Pages

Friday, July 19, 2013

Hidup Dari Sisi Lain


Kalau di UIA, public transport untuk keluar hanya ada bas dan teksi. Bas ade 2 jenis. Bas Metro dan bas Rapid KL. Kalau nak ke LRT, naik bas Rapid. Tapi kalau nak pergi KL area jalan TAR, Sogo, Pudu dan kawasan yang sewaktu dengannye, aku prefer naik Metro.  Dulu aku pernah sembang dengan sorang kawan ni. Tapi aku tak ingat dengan siapa. Die cakap die tak suke naik Metro. Sebab macam-macam jenis orang. Lainlah kalau bas Rapid. Memang 99% warga UIA je yang naik.

Tapi bagi aku, aku suke naik Metro sebab kite boleh tengok macam-macam golongan. Bukan setakat golongan student UIA je. Bosan. Sebab bas Metro lalu jalan yang tak berapa nak bandar. Jadi kite boleh tengok gelagat orang-orang yang bukan senasib macam kite.

Aku paling tak boleh tengok orang miskin, especially budak2 dan orang tua sedang bergembira. Sangat tak boleh tengok. Bukan tak boleh tengok sebab sakit hati diorg tengah hepi2. Tapi sedih. Sedih bile tengok orang miskin gembira.

Pernah satu hari aku naik bas Metro dari UIA. Dalam bas tu ade ramai makcik2 cleaner. Haritu diorang semua baru dapat gaji. So, semua eksaited sangat nak pergi berbelanja dekat Ong Tai Kim. Ong Tai Kim okay. Tahu tak Ong Tai Kim tu macam mane? Ong Tai Kim ni pasar raya yang 10 kali lebih cikai dari Econsave la I would say. Aduh sebak aku time tu. Mak cik2 ni, nak enjoy lepas dapat gaji hanya pergi Ong Tai Kim. Tu pun diorang dah sangat seronok. Kite yang student ni? Dapat duit PTPTN, duit belanje mak ayah bagi, kite pergi mane? Pavi, KLCC, Midvalley, Wangsa Walk. Ong Tai Kim tu memang tak pandang dah. Benda yang kita tak pandang sebelah mata tu, bagi orang lain, nikmat yang sangat besar dah. Allah...

Ni cerita lain pulak. Dalam bas Metro jugak. Driver bas bawak anak die ikut sekali. Anak die dalam lebih kurang umur 5 ke 6 tahun macam tu. Die janji dengan anak die nak belikan KFC. Bile sampai area Ong Tai Kim tu, driver bas pun turun kejap pergi KFC. Dan kembali dengan bungkusan KFC. Dan anak die pun makan dengan eksaited. Yang ni pun bagi aku agak menyayat hati jugak. Sebab bagi budak tu dan driver bas, KFC adelah benda yang besar. Bukan selalu boleh makan. Benda mahal bagi seorang pemandu bas. Tapi demi nak ambik hati anak die, die usahakan. Kite? KFC bende biasa. Kalau nak celebrate pape, pergi Fish Manhattan, Carls Junior, Seoul Garden, tempat-tempat jauh lagi mahal. KFC tak pandang dah. Padahal bagi anak driver bas tu, dah cukup nikmat dah.

Lagi satu. Dalam bas Metro jugak. Tapi mase ni kat matrik PJ. Naik bas Metro. Dekat depan aku ade 2 orang budak pompuan umur dalam 5 ke 6 tahun dengan bapak die. Dari gayanya nampak macam bukan orang senang. Baju diorg pun koyak je. Dari perbualan budak pompuan 2 orang tu, aku taw diorang nak pergi mandi kat kolam KLCC. Eksaited sangat sangat sangat. Bapak die dekat tepi tu diam je. Muka macam susah hati. Aku wonder ape yang bapak die sedih sangat. And wonder mane mak budak-budak tu. Yang buat aku sedih adelah kegirangan budak2 tu nak pergi mandi kolam KLCC. Naik bas metro je kot pergi KLCC. Dan mungkin aku sedih sebab aku bayangkan bapak die tengah kumpul duit sebab dah lama janji nak bawak anak2 die pergi mandi. And budak2 tu sebenarnye dah takde mak. Haihh.. Mungkin aku terlalu banyak tengok drama.

Arghh.. aku tak tahulah ape yang aku cerita ni korang boleh dapat rase ke tak ape yang aku rasa bile tengok. Or mungkin aku yang terlalu emosional nak sedih2. Padahal orang tu biasa-biasa je.

Banyak je lagi benda menyayat hati yang aku masih ingat. Tapi takyahlah cerita semua. Nanti aku sedih. Hahaha... Tapi tu lah. Aku pun tak tahu kenapa aku mudah tersentuh bila tengok golongan macam ni. Mungkin sebab aku pun bukan berasal dari keluarga senang kot...

5 comments:

  1. well put it in this way.

    happiness is subjective. actually aku lagi suka tgk org yg happy because of simplest things, because i know that is the purest kind of happiness, xpe pape nk runsing, just being happy for what they have.
    makcik cleaner tu, they spend what they earn. they spend it with each other, among friends. diorg x perlu risau for buying things out of their means. aku rasa thats waaaayyyyy better than beli barang mahal, hujung bulan runsing duit habis and banyak hutang.
    and budak-budak, aku suka budak-budak. they are honest. if they are happy then they are happy. diorang tak pandai sembunyi apa-apa lagi, tak pandai pakai that other face to hide their sorrows.

    aku gembira untuk diorang. even the littlest thing for us, make their day brighter :)

    thanks for writing this hajar.

    aku tau comment aku ni deviated from main point kau haha tapi aku still happy sbb diorang happy. maaf :P

    ReplyDelete
  2. Miss Hajar..
    Sama mcm ak pkir....aizat yup happiness is subjective...point of view ak..bkn sedih sbb tgk dorg happy..actually terharu coz smua org layak utk happy in their own way..n cmana dorg susah payah utk dptkn ap yg happy utk dorg...org melayu ckp..berat mata memandang berat lg bahu memikul...mybe dr mata kite da nmpk ckup berat utk dorg dptkn sesuatu utk happykan anak2 or dri sendiri..tp mgkin it is more than dat ap yg dorg rasa..n kdg2..pepatah ni nk bley pkai utk situasi camni..kite je nmpk dorg susah utk dptkn sesuatu..tp sebrnarnya dorg x mngharap pun simpati org n kekayaan atau kmampuan bkn lah kayu ukur utk mnentukn happiness..cume mgkin bg kite yg mmpu ni kite rsa dorg mmerlukn kekayaan utk rsa happy mcm kite rsa..

    Ish ap yg ak melalut ni..haha

    ReplyDelete
  3. aizat and sang arjuna:

    yes, i very much agree. bile aku cakap aku sedih bile tengok orang susah gembira, bukan bermaksud aku tak suka. Mungkin ikut ape yang sang arjuna cakap tu. Die more to rase terharu. And buatkan kita fikir pasal diri kita sendiri..

    ReplyDelete
  4. Cerita ni bagus. Tapi sila betulkan istilah sedih tu. guna perkataan terharu ke, sebak ke, simpati ke,

    ReplyDelete
  5. Cerita ni bagus. Tapi sila betulkan istilah sedih tu. guna perkataan terharu ke, sebak ke, simpati ke,

    ReplyDelete