Pages

Tuesday, June 21, 2011

Orang-orang gorgeous!! part 2

Ni sambungan dari cerita orang-orang gorgeous hari tu. Tapi versi lelaki pulak. Ye lah. Kang kate diskriminasi plak. Sexist la ape la.. Maka, dengan terpaksa rela hati saya teruskan dengan part 2 pulok. Baik.. mari kite mulakan...

Abdul Razak @ Ajark

Kite mulekan dengan yang paling baik dengan aku sem ni. Tak lain tak bukan mamat kurus tinggi macam buluh bemban ini. Dalam studio heritage ni kami berjiran meja. Beliau juga adelah team mate merangkap supervisor aku dalam misi heritage ni. Segala drawing 2d mahupun 3d akan dirujuk kepada beliau oleh aku dengan mengabaikan kewujudan ketua sebenar yakni irman.

Diakui, aku ni seorang yang bluurrr+lumpy, maka kalau ade anugerah "Sahabat-Paling-Sabar-Mendidik-Kawan-Blurr-Lumpy-Slow-Lambat Pickup-Cakap Sekali Tak Paham-Paham-Explain - 3 4 -Kali -Baru -Tangkap", maka pemenangnye jatuh kepada beliau ini. Tahniah!!! Aku sayang hang lebih!! (*saje bikin ayat kontroversi) Dalam pada itu, abdul razak ini juga selalu memback-up aku bile orang-orang durjana seperti Irman dan Irman, serta Irman melemparkan tohmahan yang bukan-bukan. Akan tetapi, beliau juga tidak boleh diharapkan sangat. Harapkan pagar, pagar makan padi. Kadang2 mulutnya sama jahat macam Irman.

----> Walau bagaimana jahat pun hang, tapi jasa hang terhadap aku lebih besar dari itu. Perkara-perkara mungkar yang kite buat same2 seperti stay up bersama, sorok-sorok makan coklat sebab dua dua kedekut tanak share dengan orang lain, bergosip, menyiapkan 3d gabungan mantap, curi-curi keluar, dan perkara-perkara lainnya, serius, aku takkan lupe sampai aku nyanyok! hahaha...

Yusri @ Yus @ Nyus

Yang ni plak baik dengan aku mase last sem. Beliau ni la yang banyaaaak gile tolong aku untuk projek last sem. Banyak bende yang aku belajar dengan beliau. Mungkin kalau dari 1st year aku mengampu berguru dengannye, aku dah dean's list dah pun. *gile hiperbola. Tapi nak buat cemane. Dah 3rd year baru nak belajar, ibarat melentur buluh la. Buluh dah jadi kayu. Tak leh nak dilentur dah pun. Heihhh...

Yusri ni baik orangnye. Tapi dalam baik2 die tu, ade terselit sifat annoying yang tak bleh blah. Hurmm.. Tapi bagi aku, beliau tetap seorang yang baik hati. *mengampu. Dah banyak die tolong aku, takkan la aku boleh lupe macam tu aje. Ye dok? huhu...

----> Terima kasih atas jasa2 hg selama ni. Hang yang dok membebel bile meja aku bersepah dulu, pastu aku terus jadi segan lepas tu akan sentiasa memastikan tempat aku bersih dan kemas senantiasa. Hang jugak yang membebel memberi nasihat mase aku blur2 tyme buat report kat polis mase wallet hilang haritu. Hang jugak yang ajar aku camane nak cakap kat akak kaunter pam minyak "pam no 3, minyak kuning, 10 ringgit" (tapi padehal hg saje nak buli aku jadi budak suruhan kan?)

Irman @ Iman Imani

Ketua Team Teknikal untuk heritage kali ni. Yang paling annoying gile jugak. Slalu cari pasal dengan aku. Mulut tak bleh blah. Ade je nak cari gaduh... Errrrggghhh... Oleh yang demikian, tanak cerita pasal hang!!!

Skip

Skip

Skip


Jeffrey @ Jeff

Yang ni yang paling garang. Konon-konon macam abang long. Garang gile. Aku takut gak kadang-kadang dengan die ni. Slalu panggil aku bile drawing ade masalah. Pastu aku tak taw nak jawab, pastu aku cuak sendiri. Ngahaha.. Tapi aku slalu buat sengih je. Jeff juge slalu penyekkan telinga aku bile tengah pakai earphone. Sakit tahu?!!

Jeff memiliki suara yang sedap tatkala menyanyi. Mase aku dengar jeff nyanyi kat karaoke lounge kat surabaya hari tu, aku telah jatuh hati terpesona. *saje exaggarate. Nak nak lagi mase aku nyanyi hindustan aab aab laut chaley tu. Huh!! Bak buluh perindu!! Satu lagi yang buat aku kagum adelah mase Irman dengan syahdunya nyanyi lagu Pada Syurga Diwajahmu, pastu hg cakap "satu hari nanti jeff nak nyanyi lagu ni untuk wife jeff".. Awwwww... so sweet la you!!!

----> Disebabkan hang, aku jadi tahu main batu seremban ala-ala Johor. Haha.. Budak-budak kat perak tak main style mencabar macm tu. Tapi, walaupun aku first time main, aku tetap dapat mengalahkan hang. Yang mase main sambung-sambung lagu tu pun, hang tetap tak dapat kalahkan aku... haha.. Cube next tyme ea...

Wan Akfan @ Afan

Yang ni pulak ketua segala rombongan ke Surabaya. Kalau x disebabkan kesungguhan beliau ini, tak tau la ape jadi dengan group ni. Afan ni mase last sem baik je dengan aku. Cakap pun elok-elok je. Tapi bile naik sem ni, die plak yang jadi kepala dok mengejek aku. Cesss!! Annoying!!! Hang ingat hang cantik?!!

Aaaa.. Ape lagi aku nak cakap pasal afan ni ha?? Tu lah, aku suruh mengampu aku, tanak. kan aku dah xde idea. Hurmmm... -____-"

----> Thanks sebab mase last sem, bile aku down sebab studio, hang melayan aku meroyan. huhu... Tapi aku tetap tak puas hati apsal tetibe markah hang boleh naik haa?? Tapi sem ni, hang banyak menyakitkan hati aku pulak. Cess... Yang kes pasal baju presentation hang terlebih besar tu, aku masih nak mengucapkan padan muka kat hang!! Tu la, dok mengata aku lagi kan? Mulut aku ni dah la masin, tahu?!!

Wan Hakimi @ Kimi


Last but not least. Kimi yang disenangi ramai. Tapi sejak akhir2 ni berperangai annoying dan suke cari pasal dengan aku jugak. Tapi walau seannoying mane pun kimi, kimi tetap seorang yang baik. Aku rase, semua orang okay dengan beliau. Macam xde sape pun yang bermusuh dengannya, kecuali beberapa orang tertentu. (dah dah la tu kimi, cepat2 la berbaik).

Pada firasat aku la kan, kimi ni adelah tempat yang terbaik kalau nak mencurah rahsia. Sebabnye, setiap kali aku cuba nak mengorek rahsia sesiapa, memang tak pernahnye nak dapat. heihh... Kalau nak mintak tolong pape pun, Kimi ni jenis yang ringan tulang la. Sentiasa bersedia memberikan khidmatnye dalam ape keadaan sekali pun. Oleh itu, kalau ade sesiapa yang ingin mencari teman hidup, Kimi adelah calon terbaik!!!

----> Kimi, barang-barang hang yang aku curi sebagai tebusan hang tanak ikut pergi JB haritu, sile tuntut dekat ajark ye. Banyak gak la barang hang yang aku curi ambik. huhu... Lepas ni kalau hang dah jadi orang berjaya, jangan lupekan aku. Aku akan sentiasa ingat hang sebagai orang yang bagi aku pinjam sandal mase sandal aku putus tapi aku tak basuh pun sandal hang.. huhu.. maaf..

Terima kasih lah untuk semua orang termasuk orang2 gorgeous pt 1 dan semua orang2 lain yang membelenggu menyinari hidup saya untuk hari-hari terakhir saya di UIA ini. Lepas ni kita semua akan berpisah dan membawa haluan masing-masing. Ade yang nak sambung terus, ade yang nak kerja dulu, ada yang nak kawin dah. Entahkan bile la kite akan berjumpa lagi. Oleh itu, saya ingin mengucapkan selamat berpisah kepada anda semua. Semoga kita akan bertemu lagi dikesempatan akan datang jikalau diizinkan Allah...

Sob..Sob.. Sob.. T____T"


Monday, June 20, 2011

Entri Hari Bapa (versi orang busy)

Tak sedar dah hari bapa. Ingatkan nak buat entry spesial hari bapa. Tapi sebab terlalu bizi yang amat sangat nak dekat final presentation dan exhibition, maka, bace balik sajelah entri yang tahun lepas ye. Pastu buat-buat macam baru ditulis.

Cekidaud ceritera bapa kesayangan saya di sini dan juga sini.

p/s: belum berkerjaya lagi dah mula menunjukkan ciri-ciri bakal anak lupa daratan busy memanjang tak sempat luangkan mase untuk bapak sendiri.. heihh.. (-__-")

Monday, June 13, 2011

Orang-orang gorgeous!!

Cuba renung kembali. Apa yang ada dalam hidup anda. Walau seteruk manepun anda rasa hidup anda, tapi sebenarnya, anda adalah lebih bertuah dari orang yang lebih malang dari anda. *memanglah, ape kaw merepek ni?

Kali ini pula, saya ingin bercerita mengenai insan2 yang menyinari kehidupan saya. Iaitu kawan-kawan baik saya. Sekarang saya berada dalam mood menghargai orang. Sebab itulah asyik bercerita pasal orang-orang.

Saya sebenarnya sangat beruntung!! Sebab apa? Sebab saya ada 2 geng. Satu geng nad-bella-nik-mar, satu lagi geng has-atin-nana-jedut. Baguskan? Diterima oleh mereka sebagai kawan. Memang nikmat duniawi. Sekarang, mari mulakan satu persatu.

Nana

First time kenal nana mase first year, kitorang sebilik. Tapi aku taw, mase tu nana menyampah gillerrrrr dengan aku. Aku ni kan suke melawan cakap. Ape je yang nana cakap sume aku nak bangkang. Ade je point aku nak kasik bercanggah. Nana sure bengkek gile dengan aku kan?kan?kan? Has pun slalu cakap, aku dengan nana ni tak bleh kalau duduk bilik berdua je. Haha... Tapi lama-lama, nana pun dah boleh adapt dengan aku, kan nana kan? Lame2 nana pun dah maleh nak bertelagah ngan aku, bagi je aku menang... kan.. kan.. haha... i love u nana!!

Nana ni la jugak tempat aku nak bermanja a.k.a mengada-ngada. Slalu je pergi bilik nana, pastu mintak nana buatkan air la, ambikkan itu, ambikkan ini. Selongkar loker nana bile boring, try2 tudung, baju nana semua.. Tapi nana sabor je melayan kerenah aku yang macam-macam ni. Kalau orang lain, mesti dah kene pelempang dah aku. Kan? haha... Kalau ade award kawan-paling-penyabar-melayan-member-annoying, memang nana lah yang akan dapat. Hehe.. Mase aku terkunci luar bilik pepagi buta dulu, kat nana la jugak aku mengetuk pintu pepagi pinjam seluar, baju, tudung semua. Sian nana kene kacau pepagi buta. Tapi nana still sanggup bangun bukak loker untuk aku.. Ade one time tu, aku tidur atas katil nana, nana yang kepenatan selepas makan, sanggup pergi merempat bilik nik sebab tanak halau aku... Padahal nana pun ngantuk jugak time tu.

Haa.. cube cakap! Mane nak cari kawan macam ni punye baik dan penyabar? Kat mane? Kat mane? Ade! Ade! Kat mahallah hafsa bilik C 1.8d yang tengah terbungkang bergayut phone atas katil tu la orang die. =)

Nik Nadia Izyan

Ini pulak, bukan calang-calang orang. Orangnye comey, tapi selalu perasan die comey. Oleh yang demikian, maleh nak cakap depan die. Kang perasan lebih2 plak mak cik nih. Dulu aku panggil die Izyan. Tapi sekarang dah tukar, panggil Nik. Nik pun penyabar jugak dengan aku. Tapi nik ni maleh sikit nak melayan kerenah aku. Kadang2 je die layan. Ye lah, orang annoying macam aku ni, sape je sudi layan. Nik ni la yang selalu tegur aku yang semakin terpesong dari landasan yang lurus. Nak buat camane nik, godaan dunia kuat sangat, tak terlawan aku yang cetek iman ni.. huk2... Slalu kalau nik marah aku buat salah, ade je aku nak bagi alasan. Cuba nak menegakkan benang yang basah. Tapi sebenarnye aku tau je bende tu salah.. bese la tu. Aku kan suke melawan.. sabo ye nik....

Dengan Nik pun slalu je aku melawan. Ade je yang aku nak debatkan. Tapi nik slalu je mengalah. Tapi mengalah bukan bererti kalah kan nik kan? Mengalah sebab malas nak berlawan cakap dengan aku yang tak pernahnye nak kalah ni. Haha... Bagus nik! Matang! Itu yang kita mahu.. huhu...

Hasdinaera

Mula mengenali beliau tingkatan 4. Same kelas. Form 5 pun same kelas. Has ni dulu time sekolah punyelah skema yang amatnye.. hahaha... Budak baik la katekan. Mase form 5 aku dengan has jadi deskmate. Duduk paling depan sekali. Ade cikgu sorang tu kate aku dengan Has muke same. Die susah nak cam aku dengan has. Hahaha... Mase tu Has mesti tak suke aku. Sebab time prep aku slalu buat bising dalam klas. Tapi Has pun annoying jugaakk.. Slalu tepuk aku time aku tidur waktu prep. Bengkek betul gua. Lu nak stadi lu stadi la sensorang. Kacau gua berhibernasi apesal?!!

Has digunakan oleh aku sebagai tempat meluahkan perasaan. Kalau nak meroyan je, mesti gi cari Has. Masuk bilik die sesuka hati, pastu naik atas katil tanpa dijemput, pastu melalak lagu jiwang2. Has pun dah maleh nak layan. Mase final project last sem, aku gi meroyan bilik has. Pastu Has suruh aku tido kat bilik die. Pastu aku bangun tido je, tengok2 has belikan nasik... Huhu.. Sweet tak beliau.. awwwww... so sweet.. terharu. Sebab aku dengan has lebih kurang je, sebab tu senang nak meluahkan isi hati kat Has. Ye lah, kitorang kan same2 orang kampung, orang tak kaye. Lepas kitorang tenung2, aku dengan has kire pelajar top 5 termiskin la kat KAED tu.. *xde keje je dok menghitung harta bapak orang.

Nadia Nasir

Akak ni pulak roomate aku dari 1st year 3rd sem sampai la 3rd year 2nd sem. Cukup 2 tahun. Nad ni suke sangat datang bilik aku pastu cakap, "mekk, sakit kepala". Pastu tanpa disuruh2, baring atas katil aku, pastu suruh org picit kepala dia. Hamboiiii.... Tapi xpe lah. Sebab aku slalu tumpang kete myvi putih die tak tontong duit minyak. Hehe.. Nanti2 1 day i blanje la you pape ek mek. Tunggu aku banyak duit skit. Disebabkan kami ni roomate, maka slalulah kami bertukar-tukar cerita. Tapi dengan mek ni lain sikit. Tak boleh nak meroyan sangat. Die bukan nak layan pun. Die buat dek je. Buat penat je golek2 atas katil buat muka sedih kang. Xde manfaat.

Bagi nad, aku ni annoying sebab banyak tanya. Soalan berangkai2 katenye. Tapi siryesly, aku sendiri pun tak perasan yang aku ni banyak bertanya. Aku rase aku just tanye bende yang perlu je. Bende2 basic je. Macam contoh nye "nad, hang beli baju kaler ape?" "kaler coklat". "kenapa beli kaler coklat?" "sebab ade kaler coklat dengan putih je." "Dah tu kenapa tak pilih putih?" "Sebab putih die cam tak lawa sangat." "Apsal tak cari design lain je?" Haa.. camtu la lebih kurang. Xde la annoying sangat kan? Kan? Kan? Heiihh... Nad ni.. Kalau aku sakit, aku slalu mintak ubat dari nad. Sebab aku ni jenis malas pergi klinik. Nad ni plak jenis terlebih rajin ke klinik. Skali die demam, sampai 2 3 kali pergi klinik. Pastu ubatnye tak makan pun. Aku la jadi tukang pengabihnye..Thanks la ye nad.

Fatin Liana Ismail

Beralih kepada si pipi tembam ini pula ye. Orangnye sweet sweet gettuuww.. haha.. *ngampu. Antara kitorang, aten ni la yang macam matang sket. Sket je la.. Kire aku second matang. Tapi tertinggal 2 3 poin je pun.. huhu... Aten ni kalau bagi pandangan.. wahh... kemain... ala2 pak jabit sangat die punye ucapan. Sape setuju sile angkat tangan macam saye!!! Disebabkan aten punye kematangan ala mak-mak, aten ni best la jugak kalau nak menceritakan masalah kat die. Die dengar. Rase selesa gak la.. (ok dah aten, hang xyah nak kembang hati sangat pliss!!) Dulu mase aku ade masalah 'peribadi' pun aku citer kat aten gak. Walaupun mase tu aku xde la rapat mane pun dengan aten.. haha.. pade pemerhatian aku jugak la kan, kitorg2 pun slalu je citer2 masalah kat aten.. kire tempat mencurah perasaan la ni.. huhu...

Selain itu, aten yang berkereta kancil kiut tu jugak la yang menjadi tempat bernaung bagi kitorang yang berjalan kaki. Nak pergi jalan2 sket, bodek aten. Nak pergi makan luar, aten la tempatnye nak diajak.. haha.. Tapi keluar pun selalunye aten yang ajak kitorang... Aten ni baik, selalu ingat kat kitorang... Selalu je utamakan kitorang.. Memang macam mak-mak sangat lah... (aten, aku dah puji hang banyak ni, bile nak bawak aku main layang-layang?!!)

Mardhiah

Mardhiah dengan aku sekarang dah tak rapat macam dulu lagi... Ye lah, sejak sem berapa dulu kitorang dah tak sestudio. Bile dah tak sestudio, maka jaranglah makan bersama. Dalam kelas plak mar selalu datang lambat. Bile datang lambat, maka duduk dibelakang lah die. Tak macam insan cemerlang seperti aku yang datang awal duduk depan ni.. huhu... Sungguhpun begitu, kami masih mengupdate sesama sendiri. Xde la senyap cam gitu je.. ye dok?

Ingat lagi, dulu mar selalu jugak tolong aku. Pernah mar sanggup datang tetengah malam dari asma ke hafsa meredah kegelapan malam dan salakan anjing demi untuk kebilik aku dan menemankan aku stay up dan memberikan semangat untuk aku terus berusaha menyiapkan projek. Aku terharu sampai hari ni mar.. T__T" Pernah jugak satu mase aku sakit tengah malam. Tapi aku tanggung sorang. Pastu besoknye, aku citer kat mar penderitaan aku malam tu. Pastu mar cakap, "apsal tak panggil aku semalam?" "eh, kul 2 3 pagi, xkan aku nak panggil hang pulak". Pastu mar cakap. "Laa.. panggil je la. Aku boleh je datang. Macam hari tu, boleh je aku teman ko kan?" Huhu.. camtu la lebih kurang. Xingat sangat ayat die. Dah setahun lebih.. huhu.. maaarrrrr... aku terharu sampai 50tahun akan dataaaangggg!!!! T__T"


Norhafizah Adnan aka Jedut

Haaa.. yang ni aku tak taw nak citer ape. Die ni la yang paling tak matured antara kitorang. Almaklumlah, die ni anak bongsu. Tapi bajet macam die sorg je anak bongsu. Aku pun bongsu je jugak. Xde la nak manje macam die.. hisshh.. Tapi ade la jugak perkara2 yang si jedut ni lagi matured dari aku. Macam contohnye, jedut terer bawak kete manual, aku xreti.. Jedut banyak taw tempat makan best, aku tak taw.. haha...

Walaupun begitu, jedut memiliki kualiti suara yang best ala-ala naib johan bintang rtm. Ok, naib johan je, xyah nak berangan jadi johan pliss... Sape mendengar, pasti terpikat. Tu baru suara menyanyi. Kalau suara mengaji? Pasti pak imam seluruh kelang mendambakan jedut sebagai menantu mereka. Sedap sangat mengalahkan jiglypuff. Dutt, bile kite nak karok? Aku tak sabor nak nyanyi lagu awie nih!!!

Nabilah Rusdi aka Bella


Last but not least!! Bella the shopaholic one!! Slalu kene pakai sorok2 kasut baru die sebab kalau aku nampak, nanti die kene bebel. Tapi memang patut pun aku kene membebel kat minah ni. Kalau tak, habes semua bende nak di belinye. Kalau bab makan pun same. Selalu kene bebel sebab makan tak habes. Heshh.. penat taw tak aku nak kene membebel?! Lame jugak la tak bonding dengan bella. Studio dah tak same. Mase yang dispend berkurangan. Huhu..

Dulu mase kat matrik, bella slalu marah-marah aku. Nak taw alasan die ape? Sebab die kate muke aku garang. So bile die tengok aku, maka die pun jadi garang.. Siott hang.. Tak pepasal aku yang innocent menjadi mangsa hang.. huhu... Tapi memang bella sampai sekarang pun macam tu. Nak emo2 aje.. heshh...

Ade banyak lagi orang-orang gorgeous disekeliling saya. Ramai sangat. Tak leh nak post semua. Kang sampai raye tak publish2 entry ni. huhu... Contohnya macam Najwa, kak farah, kak nurul, kak mona, kak eha, aaa... ramai sangat. Xleh nak list semua.. huhu...

p/s: sape lagi yang berminat cerita die di publish, sile berbuat baik dengan saya dari sekarang. Tarikh tutup pembodekan berakhir 30june ini..

p/s2: takkan tulis pasal kimi!!! annoyingg!!!

Sunday, June 12, 2011

Aku Sebuah Beg



Hai, aku adalah sebuah beg. Badanku berwarna hitam. Oleh itu, panggil sahaja aku BLACKIE. Aku berasal dari ipoh perak. Tapi aku sendiri pun tak tahu dimana exactly aku dilahirkan. Yakni, kilang aku. Mungkin aku dilahirkan di kawasan perindustrian Pengkalan, Batu gajah, atau kat mane tah. Aku pun tak pasti. Sebaik saje aku membuka mata, aku telahpun berada di sebuah kedai lot tepi-tepi kaki lima di sebuah shopping mall yang sekarang ni hidup segan mati tak mahu disebabkan oleh pembinaan sebuah pasaraya TESCO dan tak lama lagi JUSCO. Pengkalan Emas Mall namenye. Tapi lebih dikenali sebagai PASABINA oleh penduduk setempat.

Pada suatu petang selepas hujan renyai2 kedai tempat aku di pamerkan di kunjungi oleh seprang budak perempuan lepasan spm bersama kawannye. Aku dibelek2 olehnya, dan dia pun meminta pendapat rakannya sama ada dia patut membeli aku atau tidak. Setelah berbincang, akhirnya die pun sebulat suara untuk membeli aku. Setelah dicek keadaan zip, luar dan dalam, aku pun dibeli dan dibayar dengan harga RM30.

Pada waktu itu, tuan aku adalah pelajar yang baru menghabiskan SPM dan kerana beliau adalah seorang yang rajin menuntut ilmu hingga ke negeri China, beliau mengisi masa terluangnya sementara menuggu keputusan SPM diumumkan dengan belajar Bahasa Inggeris di pekan Ipoh. Ye, pekan Ipoh aje, bukan negeri China pun... Setiap hari Isnin hingga Jumaat, aku dibawa olehnya ke kelas itu. Aku begitu seronok dapat berkhidmat kepada tuan aku. Kelas yang dihadiri tuan aku juga sangat seronok. Paling seronok ialah apabila tuan aku melakukan presentation di depan kelas. Atau lebih tepat lagi beliau memperbodohkan dirinya di depan kelas untuk di ketawakan oleh seantero kelas. Malu aku dibuatnye. Dan aku juga baru mendapat tahu bahawa sebelum menggunakan khidmat aku sebagai beg, tuan aku ini hanya membawa beg biru-hitam sempena kempen "Hapuskan Aedes, Tiada Denggi". Sungguh xde style... (-__-")

Setelah beberapa ketika, tuan aku ditawarkan untuk menyambung pengajiannye ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Aku berasa sangat teruja. Ini;ah peluang aku untuk melihat dunia luar!! Yeayy.. Tapi aku juga merasa sedikit risau. Macam mana kalau tuan aku membeli beg lain? Maklumlah, ingin berpindah ke tempat baru, haruslah semuanya serba baru. Tapi sangkaan aku meleset. Tuan aku sangat berjimat-cermat (kedekut) orangnye. Dia tidak mengganti aku dengan yang lain. Dia masih mahu menggunakan khidmat aku. Aku sangat bersyukur. Alhamdulillah...

Setiap hari, kemana juga, aku di usung oleh tuan aku ke sana kemari. Ke kelas, pergi outing, balik kampung, pasti aku dibawanya. Ini kerana, tuan aku takde beg lain. Aku je satu-satunye beg die. Maksud aku, beg untuk kategori aku la. Kalau back pack ke, beg balik kampung ke, tu masuk kategori lain la pulak. Habis setahun tempoh pengajian di matrik uia, tuan aku menyambung pula pengajiannya ke kampus utama UIA Gombak. Aku masih digunakan dengan sayangnye oleh tuan aku.

Aku sangat gembira!! Aku rasa, kalaulah tuan aku adelah orang lain, pasti aku sudah dmaduka dengan beg2 lain yang lebih gorgeous. Maklumlah, student2 sekarang kan suke melaram ke kelas. Beg kene matching dengan baju. Hand bag wajib ade 2 3, beg ke kelas pun ade banyak. Boleh pilih2. Tapi tuan aku ni lain. Beliau seorang yang simple dan mengamalkan concept one for all, and all for one. Contoh terdekatnye macam aku ni la. Pergi kelas bawak aku, pergi shopping bawak aku, [ergi makan pun aku jugak, pergi kenduri kawen, pergi beraya, pergi dengar ceramah, tengok concert nasyid (UIA le katekan), tengok forum perdana, pergi case study, pergi site visit, pergi rombongan studio, semua pun die nak bawak aku!! Aku rase, dalam dunia ni, aku lah beg yang paling gembira!!!

Kini, tuan aku telah pun berada di tahun akhir pengajiannya. Maknanye, dah hampir 5 tahun aku berkepit bersama tuan aku. Dan aku kini pun sudah tua. Warnaku yang hitam pada mulanya telah pun lusuh dilunturi sinar matahari. Zip2 di badan aku pun banyak yang telah rosak. Sebenarnya, zip dibadanku telah lama rosak, lebih setahun dulu. Tetapi tuan aku yang pennyayang tak mahu (mampu) menggantikan aku dengan yang baru. Dia masih sayangkan aku (duitnya). Die pun dengan gigih membaiki aku. Badan aku juga pernah dijahitnya kerana telah terkoyak. Tuan aku juga ada melekatkan badge bertema "selamatkan palestine" kerana nak mengcoverkan bahagian badan aku yang terkoyak.





Lama kelamaan koyak badan aku makin banyak dan makin teruk. Kini zip bahagian utama beg aku telah tertanggal terus. Tuan aku yang semakin busy dengan kerja-kerja kuliahnya, tidak ade masa untuk merawat aku. Dia membiarkan saja aku begitu. Mungkin die sudah mati akal untuk membaiki aku. Tapi aku puas hati, kerana cita-cita tuan aku untuk menggunakan aku sehingga beliau grad, hampir tercapai. Sekarang tuan aku sudah memiliki sebuah beg kecil Paul Smith berbelang2 biru yang kadang-kadang di bawa menggantikan aku. Tapi tak mengapa, kerana sekarang tuan aku tidak lagi perlu ke kelas, lebih baik baginya untuk membawa beg yang lebih kecil berbanding aku. Namun begitu, aku masih dibawa sekali sekala.

Sebagai sebuah beg, aku merasa sangat berbangga. Kalau pun ajal aku sampai satu masa nanti, aku akan "pergi" dengan bangga. Akulah beg yang paling bertuah di dunia!!!!!!!

Wednesday, June 1, 2011

Sweet~~


Haha, sweet lah kakak sorang nih~~ :))