Pages

Tuesday, December 16, 2008

Kronologi Pembikinan Kuih Gelang

Sewaktu didapur lepas makan tengah hari tadi, aku terpandang sebuah beg plastik dgn ubi keledek di dalamnya.. tibe2 terfikir.. Buat kuih gelang la.. hahaha...

langkah pertama ialah meng'google' ke internet untuk mendapatkan resepi..huhu.. ini lebih mudah.. xyah susah2 nak belek2 buku.. huhu...

Setelah membuat perbandingan antara resipi2 yg ade, dan resipi yg paling mudah dan dipercayai kesahihannya dipilih, resipi itu kemudiannya disalin..huhu.. xyah susah2 nak print.. membazir....

Sekarang, kupas la ubi keledek anda. Lapik dgn paper lame agar senang nak kutip kulit die nanti. Dan juga tak mengotorkan dapur anda dengan tanah2 yg masih melekat.

Bersihkan ubi, potong kecik2 sket, dan rebus sehingga empuk.. Sementara menunggu empuk, pergi tengok cerita Jelita lakonan Agnes Monica di tv3.. Bile cerita dah habis, berlari lah kedapur dan periksa sama ada ubi sudah empuk. Then, toskan ubi, taruk garam sket. Dapatkan pelecek, dan bawalah ubi tersebut ke depan tv untuk menonton Puteri Salju plak..haha...

Sambil tengok tv, lecek la ubi tu sampai hancur.. Bile dah hancur, tunggu sehingga iklan..hahaha.. Bile dah iklan, cepat2 kedapur, ayak tepung dan masukkan dalam ubi tadi.. Pastu, bawak balik depan tv dan gaul.. jadikan die doh.. Bile dah iklan balik semula, pegi dapur, dan ambik talam.Kemudian, jadikan die bentuk gelang sprt diatas.. haha... workmanship aku tak berapa baik.. saiz xberapa nak same.. sebab xbrp nak konsentret. tgk tv pny pasal. huhu.. pastu, tgu hingga cerita di tv habis, smyg asar jap, dan mulakan proses penggorengan...haha...Gorenglah dalam minyak yg panas..tengok, cantik je aku susun dalam kuali..huhuhu...
Pastu, angkat, masak gula dan air, bile gule dah pekat, masukkan kuih gelang tadi. Bile gula dah bertali, tutup api dan teruskan kacau.. kalau tak, die melekat kat kuali..huuhuu..

Tadaa... Dah jadi kuih gelang..tapi saiz die tak normal.. lebih besar drpd biasa..haha.. ni first time aku buat. So, xreti nak bajet saiz..haha.. Tapi xkesah la.. Rase die sebijik macam kuih gelang yg terdapat di pasaran. hahahaha... aku dah berjaya!!!!!

Disebabkan aku dah boleh buat kuih ni, ini bererti aku juga dah boleh buat cucur badak, sebab bahan die same je. Inti je kene blaja. hahaha...So, kepada sesiapa yg mempunyai abang yg bujang, silelah bagitau kat mak korg, aku pandai buat kuih...huhuhu...

9 comments:

  1. pergh hebat ni
    kau patut buat lagi byk2
    bawak uia
    bg aku makan
    hahahaha

    ak suka kuih ni

    ReplyDelete
  2. *bfikir mcm boo*

    ehem2.....hiii~~~

    ReplyDelete
  3. haha... nanti bile dah besar, kalau aku melawat rumah korg, aku bawak la kuih ni sbg buah tangan..haha.. angan2...

    ReplyDelete
  4. memang sedap.. haha.. memuji diri sendiri.. kui3

    ReplyDelete
  5. apa lgi rafid... da bley jd calon bini tuh..hehe..;P

    ReplyDelete
  6. buat keje taim iklan.

    haha

    seryes aku pun sll cmni
    lalu menyebabkan mak aku akn membebel berjela kat aku.haha
    haishh~

    ReplyDelete
  7. haha..itu adelah salah satu kepentingan iklan..huhuhu...

    ReplyDelete