi contoh ialah dalam cerita Istanbul Aku Datang. Kan Lisa Surihani kene tipu masa die nak sewa rumah. End up sebenarnye rumah tu rumah Beto Kushairy. And Lisa insist die tak nak pindah sebab die dah takde duit. And penonton pun macam berfikiran "haaa.. takpe la duduk serumah.. sweet la korang gaduh-gaduh camtu. Sweet sangat".. Haa.. Nampak tak camane permainan media kat situ?


Friday, July 19, 2013

Hidup Dari Sisi Lain


Kalau di UIA, public transport untuk keluar hanya ada bas dan teksi. Bas ade 2 jenis. Bas Metro dan bas Rapid KL. Kalau nak ke LRT, naik bas Rapid. Tapi kalau nak pergi KL area jalan TAR, Sogo, Pudu dan kawasan yang sewaktu dengannye, aku prefer naik Metro.  Dulu aku pernah sembang dengan sorang kawan ni. Tapi aku tak ingat dengan siapa. Die cakap die tak suke naik Metro. Sebab macam-macam jenis orang. Lainlah kalau bas Rapid. Memang 99% warga UIA je yang naik.

Tapi bagi aku, aku suke naik Metro sebab kite boleh tengok macam-macam golongan. Bukan setakat golongan student UIA je. Bosan. Sebab bas Metro lalu jalan yang tak berapa nak bandar. Jadi kite boleh tengok gelagat orang-orang yang bukan senasib macam kite.

Aku paling tak boleh tengok orang miskin, especially budak2 dan orang tua sedang bergembira. Sangat tak boleh tengok. Bukan tak boleh tengok sebab sakit hati diorg tengah hepi2. Tapi sedih. Sedih bile tengok orang miskin gembira.

Pernah satu hari aku naik bas Metro dari UIA. Dalam bas tu ade ramai makcik2 cleaner. Haritu diorang semua baru dapat gaji. So, semua eksaited sangat nak pergi berbelanja dekat Ong Tai Kim. Ong Tai Kim okay. Tahu tak Ong Tai Kim tu macam mane? Ong Tai Kim ni pasar raya yang 10 kali lebih cikai dari Econsave la I would say. Aduh sebak aku time tu. Mak cik2 ni, nak enjoy lepas dapat gaji hanya pergi Ong Tai Kim. Tu pun diorang dah sangat seronok. Kite yang student ni? Dapat duit PTPTN, duit belanje mak ayah bagi, kite pergi mane? Pavi, KLCC, Midvalley, Wangsa Walk. Ong Tai Kim tu memang tak pandang dah. Benda yang kita tak pandang sebelah mata tu, bagi orang lain, nikmat yang sangat besar dah. Allah...

Ni cerita lain pulak. Dalam bas Metro jugak. Driver bas bawak anak die ikut sekali. Anak die dalam lebih kurang umur 5 ke 6 tahun macam tu. Die janji dengan anak die nak belikan KFC. Bile sampai area Ong Tai Kim tu, driver bas pun turun kejap pergi KFC. Dan kembali dengan bungkusan KFC. Dan anak die pun makan dengan eksaited. Yang ni pun bagi aku agak menyayat hati jugak. Sebab bagi budak tu dan driver bas, KFC adelah benda yang besar. Bukan selalu boleh makan. Benda mahal bagi seorang pemandu bas. Tapi demi nak ambik hati anak die, die usahakan. Kite? KFC bende biasa. Kalau nak celebrate pape, pergi Fish Manhattan, Carls Junior, Seoul Garden, tempat-tempat jauh lagi mahal. KFC tak pandang dah. Padahal bagi anak driver bas tu, dah cukup nikmat dah.

Lagi satu. Dalam bas Metro jugak. Tapi mase ni kat matrik PJ. Naik bas Metro. Dekat depan aku ade 2 orang budak pompuan umur dalam 5 ke 6 tahun dengan bapak die. Dari gayanya nampak macam bukan orang senang. Baju diorg pun koyak je. Dari perbualan budak pompuan 2 orang tu, aku taw diorang nak pergi mandi kat kolam KLCC. Eksaited sangat sangat sangat. Bapak die dekat tepi tu diam je. Muka macam susah hati. Aku wonder ape yang bapak die sedih sangat. And wonder mane mak budak-budak tu. Yang buat aku sedih adelah kegirangan budak2 tu nak pergi mandi kolam KLCC. Naik bas metro je kot pergi KLCC. Dan mungkin aku sedih sebab aku bayangkan bapak die tengah kumpul duit sebab dah lama janji nak bawak anak2 die pergi mandi. And budak2 tu sebenarnye dah takde mak. Haihh.. Mungkin aku terlalu banyak tengok drama.

Arghh.. aku tak tahulah ape yang aku cerita ni korang boleh dapat rase ke tak ape yang aku rasa bile tengok. Or mungkin aku yang terlalu emosional nak sedih2. Padahal orang tu biasa-biasa je.

Banyak je lagi benda menyayat hati yang aku masih ingat. Tapi takyahlah cerita semua. Nanti aku sedih. Hahaha... Tapi tu lah. Aku pun tak tahu kenapa aku mudah tersentuh bila tengok golongan macam ni. Mungkin sebab aku pun bukan berasal dari keluarga senang kot...

Wednesday, July 10, 2013

Masyarakat Padang Bola


Minggu lepas aku kena paksa  tengok perlawanan bola sepak antara skuad Seladang menentang The Red Warrior. Cewah.. Sebab tu last match yang kat Ipoh untuk season ni, maka kakak aku pun paksa ajak aku pergi tengok. Die belanja. Aku dengan baru balik dari beriadahnye, nak makan nasik pun tak sempat. Nak tengok bola punye pasal.. Haihh..

Kitorang sampai lambat sikit. So, duduk je la mane2 kosong. Tapi dapat tempat tak best. Silau gile spotlight. Tak brape nak boleh tengok padang la. Dengan internet phone aku yang takde line nye lagi, jenuh aku nak check in foursquare tak dapat. Apetah lagi nak bertuit. Dengan perut lapar lagi. Memang aku rase tengok kat rumah la lagi best. Boleh tengok sambil makan nasik. So, 1st half berlalu dengan aku tak brape nak konsentret atas faktor2 yang dinyatakan.

Bile break, kitorang duduk tempat lain. Yang kurang sikit silaunye. Boleh la tengok. Tapi tu pun aku tak brape nak konsentret kat match jugak. Aku lebih konsentret terhadap memilih murukku di dalam set kacang putih. Kan tengah lapar gile. Die punye kerepek ubi payah sket nak tarik. Plastik sempit. Dahtu murukku cacing tak banyak plak.. kacang pun. haihhh... Lepas tu dok berimaginasi kalau dapat dipadankan kacang putih dengan teh o ais alangkah nikmatnye... huhu..

Kat belah kanan aku ade sorang brader ni. Cakap loghat utara. Die dengan wife die. Yang aku tak puas hatinye dengan masyarakat di padang bola ni, asal player missed nak score goal je, penonton punye mencarut tak bleh blah. Dah langsung rase macam malaikat semua dok luar stadium je. Tak nak masuk. Haihhh..

Pada waktu itu, aku rase macam kesian gile dengan player semua dok kene maki2 dengan penonton. Rase cam nak pergi tepuk bahu sorang2 player lantas memberi kata2 semangat kepada mereka.. Ohh.. Gatai naa.. 

Nak nak lagi brader sebelah aku ni. Adoi.. Mulut cam tah ape je tah. Ce hang pegi masuk main tengok. Aku nak tengok hang terra ka tak terra.. Haihhh.. And wife die sebelah tu boleh je rilek je tengok match sambil kopek kuaci. Kalau laki aku la perangai camtu, aku balik rumah je terus. Malu aku nak ngaku laki perangai camtu. I cannot tolerate orang suke mencarut. urggghhhh...

Kakak aku pulak dok suruh aku cari player Kelantan jersi 9 yang mane. Mane la aku nak nampak. Tak bawak spek. Tengok bola sudah la. Sebok nak cari player tu pasai pe. Aku cari kacang kuda
pun payah nak jumpe, inikan pulak nak cari player sebesar kelingking tu.

Lepas tu ade sorang budak belakang aku, skolah rendah kot. Tu pun mencarut2. Urggghhhh... Kecik-kecik dah macam tu. Kalau besor nanti, mesti jadi cam brader seblah aku tu.. Hahaha... Kalau anak aku la cakap camtu, kat situ jugak aku tangan-tangankan die. Sayang anak tangan-tangankan. Remember? Lepas ganyang cukup2, aku heret bawak balik rumah, register skolah pondok. *tibeh

Monday, July 1, 2013

Sayang Isteri Tinggal- tinggalkan


Terdapat peribahasa yang berbunyi "sayang anak tangan-tangankan, saya isteri tinggal-tinggalkan". Setakat pemahaman tak berapa cerdik aku ni, ianya bermaksud, kalau kite sayangkan anak, pukul-pukul la sikit atas dasar tujuan mendidik. Isteri pulak perlu ditinggalkan sekali sekala, bukan asik berkepit aje. Tinggalkan isteri, pergi kerja, untuk kesenangan keluarga. Mungkin camtu kot la maksudnye.


Tapi untuk sessi ini, kite lupekan sekejap yang 1st part yang "sayang anak tangan-tangankan" tu. Sebab aku pun masih belum mempunyai anak. Aku nak fokus pada bahagian "sayang isteri tinggal-tinggalkan". Tapi sila jangan salah paham. Sebab aku sendiri masih belum mempunyai isteri jua hendaknye. Hewhewhew...

Al-kisahnye ni berkenaan praktikal aku yang tinggal dirumah la. Memang la duduk rumah itu selalunye heaven. And mase berjauhan kite akan selalu rase homesick dan sebagainye. Maka, kite akan dying untuk duduk rumah. Kannn.. Tapi masalahnye, kalau dah lama sangat duduk rumah, die jadi lain.

Aku rase antara aku dengan rumah ni takde keserasian la. Bile kat rumah ni aku jadi macam gile gile super duper pemalas sangat amat. Tuudiiaaa... Makanya, bile duduk rumah aku jadi tak produktif. Natijahnye, banyak planning aku yang tak menjadi. Selain itu, bile duduk rumah ni, punyelaaaa malasnye nak gerak keluar ke, pergi sana sini.. Sumpah malas. Kadang-kadang rase macam menyesal pulak memilih untuk praktikal di rumah.

Tapi at least aku dah tahu la yang aku memang tak serasi duduk rumah ni kan. Dibuatnye nanti aku decide nak keje terus kat ipoh, tak ke haru jadinye? Selamanya duduk rumah ni.. Which is, I KENOTTTTT!!!!!

Jadi, itulah maksud yang aku cuba nak sampaikan. "sayang isteri, tinggal-tinggalkan". Ataupun "sayang rumah, tinggal-tinggalkan". Betul tak? Huhuhu.. Walau sayang dan rindu macam mana pun terhadap rumah tempat tanah tumpah darahku ini, tapi, kene jugak tinggalkan. Atau perumpamaan lainnye, "Cinta tak semestinya bersatu"... Tak bleh blah perumpamaan....